AK 12

40 6 1
                                    

"Stop making fool of yourself. Pleaseeee..." Rayu Aisya pada dirinya sendiri.

Sejak berjumpa Badri beberapa hari lepas, dia tak habis lagi menjijikkan diri sendiri. Mengutuk dan menghina diri sendiri.

Jabir yang mendiamkan diri makin memburukkan keadaannya. Bermacam-macam difikirkannya. Bermacam juga yang disimpulkannya. Yang akhirnya buat dia rasa dirinya sangat teruk dan tak layak untuk sesiapa pun.

Air mata Aisya juga tidak mampu untuk berhenti. Setiap kali dia mengutuk dirinya, setiap kali itu juga dia menangis.

Bila dia penat, dia akan tertidur. Bila terjaga, sedikit segar sampai tiba-tiba dia teringat dosa silamnya. Dan dia mula mengutuk dirinya.

Dia mahu keluar dari kesedihannya itu. Berzikir hanya membuatkan dia makin mengenang kisah hidupnya. Dosa-dosanya. Menulis juga tidak mampu buat dia tenang seperti selalu.

Mahu bercerita dengan siapa? Orang yang dia kenal? Dia tidak mahu orang tahu kedukaannya. Dia tak mahu orang melihat dia menangis. Jadi, dia perlu atasi rasa sedih ini sendiri.

Tapi, dia sendiri buntu.

Hanya doa dia panjatkan agar Allah kurniakan dia ilham. Bagaimana dia boleh keluar dari perasaannya ini. Dia sudah tidak mampu untuk terus menangis. Terus menerus menyalahkan diri sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Ketukan dipintu rumahnya membawa Aisya ke dunia semula. Dia segera membasuh dan mengelap wajahnya. Kemudian, barulah dia membuka pintu. Dia sangka Amru yang datang tetapi, Jabir yang tercegat didepan rumahnya.

"Kenapa?"

"Tak nak jemput saya masuk?"

Aisya geleng.

"Kenapa?"

"Bukan mahram."

"Hari tu boleh."

"Awak sakit."

"Sekarang pun, saya sakit."

"Ecah tengok, awak sihat saja."

"Sakit rindu kan awak."

Aisya terus masuk dan menutup pintu rumahnya. Dia tak lagi mengendahkan ketukan dipintu rumahnya. Tak dipedulikan langsung.

Dia pandang ke luar beranda. Kolam renang. Segera, dia tukar ke pakaian renangnya. Puasa bukan sebab untuk dia tak lakukan aktiviti senaman. Kalau tertelan, tak apa. Dia akan ganti. Dia hanya mahu berenang ketika ini.

Saat dia keluar, Jabir masih berada dipintu rumahnya. Dia buat tak endah. Terus saja dia bergerak ke kolam renang. Dan dia terus terjun tanpa pedulikan sesiapa pun dan apa juga pun. Tujuannya hanya satu. Berenang untuk melegakan emosinya.

Dia tenggelamkan dirinya. Bernafas didalam air. Bermeditasi. Cuba untuk mengawal fikirannya. Namun, tidak mampu. Lantas, dia mengapungkan dirinya. Memandang ke langit putih. Melihat pergerakan awan kelabu. Rasa tenang dan damai mula menyinggah.

Saat itu, air matanya mengalir. Mengalir kerana dia maafkan dirinya. Dia terima kekurangan dirinya. Dia akui, dia manusia biasa. Imannya rapuh dan mudah terpesong. Jadi, dia maafkan dirinya. Dia berdamai dengan dirinya.

Setelah lega, dia berenang seketika. Dan barulah dia keluar dari kolam renang itu. Saat itu, baru dia ingat Jabir menunggunya.

"Kenapa Ecah menangis?" Tanya Jabir.

Aisya hanya diam. Dia mandi di air pancur berdekatan. Kemudian, dia lap badannya dengan tuala yang dibawanya. Dia duduk disitu seketika. Bagi kering supaya bangunan itu tidak basah.

Akukah?Where stories live. Discover now