"Abang. Jom."
Aisya hanya memandang lelaki yang melawan tenungan dengannya tadi sehingga hilang dari pandangan. Dia cuba untuk mengingatkan siapakah gerangan lelaki tersebut. Terasa macam dekat betul lelaki itu dihatinya. Tetapi, dia langsung tak ingat.
Aisya masuk ke dalam restoran masakan melayu itu. Dia mengambil lauk pauk yang terhidang. Pilihannya, tauhu telur, ikan pari bakar dan air asam. Air? Pastinya air mineral. Mujur ada air mineral. Jika tidak, pasti dia akan minum bila masuk kereta nanti. Kalau tersedak, nasiblah.
Sambil makan, otaknya ligat mengasah memorinya. Cuba mengingati lelaki yang merenung dalam matanya tadi. Usai makan, di membasuh tangan. Saat itulah barulah dia teringat.
"Farid. Betul. Farid." Katanya sendirian.
Farid. Lelaki yang entah ke berapa dia minat. Aisya tak menafikan. Dia mudah untuk menyukai seseorang. Tetapi, sukanya pada Farid lebih mendalam. Boleh dikatakan, sayang.
Sementalah Farid rakan sekelasnya. Mereka selalu bertemu. Farid juga seorang yang sangat mengambil berat dan menghiburkan. Beberapa kali juga Farid mengajaknya keluar. Tetapi Aisya menolak. Dia tak suka berpacaran, berdua-duaan antara lelaki dan perempuan.
Bukan anti tapi Aisya tak suka. Dia tak kisah andai kawan-kawannya mahu melakukan perkara itu. Malahan, dia menggalakkan. Akan dijadikan bahan usikan juga. Tapi, untuk dia, tidak sama sekali.
Aisya senyum.
Mengenang kenangan sewaktu zaman persekolahan. Pahit. Manis. Kenangannya dengan Farid. Dan kata-kata Farid yang melukakan hatinya.
"Aku tak mahu beri harapan. Kalau ada jodoh, adalah."
Kerana kata-kata itu, dia sabar menunggu. 5 tahun menunggu Farid yang hilang dari radar. Langsung tidak menghubunginya. Tiba-tiba perkhabaran Farid sudah bertunang dan bakal melangsungkan perkahwinan.
Sejak itu, Aisya terus mengajar dirinya melupakan Farid. Tahun itu benar-benar menguji Aisya. Berita Farid bakal nikah diterima saat dia mahu melakukan pembentangan akhir kertas kerjanya. Selang beberapa bulan kemudian, bapanya pula dijemput ilahi.
Dan dugaan selepas itu datang bertimpa-timpa. Akhirnya, Aisya mengalah dan terus terkulai. Tak mampu bertahan. Lama dia mengambil masanya untuk bangkit. Bila dia cuba bangkit, pasti ada saja yang melemahkannya kembali. Dengan tiada sokongan dari sesiapa. Tak ada sesiapa pun yang faham ralau dihatinya.
"Rindunya dekat abah." Air mata Aisya mengalir. Dia kesat dan terus memakai tali pinggang keselamatan.
Dia terus memandu. Balik ke rumahnya. Niat mahu berjalan membeli cadar baru, tergendala. Dia rasa badannya lemah walaupun dia baru lepas makan. Jiwanya. Hatinya. Sedang rapuh mengenangkan kisah semalam.
Sampai saja ditempat letak kereta khas untuk rumahnya, dia segera membuka kunci pintu. Tingkap dibuka sedikit. Enjin dimatikan. Dia diambang serangan kebimbangan ( anxiety attack ).
Nombor Amru didail tetapi tak sempat bercakap, dia sudah tak mampu lagi bersuara. Badannya sudah menggigil. Dadanya sesak. Terasa susah mahu bernafas. Giginya diketap kuat. Air matanya tak henti mengalir.
"Ecah. Ecah." Panggil Amru.
Amru jadi panik. Dia cuba menenangkan dirinya seketika. Mahu berfikir.
"Awak ni dah kenapa?" Tanya Zulaikha. Pelik bila melihat suaminya panik.
"Tak habis-habis Ecah. Sikit-sikit Ecah. Saya ni isteri awak tau. Bukan selalu dapat luangkan masa bersama. Tak boleh ke awak duduk rumah? Spend time dengan saya." Bebel Zulaikha bila melihat Amru sudah mengambil kunci motor.
"Saya risaukan Ecah. Dia call tapi tak cakap apa-apa. Saya panggil pun, dia tak sahut. Saya call balik pun, dia tak angkat." Kata Amru.
"Dia tertekanlah tu. Bukan tak tahu Ecah tu. Suka letak telefon merata." Balas Zulaikha.
"Kalau apa-apa jadi dekat dia? Dia dah la duduk seorang. Jiran-jiran pun, bukan jenis ambil tahu." Kata Amru.
"Awak jangan risau yang bukan-bukan lah. Ecah tu, okey saja." Balas Zulaikha.
"Kalau dia tak okey macam mana?" Tanya Amru.
"Dia okey. Awak tu yang melebih-lebih." Jawab Zulaikha dengan yakinnya.
"Kalau tak okey?" Tanya Amru sekali lagi.
"Dia dah besar lah awak. Dah tua pun. Dah 37 tahun. Dah boleh jaga diri sendiri. Awak tu yang risau entah apa-apa." Balas Zulaikha.
"Ecah tu..."
"Awak pilih. Saya atau Ecah. Kalau awak pilih Ecah, saya balik rumah mak bapa saya." Potong Zulaikha mengugut Amru.
Amru terus keluar.
Zulaikha benggang.
Dia tak pernah menang bila melibatkan kakak-kakak suaminya itu. Suaminya selalu akan mendahulukan kakak-kakaknya. Dia rasa terabai. Dia rasa dipersiakan.
Rasa menyesal memilih Amru. Sudahlah dia terpaksa menunggu lebih 8 tahun untuk Amru meminangnya. Ingatkan selepas nikah, dia akan memiliki Amru sepenuhnya. Tetapi dia silap.
"Amru tak pernah berubah. Asyik-asyik kakak dia. Aku ni isteri dia. Dia buat tak kisah saja." Rungut Zulaikha.
Air matanya mengalir.
"Nak balik rumah ibu ayah ke? Mesti kena bebel. Aku balik yang salah. Tak faham suami. Suami yang tak faham aku. Aku balik yang kena marah." Rungut Zulaikha lagi.
Akhirnya, dia putuskan untuk menunggu Amru. Tiada tempat dia ingin tuju. Tak mahu juga mengganggu teman yang lain.
YOU ARE READING
Akukah?
RandomPerjalanan hidup seorang gadis lanjut usia bernama Aisya. Apa yang dia fikirkan. Apa yang dia rasakan. Segala tentang kehidupan seorang Aisya. Spoil alert : • Tak ada kisah cinta lovey dovey. • Bukan juga kisah keluarga. • Bersedia dengan negative...