AK 11

52 8 3
                                    

Aisya mengelap air matanya. Kemudian, dia ketawa. Dia memandang air mata yang diseka tadi. Namun, sekali lagi air matanya mengalir.

"Apatah aku ni." Marah Aisya kepada dirinya sendiri.

"Dah Aisya. Sudah. Jom. Kita ada urusan lain lagi." Kata Aisya lagi.

Dia memandang pintu bank. Mujur cermin tingkapnya di tinted agak gelap. Jadi, orang luar sukar melihat apa yang terjadi didalam.

Dia baru saja hantar Jabir. 3 malam juga dia dirawat oleh Aisya. Dan 2 malam pula Amru tidur dirumahnya. Menemani Aisya dan Jabir setelah Jabir membuat keputusan untuk menolak cadangan Amru.

Sebaik saja Jabir keluar, terus saja air matanya mengalir. Memang dia belum bersedia untuk ke arah perkahwinan. Kerana itu, dia menolak cadangan Amru.

Tetapi, dia masih berharap kisah hidupnya akan sama macam apa yang dia selalu tulis dalam novelnya. Ada unsur-unsur kejutan. Dimana Jabir menerima cadangan itu. Dia dan Jabir boleh bersama. Dengan cara yang halal. Tapi, nampaknya dia silap. Hidupnya tak mungkin boleh jadi seperti didalam novel.

Novel adalah cerita rekaannya. Dari apa yang dia harap. Sedangkan hidupnya adalah aturan Allah. Yang tahu apa yang terbaik.

"You can do it. Forgive and forget." Kata Aisya memberi semangat untuk dirinya.

Sekali lagi dia mengesat air matanya. Bila dia sudah stabil, dia keluar. Dia perlu membuat pengeluaran dari tabung keluarganya. Akaun yang dia buat atas nama dia untuk meletakkan duit hasil jualan tanah arwah bapanya dulu. Tanah yang terpaksa dijual kepada kerajaan untuk dibangunkan.

Amru perlukan wang itu. Dan setelah dipersetujui oleh semua adik-beradiknya, barulah hari ini dia boleh keluarkan. Akaun ini merupakan sebuah akaun emas. Tetapi mereka tidak menyimpan emas fizikal. Waktu mereka melabur dulu, harga emas itu baru RM180 segram. Kini harga emas sudah hampir mencecah RM300 segram. Jadi, Aisya ke kaunter untuk cairkan sebahagian emas itu untuk keluaran tunai.

Usai urusan di kaunter, keluarkan wang dari akaun tetap kemudian dipindah ke akaun simpanannya, Aisya duduk sebentar. Dia membuat pindahan online ke akaun simpanan Amru bank yang berlainan. Usai itu, dia menghantar slip pindahan itu ke grup whatsapp keluarga. Agar semua saksi, dia sudah pindahkan nilai yang diminta oleh Amru.

Nilai yang diminta oleh Amru itu, tidaklah banyak tetapi tiada siapa boleh membantu dengan nilai itu. Kerana itu, mereka mengusik akaun ini. Dan ianya hanyalah setengah dari bahagian Amru mengikut sistem faraid.

Amru juga tidaklah disuruh bayar balik. Tetapi dengan sikap isterinya yang boros dan suka menunjuk itu, Aisya beri tempoh untuk Amru bayar semula. Mujur Amru faham niatnya dan tidak menempeleknya seperti apa yang dia lakukan sewaktu dia masih muda.

Aisya berjalan ke keretanya. Sebaik saja dia masuk, seseorang masuk ke tempat duduk sebelahnya. Terkejut Aisya.

"Awak! Terkejut saya!" Marah Aisya.

Badri tersenyum.

"Rindu kat awak." Kata Badri.

Aisya hanya buat tak tahu. Dia menghidupkan enjin keretanya. Membuka penghawa dingin. Barulah dia memandang lelaki itu.

"Awakkan dah tak nak kawan dengan saya. Ni kenapa tiba-tiba ni?" Tanya Aisya.

"Saya nampak kereta awak tadi. Jadi saya tunggulah awak. Rindu sangat dekat awak." Balas Badri. Tangannya sudah meliar ke tubuh Aisya.

"Awak keluarlah. Saya nak balik." Kata Aisya.

"Alaaa... Dah lama tak pegang awak." Balas Badri. Manja.

"Awakkan dah tak nak kawan dengan saya sebab saya tak nak bagi awak pegang saya? Awak lupa ke?" Balas Aisya pula.

Badri mengabaikan. Dia sudah mula menolak Aisya dan cuba untuk mencium bibir gadis itu. Gadis yang pernah tergila-gilakannya suatu masa dulu. Yang cuba memerangkapnya dengan perkahwinan.

Aisya menolak keras tubuh Badri.

"Kenapa? Tak boleh ke? Kita bukan tak pernah kissing each other. Awak yang tergila-gilakan saya dulu. Bagi saja apa yang saya nak. Lupa?" Tanya Badri. Sinis.

"Kiss pipi sahaja." Aisya membetulkan.

"Sebab saya tak nak jadi suami awak. Sekarang, saya nak jadi suami awak. Biar saya test drive awak dulu. Kalau awak boleh puaskan saya, kita kahwin. Kalau tak, lupakan." Tawar Badri.

"Tak payah. Kalau dulu pun saya tak izinkan awak test drive saya. Kenapa saya nak bagi awak sekarang?" Balas Aisya pula.

Kring!

Telefon Aisya berbunyi. Aisya melihat skrin. Jabir. Dia menjawab panggilan video Jabir itu.

"Ecah okey ke? Saya rasa tak sedap hati ni." Tanya Jabir sebaik panggilan bersambung.

"Ooo... Ni lah mangsa terbaru awak? Patut tolak saya. Bro, kau mesti lagi kaya dari aku. Kan? Sebab tu, dia dah tak nak dekat aku. Hati-hati bro dengan perempuan ni. Dia akan perangkap kau untuk kahwin dengan dia. Perempuan ni berlagak suci saja. Padahal, dah berpuluh lelaki sentuh dia." Kata Badri.

"Siapa kau?" Tanya Jabir.

"Salah seorang mangsa dia yang terselamat." Jawab Badri.

Badri keluar dari kereta Aisya. Dia menghempas pintu kereta itu. Bengang kerana Aisya menolaknya untuk kesekian kalinya.

"Siapa tu, Ecah?" Tanya Jabir.

"Badri."

"Siapa dia dengan Ecah?"

"Awak dengar tadi kan dia kata apa."

"Tu kata dia. Kata Ecah?"

"Percaya sajalah apa yang dia kata. Betullah tu." Balas Aisya tidak cuba untuk mempertahankan kesuciannya.

"Ecah..." Lembut saja Jabir memanggil Aisya.

"La... Betul lah apa yang dia cakap. Awak tu, nasib baik saja Amru datang. Kalau tidak, Ecah dah panggil JAIS datang tangkap kita. Paksa awak kahwin dengan Ecah." Kata Aisya.

"Ecah bukan macam tu. Saya yakin, Ecah bukan macam tu." Balas Jabir.

"Awak baru je kenal saya."

"Tapi saya yakin, Ecah perempuan yang baik." Kata Jabir.

"Baik mana? Saya layan je awak. Biarkan saja awak datang rumah saya. Tidur sekatil dengan awak. Awak tak fikir ke? Kalau saya boleh buat macam tu dengan awak, mestilah saya boleh buat dengan orang lain sama." Balas Aisya.

"Tak. Saya yakin Ecah bukan macam tu." Sangkal Jabir lagi.

"Nanti, saya forward nombor Badri. Awak tanyalah dia sendiri." Kata Aisya dan terus mematikan perbualan mereka.

Jari Aisya cepat saja menghantar nombor telefon Badri kepada Jabir. Dia tak tahu kenapa tapi, dia rasa dia perlu lakukannya. Biar Jabir hilang dari hidupnya. Atau mungkin Jabir akan lihatnya dengan pandangan yang jijik.

Dia tak kisah. Selama ini pun, dia hanya tempat pemuas nafsu Jabir walaupun secara virtual. Jadi, tak ada sebab untuk dia betulkan tanggapan itu. Sama saja. Dia tetap bukan calon isteri untuk seorang Jabir.

Aisya senyum sinis. Air matanya mengalir lagi.

Akukah?Where stories live. Discover now