Setelah usai solat hari Raya, bermaafan, makan, tidur dan makan semula, Aisya balik ke rumahnya. Rutin hari raya setelah ibunya meninggal dunia.
Jika tadi, bersembang, ketawa dengan adik-beradiknya, kini dia kembali sendiri. Sesuatu yang dia harapkan suatu ketika dulu. Dia suka tetapi ada masa, rasa sendu dan sendirian.
"Lonely. I'm so lonely..." Ecah menyanyi-nyanyi kecil lagu 'Lonely' sambil bersiap untuk mandi.
Usai mandi dan memakai pakaian rasminya di rumah, dia mula menyambungkan telefon bimbitnya pada 'projector'. Mencari filem yang mahu ditonton. Apa lagi dia boleh buat selain dari melayan filem-filem dan drama-drama di Netflix dan YouTube.
Namun, rasa sunyinya masih tidak dapat dihilangkan. Malahan bertambah dengan rasa bosan. Lantas, dia menukar pakaian renang dan terus turun ke bawah. Terjun ke dalam kolam renang. Berenang dari hujung ke hujung beberapa kali. Akhirnya, dia hanya mengapungkan dirinya. Melihat langit yang sudah mendung. Menandakan hari mahu hujan.
"Syoknya hujan... Sejuk..."
Dan tiba-tiba, dia terus bangun. Menuju ke titik mula dia turun ke kolam. Membasuh dirinya dipancuran air. Dan terus ditutup tubuhnya dengan tuala.
Dia juga tak menunggu lama untuk kering seperti kebiasaan. Dia perlu uruskan tubuhnya yang sedang bergelora. Tak mahu ada mata yang melihat keadaan tubuhnya ketika ini.
Sedang dia memakai pakaiannya, pintu rumahnya diketuk orang. Dalam hatinya sangat pasti, Jabir. Hanya Jabir dan keluarganya tahu rumahnya. Dan tak mungkin ahli keluarganya. Mereka baru bertemu.
Aisya hanya biarkan mulanya. Namun, akhirnya, dia mengambil selendang, dipakainya dan dibuka pintu rumahnya. Berkerut melihat seorang pemuda berada didepan rumahnya. Membawa jambangan bunga dan belon.
"Nak cari rumah siapa ni?" Tanya Ecah.
"Aisya?" Tanya pemuda itu.
Aisya angguk.
"Saya Amir. Saya ada delivery dari Jabir. Dia kata. Jumpa raya ketiga nanti. Jangan ke mana-mana. Kalau tidak, you'll be punish." Kata Amir sambil menghulurkan sebuah jambangan bunga dan dihiasi dengan belon kepada Aisya.
"Bukalah ribbon tu." Pinta Amir.
Aisya naikkan biji mata ke atas. Tak rasa teruja langsung. Helah ini dia dah selalu tengok dekat dalam Tiktok. Duit terbang.
Aisya hanya menurut. Sebaik dia tarik reben tersebut, keluar duit yang naik ke atas. Amir yang terlebih teruja sambil merakam Aisya. Aisya langsung tiada reaksi.
"Boleh saya post dalam social media?" Tanya Amir.
"Nope. Video ni nak hantar pada sender, kan?" Balas Aisya.
Amir angguk.
"Record ni." Arah Aisya.
Amir menghala kemera telefon kepada Aisya.
"Jangan call saya. Jangan text saya. Jangan datang pun. And thanks for all this." Kata Aisya.
"Done. Dah boleh balik dah rasanya. Terima kasih, ya." Kata Aisya sambil tersenyum.
Dia terus masuk ke dalam. Dipandang jambangan bunga dan coklat itu. Diambil coklat itu dan dia makan.
"Buat sepah saja." Rungut Aisya.
Namun, tangannya sudah mengasingkan bunga dan coklat. Kemudian, bunga itu diletakkan didalam pasu perhiasan yang ada dirumahnya.
Coklat pula diletakkan didalam peti sejuk. 'Duit terbang' yang diberikan kepadanya dikeluarkan dari plastik. Dikira satu persatu duit RM50 itu.
"RM1500. Banyaknya. Dia nak bagi untuk apa ni?" Berkerut dahi Aisya.
"Dah tak pasal kena tunggu dia juga. Harap-harap dia tak datang tapi kalau dia datang, bagi balik duit dia ni." Kata Aisya.
"Haish... Semaklah kepala otak aku dengan dia ni." Kata Aisya lagi.
"Ke dia betul-betul terima tawaran aku. Ni kira duit langganan. Adoi. Apa benda dia ni. Aku nak kena making love dengan dia ke? Adoi... Tak rela lah." Aisya teringat tawaran yang dia katakan kepada Jabir beberapa hari lepas.
"So? Ni macam mana?" Tanya Aisya.
"Kena lari la. Staycation kat mana-mana hotel." Kata Aisya.
Dia terus mengambil telefon bimbitnya dan mencari hotel-hotel berdekatan pada hari raya ketiga nanti.
"Apa semua harga mahal ni? Raya ni, tak ada discount ke?" Marah Aisya.
"Takkan nak duduk rumah Nadia. Malam raya pun, aku tak sudi nak duduk rumah dia. Ini tiba-tiba nak duduk rumah dia. Tak boleh. Tak boleh. Kang banyak soalan dia." Aisya menggelengkan kepalanya.
"Hentam sajalah. Mahal sikit pun tak apalah janji bukan Oyo. Serik!" Kata Aisya walaupun menyedari bukan semua hotel dibawah jenama Oyo adalah hotel pelacuran. Cuma nasibnya saja tidak baik dulu.
"Done. Huh! Menyusahkan orang saja. Dah bajet lari lagi." Kata Aisya setelah selesai menempah dan membayar hotel yang dia pilih.
Dia mengeluh.
YOU ARE READING
Akukah?
RandomPerjalanan hidup seorang gadis lanjut usia bernama Aisya. Apa yang dia fikirkan. Apa yang dia rasakan. Segala tentang kehidupan seorang Aisya. Spoil alert : • Tak ada kisah cinta lovey dovey. • Bukan juga kisah keluarga. • Bersedia dengan negative...