"You kena lah lebih attractive. Lebih daring. Baru dia akan layan you dengan baik. Tak semestinya meet and fuck, tunjuk boobs, ass. Tu pun dah cukup dah untuk seorang lelaki."
Kata-kata itu bermain diminda Aisya. Makin dia fikir, makin dia tak bersetuju. Dia senyum sinis.
"Wow. Aku kena jatuhkan maruah aku sebagai seorang perempuan just untuk buat dia tertarik dengan aku. Lepas tu? Apa? 'Kalau ada jodoh, adalah?' Or 'aku terlalu baik untuk dia?' Bullshit!" Kata Aisya.
Dia bangun dari duduknya. Pergi ke penapis air dan terus menekan air sejuk masuk ke dalam cawan besarnya itu. Dia perlu minum air. Tekaknya haus. Cuaca panas makin panas bila teringatkan perbualannya dengan seorang kenalannya di Tinder.
"Perlu ke buat macam tu? Just untuk buat dia dekat dengan aku? Stay dengan aku? Sampai bila? Dengan harapan, bila dia dah bersedia dia akan lamar aku jadi isteri dia? Macam bodoh je." Kata Aisya lagi.
Dia menarik nafas dalam.
"Aku dah macam orang gila dah ni. Bercakap seorang. Ecah. Ecah. Umur dah 37 dah. Masih single. Masih lagi seorang." Kata Aisya pada dirinya sendiri.
Dia pandang rumah studio miliknya itu. Rumah yang diberikan kepadanya setelah kedua ibu bapanya meninggal dunia. Dulu, rumah ini disewakan. Kini, dia duduk di rumah kecil ini. Cukuplah untuk dia seorang.
Dia membuka laptopnya. Menaip sebuah lagi cerita baru. Cerita tentang dirinya dan lelaki itu. Menceritakan apa yang jiwanya sedang alami. Itu cara dia untuk menghilangkan tekanan. Itu caranya untuk meluahkan rasa sedih yang sebenarnya sedang bersarang dihatinya.
"No way lah! Aku takkan buat semua tu. Tak apa kalau hidup seorang tapi jangan sampai hidup tak ada maruah." Tegas Aisya bila perbualan tadi mengganggu otaknya.
"Kalau dia nak pergi sebab aku tak boleh nak penuhi apa yang dia mahukan. Persilakan pergi. Kau bukan untuk aku. Titik!" Kata Aisya. Tangannya memukul meja yang meletakkan laptopnya itu.
Sakit.
Tapi dia buat tak endah. Rasa puas dapat mengetuk meja itu sepenuh hatinya.
Tapi sakit sangat.
Air matanya mengalir. Dia bangun. Mengambil minyak angin dan dilumurkan ditangannya yang sedang sakit. Perlahan, dia mengurut tangannya itu.
Bengkak.
Makin laju air matanya mengalir.
Rasa mahu luahkan kepada seseorang. Tapi tak tahu pada siapa. Dia tak punya kawan yang sudi mendengar luahan hatinya. Dia tak punya sesiapa yang dia selesa untuk bercerita.
"Apa sedihnya hidup aku ni? Cakap pun sorang. Menyedihkan betul." Kata Aisya.
Lelehan air mata saja yang mampu menceritakan betapa hatinya sakit. Jiwanya dan mindanya terganggu.
Dia ambil kain balut dan membalut pergelangan tangannya yang bengkak. Kemudian, dia membasuh tangan dan terus mengambil botol air kaca keluaran IKEA. Diambil ubat. Dan dia minum terus dari botol itu.
Dia ke meja laptopnya. Dibuka YouTube. Mencari koleksi bacaan doa dan zikir sebelum tidur. Dipasang. Kemudian, dia bergerak ke katil. Mengambil telefon bimbitnya.
Dia membuka aplikasi Tinder. Mencari kenalan yang baru. Ke kiri dan ke kanan. Tetapi, tiada siapa yang mahu bercakap dengannya malam ini.
Tak lama kemudian, dia terlelap. Tidur. Itu lah kesan ubat yang dia makan. Tidur umpama melupakan dunia buat seketika. Agar dia boleh bangun dengan ceria.
Itu yang dia harapkan setiap kali bangun tidur.
YOU ARE READING
Akukah?
RandomPerjalanan hidup seorang gadis lanjut usia bernama Aisya. Apa yang dia fikirkan. Apa yang dia rasakan. Segala tentang kehidupan seorang Aisya. Spoil alert : • Tak ada kisah cinta lovey dovey. • Bukan juga kisah keluarga. • Bersedia dengan negative...