AK 25

31 4 0
                                    

Aisya memesan makanan di kafeteria di salah sebuah universiti di Selangor ini. Dia baru saja selesai program pembacaan novel yang dianjurkan oleh syarikat penerbitan novelnya.

Alhamdulillah. Disebabkan novelnya antara novel yang mendapat sambutan, Aisya dijemput hadir. Program ini bagi mendekatkan pembaca dan penulis. Salah satu inisiatif untuk menggalakkan lebih ramai pembaca dan penulis.

Namun, Aisya datang tanpa namanya disebut. Dia minta syarikat merahsiakan identitinya. Dia hanya ingin hadiri program itu tanpa terlibat secara langsung. Mujur, syarikat memahami dan bersetuju.

"Ecah." Tegur seseorang sewaktu Aisya sedang menikmati makanannya.

Aisya memandang gerangan yang menegurnya. Terus saja dia meletakkan sudu dan garfu. Tangan diletakkan dibawah. Digenggam.

"Takkan dah lupa kawan lama." Kata Farid.

Aisya geleng. Senyuman cuba diukir semanis mungkin. Bagi menutup kegusaran dihatinya.

"Ingat. Farid." Jawab Aisya.

Farid ketawa. Dia menarik kerusi dihadapan Aisya. Mula bertanya khabar.

"Oh. Majlis tu. Kau tak habis lagi kan berangan. Tapi, baguslah. Sekurangnya-kurangnya, dapat juga jadi duit. Sorry lah. Aku ugut student aku pergi. Kalau aku tau kau salah seorang penulis, aku galakkan dorang pergi. Support kau." Kata Farid.

Aisya geleng.

"Tak apa. Tak ada siapa pun yang datang tadi kenal aku. Orang tak kenal aku personally. Dorang just tau, karya aku. Aku lebih suka jadi unknown." Balas Aisya.

"Sejak bila? Kau bukan jenis suka jadi attention ke? Bila kau berubah suka jadi unknown ni?" Tanya Farid.

Aisya senyum. Tangannya masih dibawah. Masih bermain sesama sendiri.

"Manusia berubah. Kan?" Jawab Aisya.

"Tapi, jadi unknown. Is not you. Is totally not a good changes. You are not supposed tukar jadi lemah macam ni. This is totally not you." Balas Farid.

"Untuk segala trauma dan kesakitan yang aku alami. Being someone and unknown is way more better then being nothing." Balas Aisya pula.

Farid tarik senyum lebar.

'This is Ecah yang aku kenal. Masih tak mengalah bila berbalah.' bisik hati Farid.

"I guess you are still single. Tak ada berita kau kahwin." Kata Farid.

"Even aku kahwin, takkan ada sesiapa juga yang tahu. Sebab aku tak nak orang tahu." Kata Aisya.

"Kenapa?" Tanya Farid.

"Aku just tak nak." Jawab Aisya.

"Kan ke perkahwinan itu harus dihebahkan?" Tanya Farid lagi.

"Harus. Bukan wajib. So, aku tak nampak kenapa aku kena hebahkan? Cukup aku, dia dan keluarga kami tahu hubungan kami." Balas Aisya.

"Tapi, kan lagi baik jika dihebahkan. Tak adalah orang nak kacau pasangan kita. Pasangan kita pun, tak adalah perasan bujang." Balas Farid.

"Kalau hati nak curang, sama ada dihebahkan atau tak. Pasti akan berlaku. Kalau hati nak setia, walau disembunyikan, pasti akan tetap setia. Walau terpisah berjuta batu sekalipun." Bidas Aisya.

"Aku kalahlah dengan penulis novel ni. Ada je dia nak reply. So? Kau masih tinggal dirumah lama kau?" Tanya Farid.

Aisya geleng.

Farid angguk.

"Kau tak nak bagi nombor telefon kau? Rasanya social media pun, kau tak aktif." Pinta Farid.

Aisya geleng.

"So, macam mana nak contact kau?" Tanya Farid.

"Tak perlu." Jawab Aisya. Tegas.

"Tapi..."

Aisya menunggu tetapi Farid tidak meneruskan kata-katanya.

Farid geleng.

"Tak apalah. Apa nama pena kau? Aku tak nampak nama Aisya atau Ecah dalam list novelist yang aku baca kat banner." Tanya Farid.

"Tak payahlah tau. Kau pun, bukan baca novel. Dari dulu kau kritik orang yang baca novel. Padahal kau sendiri tak pernah baca. Jadi, tak perlu untuk kau tau." Balas Aisya.

"Sombong betul kau sekarang." Komen Farid.

"Menjaga batas pergaulan." Balas Aisya.

"Kawan je pun." Balas Farid.

"Tetap ada batasnya. Dan aku rasa, cukup takat terserempak. Bertegur sapa. Berborak macam ni. Sudahlah. You got your own live. Same as me." Kata Aisya.

Aisya bangun. Terasa sayang dengan makanan yang baru sedikit dia jamah. Tetapi, dia juga tak punya selera untuk sambung makan.

"Ecah." Farid mengejar Aisya yang sudah keluar dari kafeteria itu.

Aisya buat tak tahu.

Farid menarik tangan Aisya.

Aisya menepis.

"Sorry." Farid mengangkat tangannya. Dia tak sengaja. Dia hanya ingin menahan Aisya dari terus berjalan.

"Sekurang-kurangnya bagitahu aku nama pena kau." Pinta Farid lagi.

"Aku janji, tak akan kritik kau." Sambung Farid.

"Tak payah. Please lah respect." Balas Aisya.

"Please Ecah." Rayu Farid.

"Ecah?" Jabir datang menegur.

Aisya menjeling Jabir. Dia terus pergi.

Farid ingin mengejar tetapi ditahan oleh Jabir.

"Biarkan dia."

"Tapi..."

"Kalau kau main tinder, kalau kau jumpa account nama Eh Cha, kau swipe right. Kemungkinan tu dia." Kata Jabir.

"Aku tak main Tinder." Kata Farid.

"That's the only way kau boleh contact dia." Balas Jabir.

"Kau tak ada nombor telefon dia?" Tanya Farid.

"Mestilah aku ada. Tunang aku tu. Cuma sekarang ni tengah gaduh. Tu yang dia jeling je tadi tu." Jawab Jabir.

"Oh. Sorry. Aku kawan dia dari sekolah menengah dulu." Kata Farid.

"Kawan ke crush dia?" Tanya Jabir.

"Eh. Jangan salah faham. Kami kawan saja. Aku pun dah kahwin. Dah ada anak pun." Kata Farid. Menyembunyikan hal sebenar.

Jabir angguk.

"Aku pergi dulu." Farid meminta diri.

Jabir angguk dan hanya menghantar Farid dengan pandangan matanya.

'Ecah... Rindu...' jerit hati Jabir.

Akukah?Where stories live. Discover now