Aisya memandang papan gabus yang melekat didinding biliknya. Sepit rambut yang kecil dan comel. Yang disepitkan dipaku-paku yang berada dipapan itu ditenung.
'Terima kasih untuk kebahagiaan yang seketika.' Hatinya mengungkapkan kata-kata itu.
Otaknya mula berputar setiap ayat yang bakal dikatakan pada seseorang. Yang mana dia tahu, ayat itu adalah hanya untuk menyedapkan hatinya. Agar dia boleh melangkah pergi.
Air mata Aisya mengalir.
Bukan kali pertama. Sudah banyak kali. Sampaikan dah biasa dengan rasa sakit itu. Rasa maruahnya dipijak dan dirinya diperlukan untuk kepuasan seorang lelaki.
'Kau pun gatal juga. Pergi melayan buat apa? Cuba kalau bertegas. Kata je, tak nak. Tak ada benda tu semua berlaku.' Aisya mengejek dirinya sendiri.
Aisya ketawa.
'Aku manusia lah. Perempuan. Mestilah aku suka diberi perhatian. Sweet. Sweet. Siapa tak suka? Tipu lah kalau tak suka. Especially from someone yang kau tertarik.' Kata Aisya lagi didalam hatinya.
Namun kemudian, air mata yang diseka tadi, kembali mengalir.
Perasaan jijik pada diri sendiri. Rasa diri tersangatlah murah. Rasa diri tersangatlah hina. Hanya untuk sebuah kebahagiaan yang dia sendiri sedar ianya palsu.
Mindanya kembali mengenangkan segala kebahagiaan yang dia rasakan sewaktu bersama lelaki itu. Lelaki yang dia kenali di applikasi Tinder. Perbualan pertama mereka pada jam 3 pagi.
Perbualan text yang membuatkan dia ketawa sendirian. Yang buat dia tersenyum gembira. Yang membuatkan emosinya gembira.
Dia sangka, itu sajalah perbualan mereka. Kerana lelaki itu hanya diam selepas itu. Ada sedikit rasa rindu. Tapi tidaklah berharap. Kebiasaan di aplikasi tersebut.
Tiga hari kemudian, lelaki itu datang menegur. Sekali lagi. Hatinya kembali ceria. Hidupnya kembali terisi. Dan lelaki itu sangatlah membuai perasaannya. Bukan dengan kata-kata manis. Tapi dengan usaha lelaki itu untuk buat dia ketawa. Lawak-lawak yang sangat membahagiakan.
Dan perbualan mereka dibawa keluar dari aplikasi tersebut dan ditukar ke aplikasi WhatsApp. Dia masih lelaki yang membahagiakan cuma dia mula menunjukkan belangnya.
Dia seorang lelaki narcissists. Dia mempergunakan perasaan Aisya untuk membuatkan Aisya rasa bersalah dan tunduk dengan segala permintaannya. Kemahuan seorang lelaki pada seorang perempuan.
Namun, Aisya tegas. Tiada sentuhan fizikal. Lalu, lelaki itu mula menjauhi sedikit demi sedikit. Tetapi kembali semula dengan cara yang baru. Tiada sentuhan fizikal kerana mereka belum bertemu tetapi mesej-mesej lucah yang menggambarkan perbuatan zina.
Aisya melayan kerana tak mahu lelaki itu pergi. Ditambah dengan kehendaknya sendiri. Keinginannya. Akhirnya, Aisya tewas. Tiada sentuhan fizikal namun, dia kalah untuk menunjukkan dirinya. Jika selama ini, dia hanya bersembunyi dibalik mesej-mesejnya. Tanpa gambar dan rupa. Kini, dia sudah menonjolkan dirinya. Bukan saja rupa. Tetapi tubuhnya pada lelaki itu. Walaupun berbaju. Tidak tunjuk kulitnya. Tapi, terlihat bentuknya.
Aisya malu sendiri. Malu dengan dirinya. Yang paling utama, dia malu dengan Yang Maha Mencipta. Dia lalai dalam memelihara agamanya. Memelihara dirinya. Buatkan dia bertambah rasa hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan bakal imamnya.
"Ya Allah, andai benar jodohku masih ada, tolonglah jauhkan dia dari aku. Aku malu. Aku tidak sempurna. Rosak akhlak dan tiada harga diri. Bantulah aku, Ya Allah. Aku malu untuk bertemu dengannya seperti mana aku malu untuk meminta kepada-Mu. Tapi, tanpa-Mu, siapalah aku. Dengan penuh rasa keinsafan, Ya Allah. Bantulah aku. Bimbinglah aku. Aku boleh hidup tanpa dia. Tapi bukan tanpa-Mu Ya Allah." Rintih Aisya.
Dia tahu, semua itu sudah ditetapkan sejak di Luh mahfuz. Tapi, dia mahu meminta juga. Bukan menolak takdir tapi dia benar-benar malu untuk berkongsi hidup dengan sesiapa pun. Dia takut andai perbuatan hinanya ini, menjadi asbab keruntuhan kebahagiaan dirinya.
Jadi, biarlah dia sendiri.
YOU ARE READING
Akukah?
RandomPerjalanan hidup seorang gadis lanjut usia bernama Aisya. Apa yang dia fikirkan. Apa yang dia rasakan. Segala tentang kehidupan seorang Aisya. Spoil alert : • Tak ada kisah cinta lovey dovey. • Bukan juga kisah keluarga. • Bersedia dengan negative...