AK 14

37 6 2
                                    

"Assalamualaikum." Satu suara wanita memberi salam.

Aisya yang baru selesai mandi, segera memakai pakaiannya. Selendang disarung diatas kepala dan diselempang sahaja dibahu.

"Waalaikumussalam." Balas Aisya sambil membuka pintu rumahnya.

"Gotcha!" Jabir menyergah Aisya.

Aisya menjeling Jabir. Bengang.

"Ibu. Ni Aisya yang Jay cerita." Kata Jabir memperkenalkan Aisya kepada ibunya, Puan Maimun.

"Jemput masuk, makcik." Pelawa Aisya. Memberi ruang untuk tetamunya masuk.

"Panggil ibu." Kata Jabir.

Aisya menjeling. 

"Maaf, rumah Ecah kecil saja. Bersepah ha. Baru balik dari bercuti. Baru je sampai." Kata Aisya sambil mengambil beg yang dibawanya ke hotel semalam ke tepi. Tudung yang tersangkut di sofa turut diambil. Dicampak ke bakul pakaian kotornya.

"Duduklah. Ecah buat air." Kata Aisya.

Dia terus ke dapur menyediakan air teh sejuk. Kebetulan ada baki ais yang dibuat sewaktu Jabir demam hari tu masih ada. Dimasukkan saja.

"Maaf, makcik. Rumah Ecah serba serbi kurang. Gula pun tak ada sebab Ecah tak makan gula. Teh ni pun, 3 in 1. Adik Ecah beli masa dia duduk sini jaga tu." Kata Aisya sambil memuncungkan bibir ke arah Jabir.

"Panggil ibu lah." Tegur Jabir lagi.

"Kejap ya."

Aisya terus mengambil telefon bimbitnya. Dia ingin memesan makanan di aplikasi grab.

"Makcik tak kisah makan apa pun, kan?" Tanya Aisya.

"Tak payah susah-susah Aisya. Aisya duduk sini." Kata Puan Maimun.

"Tak susah pun, makcik. Ecah order saja. Nanti grab hantar. Senang. Nak hidang apa pun, tak ada. Biskut ke apa ke. Semua tak ada. Sebab Ecah tak makan." Balas Aisya.

"Ecah, order yang hari tu Ecah order masa berbuka tu. Roti John." Pinta Jabir.

"Eh dia ni. Bukan dia yang nak order." Kata Puan Maimun.

"Duit dah habis bagi kat Ecah. Tinggal duit belanja Jay saja." Balas Jabir.

Puan Maimun geleng kepala.

Aisya menempah makanan yang dipinta oleh Jabir beserta makanan lain yang dia rasa seorang wanita berusia suka makan. Dia kemudian, duduk di sofa sebelah Puan Maimun.

"Oh. Kejap." Aisya bangun semula. Dia membuka almari pakaiannya dan mengeluarkan sesuatu.

"Nah." Aisya menghulurkan 'duit terbang' kepada Jabir.

"Tu Ecah punya." Kata Jabir.

Aisya buat tak tahu. Tak berganjak. Sehinggalah Puan Maimun menarik Aisya untuk duduk disebelahnya kembali.

"Aisya, duit ni Aisya punya. Jay janji amount tu akan jadi hak Aisya selagi dia bekerja. Insya Allah." Kata Puan Maimun. Lembut.

"Dia patut bagi kat makcik."

"Ibu lah."

Aisya menjeling sekali lagi Jabir yang menyampuk kata-katanya.

"Jay dah cerita kat makcik. Makcik tak kisah pun. Mana-mana yang baik untuk Aisya." Kata Puan Maimun.

"Jay cerita apa?" Tanya Aisya sambil matanya menjeling Jabir yang sedang menyengih.

"Jay kata Ecah sakit. Tak mampu nak kerja. Selama ni, Ecah bergantung pada mak Ecah. Tapi sejak mak Ecah meninggal, Ecah hanya bergantung pada adik-beradik Ecah saja. Kadang cukup kadang tak." Cerita Puan Maimun.

"Kenapa awak tipu mak awak? Ecah tak perlukan duit sesiapa pun. Ecah boleh cari sendiri. Ecah pun tak bergantung pada adik-beradik Ecah. Kalau Ecah bergantung pada dorang, Ecah tak duduk rumah macam ni." Kata Aisya. Lembut. Matanya tepat memandang Jabir.

"Kan Jay dah kata, mak. Dia mesti tak nak terima. Ibu pujuklah dia." Kata Jabir.

"Ecah..."

"Makcik tahu rumah ni sewa sebulan berapa?" Potong Aisya.

"RM400." Teka Puan Maimun sambil melihat sekeliling.

"RM1100. Mungkin lebih sekarang ni." Kata Aisya sambil menggelengkan kepalanya.

"Rumah kecil macam ni?" Tanya Puan Maimun. Terkejut.

Jabir masih lagi tersengih. Tak tahu apa nak jawab pada ibunya. Tak sangka Aisya akan buka tentang harga sewa rumah ini.

"Ini namanya studio house, makcik. Memang trend bujang zaman sekarang duduk dirumah begini. Dengan facilities yang macam-macam dan kawasan rumah ini. Harga tu dah dikira paling murah." Kata Aisya.

Puan Maimun memandang Jabir. Geram dengan anak terunanya yang membohonginya.

"Ecah minta maaf. Ecah tahu kenapa dia buat macam ni. Cuma, Ecah tak sangka dia sampai melibatkan makcik." Kata Aisya.

"Aisya, dengar cakap ibu. Niat Jay baik. Dia memang nak jaga Aisya. Memang dia ikhlas nak tolong Aisya." Potong Puan Maimun.

Dia sangat gembira bila Jabir mula bercerita tentang Aisya. Tentang kecomelan Aisya. Tentang kesanggupan Aisya menjaga anaknya sewaktu dia demam. Bebelan Aisya. Dan macam-macam tentang Aisya.

"Tak ada sebab pun dia nak tolong Ecah. Ecah mampu nak sara hidup Ecah." Aisya masih menolak.

"Jabir memang macam tu, Aisya. Dia kalau dah sayang, macam tu lah. Dia nak jaga orang yang dia sayang dan lindungi dia. Terima saja. Ya?" Pujuk Puan Maimun.

Aisya mengawal dirinya dari mencebik. 'Sayang? Pooorahh.'

Tok tok tok.

Aisya segera bangun. Mengambil makanan yang dipesan. Terus dihidangkan dimeja depan sofa.

"Jemput makan."

"Pandai Ecah order untuk ibu."

Aisya hanya senyum.

'Aku pernah ada ibu. Ini, makanan yang ibu aku suka.'

Hati Aisya mula  menangis. Sedih. Tetapi dia kekal tersenyum untuk menutup kesedihannya. Dia rindukan ibunya.

Akukah?Where stories live. Discover now