"Nah."
Aisya menghulur kotak baldu yang diberikan Puan Maimun beberapa minggu lepas kepada Jabir. Lama dia ambil masa untuk membuat keputusan. Hampir setiap malam dia bangkit sujud meminta pertolongan dari Ilahi. Tetapi, tiada jawapan yang dia perolehi. Tiada mimpi mahupun gerakan hati.
Yang ada hanyalah hatinya yang ingin menjadi milik lelaki itu. Tetapi akalnya menolak. Hatinya memang sudah terpaut lama pada lelaki itu sebelum pinangan datang lagi. Jadi, dia tak mahu membuat keputusan mengatakan Jabir adalah jawapan istikharahnya.
"Ecah tak sayang Jay?"
"Bukan sebab tu."
"Jadi? Sebab apa?"
Aisya diam.
Dia memandang sekeliling kawasan station KTM komuter Pelabuhan Klang. Memandang ke laut yang terselit diantara bangunan. Namun, masih jelas kelihatan laut didepan mata.
"Ecah..." Jay menelengkan kepala ke bawah. Mencari mata Aisya yang sedang tertunduk ke bawah sambil bermain dengan jari jemarinya.
Aisya tarik senyum segaris.
Entah kenapa mereka memilih tempat ini sebagai tempat pertemuan mereka. Walhal, banyak lagi tempat yang menarik dan lebih selesa. Sudahlah jauh dari rumah masing-masing. Dan mereka memilih untuk menaiki keretapi ke sini.
"Kenapa?" Tanya Jabir. Masih mahukan jawapan. Kenapa Ecah menolak pinangannya.
"Dah berapa lama dah, Ecah tak dapat lagi jawapan dari istikharah Ecah. Ecah tak nak Jay terus menunggu. Carilah perempuan yang lebih layak." Jawab Aisya. Masih bermain dengan jarinya.
Jabir melarikan pandangannya ke hadapan. Dia menarik nafas dalam. Rasa lega kerana itu jawapan Aisya.
"Ecah. Tak ada sesiapa paksa Ecah bagi jawapan. Kalau istikharah Ecah ambil masa berbulan pun, Jay sanggup je tunggu." Pujuk Jabir.
Aisya geleng.
"Kenapa? Ecah ada alasan lain untuk menolak?" Tanya Jabir.
Aisya menarik nafas dalam. Matanya kembali memandang ke pemandangan dihadapannya. Dia lepaskan nafasnya perlahan.
"Boleh tak bawa Ecah jumpa ibu Jay?" Pinta Aisya.
Jay angguk.
"Sekarang?"
Jay angguk.
"Kena balik ke station Subang Jaya la sayang. Kereta Jay kat sana." Kata Jabir.
"Jay bukan tinggal dengan makcik ke?" Tanya Aisya.
Jabir geleng.
"Ibu tinggal dekat Seremban." Jawab Jabir.
"Tak apalah. Kita naiklah train. Kita buat train date yang tak jadi dulu. Ada kan keretapi sampai Seremban? Nanti kat sana. Kita order grab je lah. Nak jimat, naik bas." Cadang Aisya.
"Kan senang naik kereta." Pujuk Jabir.
"Naik train lah syok."
"Naik kereta cepat sampai."
"Jem."
"Ni kenapa yang macam mengelak sangat ni?" Tanya Jabir. Memandang Aisya disebelahnya. Dengan pandangan tirus.
"Jay kan lately ni asyik berfantasi dalam kereta. Takut lah." Jawab Aisya.
Jabir ketawa.
"Comel sangat ni, kenapa?" Kata Jabir sambil mencubit pipi Aisya.
Aisya memukul tangan Jabir.
Jabir lepaskan.
Aisya mengusap pipinya. Sakit dicubit Jabir. Memerah wajahnya.
YOU ARE READING
Akukah?
RandomPerjalanan hidup seorang gadis lanjut usia bernama Aisya. Apa yang dia fikirkan. Apa yang dia rasakan. Segala tentang kehidupan seorang Aisya. Spoil alert : • Tak ada kisah cinta lovey dovey. • Bukan juga kisah keluarga. • Bersedia dengan negative...