Sepuluh hari saja Aisya perlukan untuk menghabiskan novel yang ditulisnya. Rasa kecewa dan sedihnya, dimasukkan ke dalam cerita yang ditulisnya.
Rasa lega. Akhirnya, kisah itu tamat. Dia juga sudah siap mengedit dan telah dihantar ke syarikat penerbitan untuk dinilai. Doanya, agar ceritanya kali ini juga akan diterima oleh syarikat dan pembaca.
Jika syarikat menolak, dia akan siarkan dilaman wattpad untuk menjadi bacaan umum secara percuma. Dia mahukan komen dari pembaca untuk membetulkan cerita itu. Dan sekaligus, mengembalikan semangatnya yang hilang setelah ditolak.
Itu yang dia lakukan selalunya. Dan ianya selalu berhasil. Untuk dia menulis cerita baru. Dan untuknya terus semangat untuk menulis. Sesungguhnya, dia bukan seorang wanita yang kuat. Dia cuma pandai menyembunyikan apa yang dia rasa. Dan dia pandai untuk mengalihkan rasa sakit itu supaya dia tidak terus menyakitkan dirinya.
Aisya mahu keluar. Sepuluh hari yang dia habiskan didalam rumah. Langsung tidak keluar. Hanya memesan makanan.
Lagipun, sudah tiba masa untuk mengutip wang sewaan. Bukan tak mahu penyewa masukkan terus ke akaunnya. Tapi, ini adalah cara untuk dia melihat bangunan milik keluarganya. Dan waktu itu juga lah penyewa boleh mengadu sekiranya ada masalah pada bangunan tersebut.
Aisya memandu sambil tersenyum. Akhirnya, dia melihat dunia luar. Rasa lapang dan lega. Rasa bebas juga.
Selesai mengutip sewa di tiga tempat, dia ke bank untuk memasukkan duit itu ke akaun miliknya. Jadi banyak kerja? Dia tak kisah. Dia punya banyak waktu untuk semua itu. Dia tidak bekerja. Jadi? Dia tak nampak dimana masalahnya untuk dia lakukan semua itu.
Dia kemudian, terus ke pasaraya berdekatan. Barang dirumahnya juga sudah kehabisan. Dia mahu memenuhkan semula. Dia turut membeli bahan basah untuk memasak. Udang, sotong dan ayam menjadi pilihannya. Sayur pula, kangkung, kubis, kacang bendi dan salad.
"Tapi rasa nak makan tomyam lah." Katanya pada dirinya sendiri.
Makanya, dia ambil tomato, lobak merah dan bunga kobis. Dia turut membeli suhun. Dia suka makan tomyam dengan suhun dan fuchuk. Dan dia suka masak lemak suhun dan fuchuk. Maka, dia ambil lebih bahan tersebut. Dia bergerak ke makanan tin.
"Button mushrooms. Barulah lengkap tomyam kalo ada ni." Kata Aisya.
Dia turut mengambil beberapa kotak air susu soya dan beberapa pack vitagen. Kemudian, barulah dia bergerak ke kawasan barang rumah yang lain seperti tisu dan sabun.
Selesai semuanya, dia bergerak ke kaunter. Setengah troli penuh dengan barangannya. Untuk sebulan. Rasa rindu saat mak nya masih ada. Bila beli barang rumah, satu troli penuh. Berbukit kadang tu.
'Rindu.' Segera dia sedekahkan Al-Fatihah buat arwah mak dan abahnya.
Dia senyum. Menyembunyikan rasa hiba dihatinya.
Usai membayar, dia menolak troli ke kereta. Dalam perjalanan, dia singgah di kios yang menjual aiskrim. Chocolate Mint menjadi pilihannya.
'Sesekali tak apa.' Pujuk hatinya.
Usai makan, dia terus menuju ke keretanya. Masukkan barang ke dalam kereta. Menolak troli ke tempat letak troli. Barulah dia masuk ke dalam kereta dan memandu pulang.
"Ni lah benda paling tak best duduk rumah tinggi ni. Bertabahlah, Ecah." Kata Aisya sambil mengeluarkan troli kecil yang berada didalam keretanya. Dia meletakkan separuh dari barangnya diatas troli. Kemudian, dia kunci keretanya. Dia perlu melakukan proses ini sebanyak 3 ke 4 kali. Mujur ada lif. Bayangkan jika tiada. Dan dia perlu angkat barang yang banyak ini. Tak sanggup.
Selesai kerjanya, dia masuk ke rumah dan membuka tudungnya. Dipandang barang-barang tersebut.
"Nak mengemas pula. Allah..." Keluh Aisya. Rasa penat.
Makanya, dia hanya mengemas barang basah sahaja supaya tidak busuk. Yang lain, akan dilakukan bila dia sudah hilang penat nanti.
Dia mandi dan terus baring. Mujur dia masih dalam haid. Tak perlu untuk solat. Sudah hari-hari akhir juga. Jadi, tak sakit. Akhirnya, dia tertidur.
Tet tet tet tet. Terettt.
"Apa benda bersepah ni?" Kata Jabir.
Dia lihat Aisya sudah terbaring diatas katil. Dengan hanya mamakai gaun tidur. Menampakkan betis dan pehanya.
Jabir menelan air liurnya. Dia mendekati Aisya. Wajah Aisya ditatap. Lama. Rambut Aisya dibetulkan. Disangkut ke telinga. Dia ingin melihat wajah yang dirinduinya itu.
Dia nekad datang dan masuk ke rumah tersebut. Andai Aisya ada dan terjaga, dia akan berdepan dengan Aisya. Tapi nasibnya baik. Aisya tertidur. Jadi, dia boleh menatap wajah itu. Lama.
Aisya membuka matanya. Terus matanya dan Jabir bertaut. Tak semena, air mata Aisya mengalir. Tapi, dia masih kaku ditempatnya. Hanya air matanya saja keluar tanpa dapat dia tahan. Malah dia langsung tak mahu menahan. Dia ingin lepaskan semuanya ke dalam mimpinya.
Air matanya terus mengalir hingga dia kembali tidur. Jabir hanya kaku. Terpegun bila Aisya membuka matanya. Dan tambah kaku bila melihat Aisya menangis.
Diseka air mata itu. Dicium dahi gadis itu. Air matanya turut sama mengalir.
"Jay rindu Ecah." Kata Jabir.
"Jay doakan Ecah sentiasa bahagia walaupun tanpa Jay." Kata Jabir. Dia bangkit dan terus keluar dari rumah itu.
Dia pandang pintu rumah tersebut seketika sebelum terus pergi tanpa pandang ke belakang lagi.
YOU ARE READING
Akukah?
RandomPerjalanan hidup seorang gadis lanjut usia bernama Aisya. Apa yang dia fikirkan. Apa yang dia rasakan. Segala tentang kehidupan seorang Aisya. Spoil alert : • Tak ada kisah cinta lovey dovey. • Bukan juga kisah keluarga. • Bersedia dengan negative...