AK 4

56 7 3
                                    

Aisya senyum. Hampir semua kenalan yang menegurnya semalam tahu, dia mahu keluar seorang diri menaiki train. Pada dia juga, Aisya khabarkan. Aisya turut mempelawa. Tapi katanya dia kerja malam hari.

Jadi, Aisya hanya terima. Malas mahu mempersoalkan. Sedar diri. Dia bukan siapa-siapa untuk si dia. Jadi pagi ni, Aisya bersiap. Kerana tiada perancangan, dia ambil masa untuk bersiap. Sedang bersiap, si dia telefon.

"Pagi tadi. Penat. Istikharah." Katanya.

"Alhamdulillah. So, dah dapat tak jawapan istikharah?" Tanya Aisya.

"Tadi tidur. Baru bangun. Mimpi basah." Katanya tanpa menjawab soalan Aisya.

"Alhamdulillah. So, dah nampak lah siapa yang dibasahkan. So? What's the next step?" Tanya Aisya. Senyum kelat.

"Mimpi saya dengan Ecah dalam kereta...." Dan dia mula bercerita tentang fantasinya dengan Aisya.

Aisya senyum sinis.

'Boleh erk buat main istikharah. Dengan agama pun, nak buat main.' Bebel Aisya dalam hati sambil mendengar fantasi si dia.

"Rasanya awak mimpi orang lain ni. Ecah bukan macam tu. Kalau Ecah, Ecah tak buat macam tu. Ecah buat macam ni..." Dan Aisya turut bercerita fantasinya.

"If it's real. I was so lucky. Susah nak dapat perempuan yang tau role dia." Kata si dia.

Aisya ketawa.

"Ramai je."

"Nope."

"Ramai. It just you need to tell her or you need to teach her." Balas Aisya.

"Ada orang tu nak date. Kita cuti hari ni." Kata si dia.

"Orang tu kata, dia kerja. So, kita pun pergi saja lah seorang. Dah teringin sangat nak naik train lepas orang tu suggest train date hari tu. Ecah pun tengah bersiap ni. Jap lagi order grab. Then, jalan la." Kata Aisya.

"Saya pun tengah bersiap. Tak apa. Ada jodoh, kita jumpa." Kata si dia.

"Insya Allah." Balas Aisya.

Talian dimatikan. Aisya terus memakai tudung. Bila segalanya sudah sedia. Dia sudah keluar dari rumah, barulah dia memesan perkhidmatan grab untuk menghantarnya ke stesen keretapi berdekatan.

Setengah jam Aisya menunggu. Apa mahu buat, sebaik saja dia sentuh kad touch and go, keretapi sudah bergerak. Meninggalkannya. Redha dan pasrah sajalah. Ini memang cabaran seorang pengguna perkhidmatan pengangkutan awam.

Sebaik keretapi tiba di stesen Subang Jaya, Aisya terpandang seorang lelaki yang menyerupai si dia. Gayanya. Rambutnya. Sama seperti si dia. Tapi, Aisya tak berani tegur. Lagipun, bila dipandang semula. Mungkin bukan dia. Namun, nalurinya kata. Itu dia. Nalurinya boleh jadi salah. Jadi, biarlah...

Bila keretapi bergerak, Aisya kembali tumpuannya ke luar. Kepalanya sudah pusing. Badannya tak selesa. Saat itulah bau minyak angin entah siapa yang memakainya menyelesakan hidungnya. Sekaligus, dirinya ketika itu.

"Siapalah yang pakai minyak angin ni. Tak ada common sense." Kata penumpang dibelakang Aisya.

'Mak ai mulut. Dia ingat bau dia wangi. Dia pakai perfume ke bau peluh ke tak tau lah. Tak ada siapa yang tegur. Tapi kalau bau peluh, takkan masih berbau. Perfume lah kot.' Bebel Aisya dalam hati.

Tak lama kemudian, lelaki yang mendapat perhatiannya itu berpindah tempat duduk dimana mata Aisya boleh memandangnya tepat melalui celahan antara kerusi didepan Aisya. Minda Aisya terus menilai. Dia kah? Bukankah? Aisya pandang ke luar bila dia rasa lelaki itu memandangnya.

Akukah?Where stories live. Discover now