BAB 5
LOREA menendang batu di jalan sambil terus melangkah bersama Lash. Sejak tadi masih belum lagi ada durang bercakap ni. Macam dia Cuma kasi teman si Lash ambil angin seja. Kalah-kalah orang bisu ja durang dua.
“Lorea..”
“Hm?”
“Saya hantar kau balik.”
“Okay.”
Lorea ikut ja cakap si Lash. Mungkin Lash tenang sudah lepas durang dua ambil angin. Kalau nda manalah dia bercakap bagus-bagus sama Lorea. Lash jalan depan Lorea. Geleng seja Lorea lepas tu dia jalan laju sikit kasi sama langkah kaki durang terus dia genggam tangan Lash sambil terus melangkah pigi dekat kereta. Lash pun kasi biar sejalah.
Sampai depan rumah Lorea, dia terus buka pintu kereta tapi Lash tahan tangan dia. Saling bertinguk durang dua.
“Thanks.”
“Its alright. Anytime you need someone to talk, kau tahu cari saya di mana. Saya masuk dulu ah. Good night!”
Cup! Satu ciuman dengan kelajuan pantas melekat sana pipi Lash. Terus Lorea turun dan masuk ke dalam. Lash tinggal pigang tu pipi dia yang kena cium.
“Palui!”
Lash senyum lepas tu terus dia balik. Bila dia sampai rumah, dia tengok lampu hidup. Sheryl ada di sana menunggu Lash dari tadi. Tu muka Sheryl pun macam kena tampar malaikat maut sudah. Masuk seja Lash terus kena sembur nda lagi sempat Lash duduk.
“Kau jumpa tu perempuan kan?”
“Perempuan mana?”
“I don’t know! Tapi tu perempuankan!”
“Sher, kasi saya rehat. Saya penat. Otak saya pun penat.”
Lash masuk pigi bilik, tiba-tiba belakang dia kena tumbuk oleh Sheryl. Lash pejam mata, tahan sabar. Dia fikir Sheryl perempuan. Kalau nda ada yang pecah muka ni malam.
“Kau nda faham ka saya bilang saya penat? Kau mau begaduh sekarang atau kau mau kita putus sekarang? Kau pilih!”
Sheryl telan liur. Nda mungkinlah dia mau putus. Selama ni Lash yang tanggung hidup dia. Dari universiti sampai sekarang semuanya Lash tanggung. Kehilangan Lash bermakna dia hilang tempat bergantung.
“Lash, i..im sorry. Saya Cuma risau. Saya cinta kau. Saya nda mau kehilangan kau. You know that, right?” bilang Sheryl memaut lengan Lash
“Saya mau tidur.”
Lash tarik tangan dia terus baring. Sheryl menggosok dadanya. Hampir ja dia kena putus. Dia kasi off lampu lepas tu dia baring sama Lash yang pura-pura tidur. Bayangan arwah mamanya terbayang. Dia rindukan mamanya.
Elena sedang menghadiri majlis amal seperti biasa. Tapi ni kali dia buat kerja amal di tempat di mana dia pernah berikan buah hatinya di sana. Elena melihat sekeliling sambil mengingat semula masa lalunya.
“Puan fikir dulu balik. She’s too cute.” Bilang tu pegawai di rumah anak yatim
“Saya teda pilihan, sis. Saya Cuma harap tuhan kasi ampun saya. Tolong kasi anak saya sama orang yang betul-betul layak.”
Lamunan Elena terhenti bila ada orang yang pigang bahunya. Dia menoleh, rupanya itulah orang yang menyambut anaknya dulu. Elena senyum sama dia.
“Lama saya nda nampak puan.” Bilang puan Rosela
“Iya, baru 3tahun saya balik sini, sis. Masih di sini?”
“I see. Hari ni di sini buat apa?”
“Oh, saya wakil NGO hantar sumbangan sini.”
Diam sekejap. Sebenarnya Elena mau tanya pasal anak dia tapi dia rasa macam nda layak mau tanya. Tapi Rosela yang lebih tua faham sama body language Elena.
“She’s fine. Macam yang puan minta, saya sudah serahkan dia sama orang yang betul-betul layak.”
Elena tunduk. Senyumannya tipis tapi tetap besyukur. Biarpun dia nda dapat jaga anaknya sendiri tapi ada orang lain yang sayang anaknya lebih dari anak sendiri. Tapi bila dia tau pasal anaknya. Dia mau tau lebih lagi.
“Macam mana muka anak saya, sis? Ada iras muka saya? Dia tinggal di mana sekarang?”
Senyum seja si Rosela. Dia usap-usap bahu Elena.
“Sama macam saya pigang amanah puan dulu. Begitulah saya pigang amanah keluarga baru anak puan.”
Faham sudah Elena yang keluarga baru anaknya nda mau dia tau pasal durang.
“Nda apalah. Asalkan anak saya baik seja.”
Elena cepat-cepat lap airmata dia yang mau jatuh. Ibu mana yang nda rindukan anak yang dia kandung 9bulan. Semakin dia berusia semakin dia rindukan sosok seorang anak. Dia berfikir boleh menumpang kasih dengan zuriat Renzo tapi dia silap. Nda mungkin ada kata maaf bagi dia yang sudah rampas kebahagiaan orang lain.
Lepas Elena dari rumah anak yatim, dia ambil angin di luar. Tapi cuaca yang panas di luar bikin kepalanya pening. Terus lain-lain pendangannya. Tiba-tiba dia pitam nasib ada orang yang cepat sambut dia dari jatuh.
“Auntie, okay kaini?”
Lorea panik tengok Elena yang pucat. Dia cepat-cepat bawa Elena pigi siring bangunan kedai. Nasib dia ada air mineral terus dia bagi Elena minum. Elena picit kepalanya yang sakit.
“Thank you, ah. Nda ada kau tadi nda tau lah macam mana sudah saya.”
“Tanggungjawab saya juga tu. Auntie kenapa? Pening?”
“Mungkin panas betul bah ni. Okay juga sudah ni.”
Lorea senyum. Bila diperhatikan muka Lorea, Elena rasa nyaman seja. Senyumannya bikin tenang. Nda sedar Elena usap tu kepala Lorea. Entah kenapa, dia rasa macam dia sudah lama kenal sama Lorea.
“Lash?”
Dengar nama Lash, terus Elena tengok siapa yang Lorea nampak. Terkejut juga Elena sebab gadis di depannya tu kenal sama anak tiri dia.
“Kau kenal anak saya?”
“Siapa? Lash? Lash tu anak auntie kah?”
Elena angguk sambil tersenyum.
“Wow! Mama mertua saya la ni? Widih!!!”
Senang hati Lorea. Apalagi Elena yang senyum menengok gaya Lorea. Tapi tiba-tiba Lorea memanggil Lash. Terus Elena mau berdiri tapi kena tarik tangannya oleh Lorea. Lash yang tadi nampak Lorea mau senyum terus mati tu senyuman dia sebab nampak Elena di sebelah Lorea.
“Ikut saya.” Bilang Lash terus menarik tangan Lorea
“Ke mana? Tapi mama kau…”
“Dia bukan mama saya.”
Lorea ikut terus sampai kereta. Sudah sampai baru Lash kasi lepas tu tangan Lorea. Kuat pula tu dia pigang tangan Lorea. Berbekas merah di tangannya.
“Lash, apa maksud kau tadi? Kenapa kau cakap dia bukan mama kau?”
Lash raup mukanya. Nampak perempuan tu bikin dia punya darah naik lagi.
“Dia tu setan bertopeng manusia. Nda ada perasaan!”
“Tapi dia mama kau. Jangan cakap begitu.”
“Dia bukan mama saya! Dia mama tiri saya!”
Lorea terdiam. Merasa itu bukan urusannya dia pun pilih diam seja.
“Are you okay?”
“Look! Saya nda mau kau kenal siapa saya atau siapa family saya. Urusan antara kita terbatas sama urusan kerja seja. Nda payah mau act like kita ni rapat or kenal lama. Got it?”
Lash terus masuk dalam keretanya pergi begitu seja. Lorea ternganga seja sama gaya si Lash. Sekejap dia layan Lorea macam kawan rapat kejap lagi tiba-tiba jadi orang asing. Lorea nda daham tu gaya dia.
Sejak hari tu, Lash betul-betul jaga tu jarak dia sama Lorea. Tambah lagi Sheryl membuntut seja sama si Lash memang nda lah dia ada masa mau bercakap sama Lorea kecuali hal kerja.
“Rea, pigi dulu wakil dady lawat kawan dady di hospital.”
“Kenapa saya?”
“Dady sama Lash mau pigi tengok tempat projek baru tu.”
“Dady pigilah, biar saya sama Lash tengok tempat tu. Its not nice kalau saya yang pigi. He don’t even know me, right?”
Edward kambai bahu anak dia.
“Lash nda mau pigi kalau Rea yang pigi. Im sorry, dear.”
Mau nda mau Lorea pun terpaksa pigi lawat kawan Edward di hospital. Jumpa seja biliknya, Lorea terus buka pintu. Waktu tu juga ada orang yang betul-betul berdiri di sebalik tu pintu.
Bak!! Kuat juga bunyi tu pintu kena sama dia. Lorea yang dengar tu bunyi terus cepat-cepat masuk.
“Astaga! Im so sorry! Kenapa juga kau berdiri di sana? Adui binjul kepala! Sorry…”

YOU ARE READING
LOREA
General FictionSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...