AK 24

54 8 2
                                    

"Kenapa dibiarkan dia tinggal sendirian? Seseorang yang mengalami depression and anxiety tak boleh dibiarkan sendirian. Kita tak tahu apa yang mampu dia buat." Marah doktor yang merawat Aisya.

Aisya terpaksa direhatkan didalam wad psikiatri buat sementara. Kerisauannya berulang. Dan kemurungan.

"Ini sebab tinggal dengan saya la ni, doktor. Dia tak suka duduk dengan orang." Balas Amru.

"Tapi mereka tak boleh duduk sendirian. Lagi macam-macam dia akan fikir. Dia perlukan orang disekeliling dia to cheer her up." Balas doktor.

"Orang lain, saya tak tahu. Kakak saya, dia tertekan bila duduk dengan kami. Saya tak tahu punca dia tertekan. Dia pun tak pernah bercerita. Tapi saya rasa, kami punca dia jadi gini." Balas Amru.

"Tak apa. Nanti saya rujuk dengan kaunselor dia." Kata doktor dan terus meminta diri.

Amru pandang ke pintu wad.

Timbul rasa sesal. Dia tak pernah duduk berdua dengan Ecah dan bertanya atau bercerita. Dari dulu, walau duduk serumah, mereka adik-beradik buat hal masing-masing. Sibuk dengan kerja dan hidup masing-masing.

Hanya Aisya yang menjaga emak mereka. Emaknya tak lah terlantar sakit. Malahan, emaknya yang masak dan uruskan rumah. Aisya hanya pandang dan menolong bila diperlukan.

Kerana itu, mereka adik-beradik marahkan Aisya. Aisya tidak bekerja. Tidak juga menolong emak mereka. Nadia pula, sering mengambil kesempatan diatas masa Aisya yang lapang untuk menyuruhnya melakukan banyak kerja-kerjanya.

Norin pula, suka memaksa Aisya untuk bekerja. Tidaklah dengan marah. Tetapi dia suka menunjuk-nunjuk kemewahannya. Suka bermegah dengan apa yang dia mampu beli. Ada masa, dia akan memperlekehkan Aisya kerana Aisya tidak bekerja.

Amru meraup wajahnya.

Dia pula hanya memandang. Tak pernah tegur. Tak pernah kisah. Dia dengan hidupnya. Motor, kereta, kerjanya dan Zulaikha. Dia biarkan semua yang Nadia dan Norin lakukan kepada Aisya kerana dia marahkan Aisya.

Jarak umur mereka jauh. 9 tahun. Sewaktu dia masih kecil, Aisya selalu memukulnya. Tidaklah sampai cedera. Sakit pun tak. Dan tidak juga didepan orang ramai. Hampir setiap kali dia menangis atau mengamuk, Aisya akan tarik dia masuk ke dalam bilik. Aisya kata, dia sebagai lelaki, kena kuat sebab dia yang akan menjaga keluarga ini.

Tapi, bila dia sudah masuk sekolah. Sudah mula berkawan. Aisya tidak lagi lakukan hal begitu. Aisya biarkan saja. Tapi, sampai saat ini, dia masih ingat apa yang Aisya lakukan kepadanya. Tak pernah lupa.

Dan dia marahkan semua ahli keluarganya kerana biarkan Aisya lakukan hal tersebut kepadanya. Dan kemarahan itu, berlanjutan walaupun dia tahu niat Aisya. Dan dia juga tahu, kejayaan yang dia kecapi kini adalah kerana didikan itu. Aisya terapkan dalam mindanya. Dia kena pandai cari duit. Jaga keluarganya. Jaga dirinya. Kalau jatuh, bangkit.

Cuma dia terlalu ego nak akui.

Amru masuk ke dalam wad. Meminta kebenaran jururawat untuk berjumpa dengan Aisya. Sebentar.

Dia senyum melihat Aisya yang turut sama senyum.

"Pergilah balik. Jangan risau. Aku okey je ni." Kata Aisya.

"Terima kasih." Kata Amru.

"Kenapa?"

"Sebab bertahan sampai sekarang."

Aisya ketawa.

"Kau dah kenapa? Nak daftar masuk sana ke?" Kata Aisya sambil menunjuk ke arah wad untuk pesakit mental yang kronik.

Amru geleng. Dia rasa air mata dia bertakung. Terus saja dia memeluk Aisya. Mengesat air matanya dibelakang kakaknya itu.

Aisya menepuk belakang Amru. Diusap.

"Nangislah. Lelaki pun perlu menangis." Kata Aisya.

"Kau kata, lelaki tak boleh menangis." Kata Amru.

"Aku kata, lelaki kena kuat. Jangan asyik nak menangis saja." Balas Aisya.

Amru melepaskan pelukan. Dia memegang tangan Aisya. Mata Aisya ditatapnya.

"Aku minta maaf. Aku gagal jaga keluarga kita." Kata Amru.

"You did a good job already. Sekarang ni, jaga keluarga kau. Jaga Zulaikha. Jangan abaikan dia. Jangan sakiti hati dia. Penuhi permintaan dia semampu kau. Jangan risaukan kakak-kakak kau dah. Kami dah ada hidup kami sendiri." Kata Aisya.

"Tapi kau belum kahwin. Kau masih dalam tanggungan aku." Kata Amru.

"Jangan risaukan aku. Aku pandailah uruskan hidup aku sendiri. Bukan bermakna kau lepas tanggungjawab tapi beri aku kebebasan jalani hidup aku sendiri. Macam mana pun, kau tetap adik aku." Balas Aisya.

"Aku carikan kau suami. Ya?" Cadang Amru.

Aisya ketawa.

"Tak cukup lagi ke hidup aku korang kurung selama ni? Korang ikat aku dengan tanggungjawab jaga mak. Sekarang? Kau nak ikat aku sebagai isteri pula?" Kata Aisya. Sinis.

"Sudah. Pergi balik. Balik!" Tengking Aisya.

"Encik. Sila keluar. Jangan ganggu patient." Kata jururawat yang sedang mengambil tekanan darah pesakit berhampiran.

Amru angguk. Dia terus berlalu meninggalkan Aisya.

Aisya menangis.

Akukah?Where stories live. Discover now