AK 17

26 7 1
                                    

Sudah 4 hari Aisya tak menulis. Writer block? Tak. Dalam otaknya sedang berlegar jalan cerita yang dia mahu sampaikan. Pelbagai situasi yang akan membawa ke klimak cerita yang sedang dia tulis. Namun, emosinya hilang. Jiwanya tiada.

Hidupnya yang gembira sejak kehadiran Jabir. Walaupun ada masa otaknya terlalu memikirkan bila dia diam. Mula fikir yang bukan-bukan. Mujur dia sedar diri. Mereka hanyalah teman. Tidak lebih. Cuma layanan yang mesra diberikan Jabir dan kata-kata seakan satu tanda bahawa dia menyukai Aisya, buatkan Aisya terus terbuai.

Kini, sudah seminggu Jabir diam. Hanya ucapan selamat pagi dan selamat malam. Tiada sembang atau bertanya khabar. Buatkan Aisya makin jauh hati dan tawar hati. Dan menjadi sebab juga, dia terus dilanda perasaan kosong tiada emosi. Sehingga mengganggu tugasnya sebagai seorang penulis novel.

Sedang dia mengemas almari bajunya, bunyi ketukan dipintu. Dia biarkan segala pakaian yang sedang berterabur diatas lantai. Segera mencapai tudung dan membuka pintu rumahnya.

"Assalamualaikum, Aisya." Wajah Puan Maimun dihadapan rumahnya bersama Jabir dan beberapa orang lain.

"Waalaikumussalam. Masuk, makcik." Jemput Aisya.

"Ibu lah. Asyik makcik aja." Sampuk Jabir.

Mereka masuk ke dalam seorang demi seorang sambil memperkenalkan diri masing-masing. Semuanya adalah makcik-makcik Jabir. Aisya mula pelik. Tapi seperti dapat mengagak tujuan kedatangan mereka ini.

"Masuklah yang lain. Maaf, rumah sepah. Ecah tengah kemas almari tadi." Kata Aisya dan terus mencampak masuk segala bajunya ke dalam almari tanpa disusun. Dia mengeluh juga memandangkan dia terpaksa mengemas semula. Setengah kerja yang hampir siap, musnah.

"Duduklah. Maaf, rumah Aisya begini saja. Kena duduk bawahlah kalau kerusi tak cukup." Kata Aisya.

Dia segera ke dapur pula. Tapi, dia sendiri sedar, tiada air manis untuk dihidangkan.

"Coffee ke tea? Ke nak air lain?" Tanya Aisya sambil mencari telefon bimbitnya dibawah bantal.

"Tak payah susah-susah, Aisya. Air kosong pun, tak apa." Kata Puan Maimun.

"Eh. Tak boleh. Tetamu datang perlu dirai." Kata Aisya.

"Aisya order coffee je la ya. Semua minum. Kan?" Tanya Aisya.

Yang lain mengangguk.

Dia membuka aplikasi grab. Mencari subway. Air paling murah dia rasakan. Dia turut memesan 'cookies' dan 'toasties' untuk mereka berlima. Sempat juga didalam hatinya berbisik,

'Lari lagi bajet aku bulan ni.'

Namun, dia segera menepis semua tu. Ikhlaskan hati.

'Rezeki dorang. Rezekikan perlu dikongsi bersama. Tak kurangkan harta. Malah Allah tambah.' bisik hati Aisya mengusir rasa gundahnya.

"Aisya, mak bapa Aisya ada lagi?" Tanya Puan Maimun.

Aisya geleng.

"Adik-beradik?"

"Kakak, adik perempuan dan bongsu, adik lelaki."

"Ooo... Ada wali sah."

Aisya angguk.

"Makcik pakcik?"

Aisya angkat bahu.

"Kenapa tak tahu?" Tanya Puan Ros.

"Hal lama. Mereka pun dah tak ada. Tak payah nak cerita rasanya." Jawab Aisya.

Mereka angguk walaupun penuh dengan perasaan ingin tahu. Pelbagai andaian yang melalui otak mereka ketika itu. Tapi, demi menghormati permintaan Aisya, mereka diam tak bertanya lagi.

Akukah?Where stories live. Discover now