BAB 17
TIGA hari Dany mencari Lorea tapi dia nda dapat hubungi Lorea. Pada masa yang sama Lash pun nda dapat dia hubung. Firasat dia kuat yang Lorea bersama Lash. Dany mengetap bibirnya. Dia jalan laju balik pigi office.
Petang tu Lorea on handphone, banyak mesej masuk. Semuanya dari Dany. Dia buka tapi dia nda baca. Dia nda mau tertekan lagi sebab sekarang yang penting bagi Lorea mencari identiti dia. Melihat semua mesejnya sudah di baca oleh Lorea, Dany pun datang ke rumah Lorea.
“Saya di depan. Open the door, sayang.”
Lorea pun membuka pintu lepas tu dia biarkan pintu terbuka. Nda dia bawa Dany masuk. Dia duduk, barulah Dany masuk lepas tu duduk di depan Lorea.
“Tiga hari saya cari-cari. Im so sorry pasal saya cakap bukan-bukan. Saya cemburu. Kau tau kan saya cintakan kau.”
Lorea angguk seja. Nda dia becakap.
“Kau dari mana tiga hari ni?”
“Saya bercuti.”
“Tiba-tiba? Sama siapa? Bella? No, sebab saya ada jumpa dia semalam. Family? No, I don’t think so.”
“With Lash.”
Dany meraup dia punya muka. Dia tarik nafas dalam-dalam sebab dia datang bukan mau bergaduh sama Lorea. Dia datang mau minta maaf dan kasi bagus lagi hubungan durang. Tapi sesabar apa pun dia cuba, dia nda boleh tahan tu dia punya cemburu.
“Why are you keep dating with him?”
“Because I loved him.”
Nda perlu tunggu lama untuk Lorea jawab soalan Dany. Ternganga Dany hilang kata-kata. Sempat nda percaya apa yang dia dengar tapi sebab dia masih mampu rasakan sakit hati bermakna dia masih ada di bumi yang nyata.
“Apa? You joking right?”
“No im not. I loved him more than anybody else. I loved him.”
Dany berdiri lepas tu dia tumbuk dinding kuat-kuat. Terkejut Lorea tapi dia nda mau peduli. Dia ingat pesan Lash. Cari kebahagiaan sendiri jangan pedulikan orang lain.
“Apa kurang saya? Apa yang dia ada nda ada sama saya? Kau tau kan dia abang saya?”
“Ya, I know. Tapi saya cintakan Lash.”
“No, please. Lorea, kita bincang bagus-bagus. Jangan sebab apa yang saya cakap hari tu terus kau buat saya begini. Kau mau apa? Saya bagi kau apa kau mau. Tapi jangan kasi tinggal saya, Lorea. Saya betul-betul cintakan kau.”
“Cinta? Kau panggil ni cinta? Mana cinta kau? Kongkong saya itu cinta? Miliki saya itu cinta? Kau sanggup bagi saya intan permata itu kau bilang cinta? Its not love, Dany. It’s a greed! And pasal apa yang kau cakap malam tu. Yes, I slept with him.”
Sepanjang jalan pulang Dany tahan dia punya perasaan. Dia nda tau macam mana mau kasi lepas tu dia punya amarah. Dia tau Lorea memang dari awal sukakan Lash. Tapi dengar pengakuan Lorea tadi dia rasa macam bodoh betul. Nda sedar dia sudah ada depan pagar rumah Lash. Dia masuk lompat pagar lepas tu dia pigi tekan bell banyak kali. Lash tengok dari camera Dany di depan pintu. Tebuka ja pintu terus Dany kasi layang penumbuk sama Lash.
“Kau tau dia saya punya kenapa kau tidur sama dia!!”
Lash tau sudah Lorea mungkin sudah bagitau Dany apa yang berlaku antara durang dua. Lash nda melawan sebab dia tau dia salah ni kali. Dany pigi cengkam kolar baju Lash.
“Saya fikir kau abang saya. Kau support saya tapi saya silap kau tikam saya dari belakang! Abang macam apa kau ni?”
“Dany, dari awal dia sudah cakapkan siapa dia suka? Kau yang mau ambil risiko. Lorea saya punya. Dari awal, saya punya.”
“Nda.saya nda akan biar kau rampas Lorea.”
Dany keluar tapi Lash menahannya.
“Lorea nda akan balik sama kau. Dia cintakan saya, Dany.”
Dany tepis tangan Lash terus pergi dari sana. Dia tau dia kejam buat begitu sama adiknya. Tapi dia yakin Lorea nda akan bahagia dengan Dany.
Sudah lama Lorea nda ikut Elena buat kerja amal di luar. Dia banyak berdiam di rumah sambil cari maklumat baru pasal ibu kandung dia. Lorea banyak berfikir sampailah tiba-tiba dia rasa dia patut terus terang sama Vera sebab Cuma Vera yang tau siapa ibu kandung nya. Lorea memandu menuju ke rumah Vera. Sampai di sana, sekali lagi Lorea nampak kereta Rosela ada di depan pagar. Dia masuk perlahan-lahan dan di ruang tengah kedengaran suara Vera dan Roselah sedang bercakap serius.
“Saya rasa ibu kandung Lorea yang buat semua ni. Sebab Cuma dia yang selalu minta maklumat pasal Lorea sama saya tapi saya nda pernah kasi sebab saya sudah janji dan saya akan pigang tu janji.”
Lorea pasang telinga bila dia dengar namanya di sebut. Apa yang durang sembunyikan dari Lorea satu persatu terungkap. Lorea cuba menahan diri d tetap berdiri di sebalik pintu.
“Mesti dialah, siapa lagi kan? Nda sekarang masalahnya dia mau jumpa Lorea untuk apa? Dulu masa dia hantar Lorea rumah anak yatim bukan dia sendiri yang cakapkah kasi hapus semua maklumat? Saya nda akan biarkan dia jumpa Lorea.”
Lorea terus masuk ke dalam buat Vera sama Rosela terkejut dan terdiam. Durang Cuma mampu saling bertatapan.
“Why? Kenapa semua senyap macam nampak hantu? Tadi bukan main lagi. Kenapa?”
“Rea…”
“Mamy patut terus terang dari saya kecik lagi. Kenapa mamy sama dady nda cakap saya anak angkat. Saya jadi orang sombong sebab saya sangka saya anak orang kaya tapi rupanya saya anak pungut seja.”
“Rea tetap anak mamy sama dady nda kisah lah anak angkat atau anak kandung. Mamy sama dady sayang kau.”
“Saya mau jumpa ibu kandung saya.”
“No! Mamy nda izinkan.”
“Im sorry, mamy. Saya bukan mau kurang ajar atau bukan saya mau kasi lupa jasa baik mamy jaga saya dari kecik. Tapi saya mau tanya dia, kenapa dia pilih buang saya? Kalau mamy sama dady nda mau bagitau saya, its okay. Saya tau cari sendiri.”
“Rea… bagi mamy sikit masa. Please… Rea nda sayang mamy sudahkah?”
Lorea terus peluk Vera. Dia bukannya ada niat mau kasi sakit hati Vera tapi dia ada hak untuk tau siapa ibu kandung dia yang sebenarnya. Rosela yang nampak kebingungan di sana. Tapi dia tidak ada hak untuk ikut campur. Biarlah Vera selesaikan guna cara sendiri.
Balik-balik Lash tengok dia punya jam. Nda sabar dia tunggu Lorea. Nda lama sampai juga Lorea. Benda pertama yang Lorea nampak adalah tu bibir Lash yang pecah sama lebam.
“Dany pukul lagi kah?”
“Hadiah sebab mulut kau celupar.”
“Kenapa saya?”
“Nda cukupkah kau bagitau kau cintakan saya sama dia?”
“Memang saya cakap begitu. Salah meh?”
“Nda salah, sayang. Tapi kau bagitau dia yang kita sudah kumuci-kimuci kenapa? Berdarah hati Dany.”
Lorea tersengih-sengih. Lash kasi hulur bunga sama dia. Bunga ros yang buat Lorea senyum lebar lagi. Sebenarnya antara dia sama Lash belum rasmi lagi sebab Lash belum cakap apa-apa.
“Saya cakap begitu supaya dia boleh move on bah. Lagipun saya nda tau kenapa, saya yakin betul dia nda boleh terima siapa saya sebenarnya.”
Elena senyum bercampur berdebar saat dia dapat satu-satunya maklumat yang masih tersisa pasal anak dia. Dalam masa yang sama dia juga takut macam mana kalau dia buka nanti lepas tu dia dapat tau yang anak dia sudah tiada lagi atau mungkin anaknya nda sebahagia yang dia sangkakan. Namun dia beranikan diri membuka dan melihat sekeping kertas juga sekeping gambar.
“Lorea?”
YOU ARE READING
LOREA
General FictionSINOPSIS TAJUK : LOREA PENULIS : ENA ARUN Lorea gadis yang dilahirkan tanpa keinginan ibu bapanya. Lahir pada waktu yang tidak tepat. Kerana kehadirannya tidak diingini, Lorea sejak lahir dihantar ke rumah anak yatim dan ditinggalkan tanpa identiti...