AK 27

56 12 3
                                    

"Tukar password pintu tu."

Arahan Amru itu masih dia fikirkan. Menukar kata laluan pintu rumahnya bermakna dia perlu ingat nombor yang baru. Dan Jabir tak boleh masuk ke rumahnya.

Bukan dia tak sedar kehadiran Jabir dimalam hari. Tetapi, kesan ubat kemurungannya buat dia tak mampu untuk membuka matanya. Terlalu mengantuk. Jadi, dia biarkan saja.

Dia tak tahu bagaimana Jabir boleh dapat kata laluan pintu rumahnya. Tapi dia lega setiap kali Jabir datang. Rasa rindu yang menggebu seakan hilang. Namun, dia juga sedar. Dia perlu putuskan segala hubungan dengan lelaki itu.

Lelaki itu bukan saja tidak menghubunginya. Malahan di sekat Aisya dari menghubunginya. Tidaklah Aisya saja nak menghubungi Jabir. Tapi, ada sekali dia perlukan bantuan lelaki itu. Tetapi panggilan tidak bersambut. Mesejnya juga tidak masuk ke lelaki tersebut.

Tipu kalau dia tak terasa hati. Dia sakit. Sakit kerana tidak menjadi pilihan lelaki itu. Bertambah terhina bila disekat. Seakan Aisya akan mengganggu hidup Jabir.

Aisya tarik nafas dalam dan dilepaskan berat.

"Kalau dia pilih begini. Aku pun ada pilihan aku." Kata Aisya.

Dia menukar kata laluan pintu rumahnya. Kemudian, dia mesej Amru. Seseorang perlu tahu. Seandainya terjadi apa-apa kepadanya, Amru boleh masuk ke rumahnya. Lagipun, dia tahu Amru. Amru lebih suka dia bukakan pintu dari menekan sendiri.

Aisya duduk menonton Netflix. Dia masih belum ada idea untuk ceritanya yang seterusnya. Dari kenalan di Tinder pun, tiada cerita yang menarik. Jadi, dia menonton Netflix. Drama Korea sentiasa menjadi pilihannya. Drama 'Oh My Baby' menjadi pilihan Aisya hari ini.

Drama yang menceritakan tentang seorang wartawan majalah 'My Baby' yang sangat inginkan anak tetapi dia menghidap endometriosis. Dengan umur yang sudah menjangkau 39 tahun, tahap kesuburannya makin menurun.

Aisya faham perasaan watak Jang Ha Ri yang dilakonkan oleh Jang Na Ra. Dia juga punya keinginan untuk mempunyai cahaya mata. Tapi, jodohnya masih belum tiba. Kemudian, dia disahkan mempunyai PCOS yang menipiskan peluangnya untuk mengandung.

Pelbagai saranan untuk ubah gaya hidup yang dia ikut. Semata-mata untuk merawat PCOS nya. Tetapi, masih tidak berhasil. Dia yang dulu berat 150kg, sudah turun ke 60kg. Semua dilakukan untuk memulihkan dirinya.

Aisya mengeluh.

Dia masih punya PCOS. Kilang telurnya masih tidak normal. Untuk itu, dia buat keputusan untuk tidak berkahwin. Lagipun, niat dia ingin berkahwin kerana mahu anak pada mulanya. Dia tak rasa keperluan ada seorang lelaki dalam hidupnya.

Entah sejak bila, dia rasakan keperluan seorang lelaki bernama suami. Dia ingin ada suami yang sentiasa menyokongnya. Yang akan membantah jika ada sesuatu tindakannya yang tak betul. Dia mahu ada seorang suami yang menemani tidurnya. Dia mahukan seorang suami yang sentiasa ada dengannya. Untuknya.

Dia tahu, ianya hanya angan-angan. Hakikatnya, tiada lelaki seperti itu. Jika ada, sudah menjadi milik orang lain. Kerana lelaki yang selalu ada untuk seorang perempuan itu, sangat sukar ditemui.

Tok! Tok! Tok!

Aisya memandang ke arah pintu rumahnya. Bila sekali lagi bunyi ketukan, dia menjedakan drama yang ditontonnya. Dia bangun dan membuka pintu rumahnya.

"Nak apa?" Tanya Aisya.

"Need cuddle and all the extra service you've offered. Rasanya dah berbulan-bulan deposit Jay dah bayar. Masih belum digunakan." Jawab Jabir.

"Kejap."

Aisya menutup pintu rumahnya. Dia masuk ke dalam dan menuju ke almari. Laci didalam almari dibuka. Dia mengeluarkan sebuah kotak yang didalamnya terdapat beberapa utas gelang dan rantai yang masih kemas tersimpan didalam bekasnya. Beberapa keping note RM50 turut berada didalam kotak tersebut.

Akukah?Where stories live. Discover now