AK 18

38 8 2
                                    

Aisya tak dapat tidur dengan lena. Tidur sekejap. Terjaga sekejap. Terlelap. Terjaga. Akhirnya, dia bangun. Tak boleh jadi.

Dia mahu menukar tempat tidurnya. Membuka pewangi untuk memberinya sedikit ketenangan. Dia baring di sofa. Tak rasa selesa.

Akhirnya, dia ambil toto, dibentangnya dibawah. Dan dia tidur. Bergolek ke sana ke sini hingga ke lantai. Barulah dia berhenti bergolek. Rasa selesa dilantai itu.

Ting!

Good night Ecah.

Good night awak.

Tak tidur lagi?

Terjaga. Terlelap. Terjaga.

Kenapa?
Meh Jay peluk Ecah.

Kiss bibir awak. As a good night kiss.

Jay peluk Ecah erat.

Ecah spooning.
Sambil usap tangan awak.

Jay usap tangan Ecah,
Usap kepala Ecah.
Usap pipi Ecah.

Aisya terlelap bila membayangkan Jabir melakukan semua itu. Tapi sebentar saja. Dan dia terjaga semula.

Akhirnya dia bangun. Rasa gelisah sejak dipinang untuk Jabir. Diceritakan kepada Allah. Dia bangun menunaikan solat sunat istikharah dan solat sunat hajat. Tak lupa dimulakan dengan solat sunat tahajud dan diakhiri dengan solat sunat witir. Tergerak hatinya ingin menunaikan solat sunat taubat. Tetapi, hatinya masih menolak. Entahlah... Belum bersedia mungkin.

Aisya meminta pertolongan Allah untuk menunjukkan dia antara dua jalan. Terima atau menolak. Hajat supaya Allah berikan ketenangan dan kekuatan untuk dia hadapi apa saja kemungkinan yang akan dihadapinya dengan setiap keputusan yang dia buat.

Jika ditanya hatinya. Dia mahu. Sementalah, dia memang sukakan Jabir. Memang dia tertarik dengan lelaki itu. Tapi, akalnya menolak.

Dia tak suka perangai Jabir yang suka mengawal. Dan Jabir juga pandai memanipulasi dirinya. Jabir tak ubah seperti ibunya. Aisya tak mahu hidup seperti dulu. Hanya mengikut telunjuk ibunya. Dia mahu didengari. Dia mahu diberikan kebebasan.

Lagipun, Jabir belum keluar dari kisah silamnya. Dia masih dihantui oleh kesakitan yang dihadiahkan oleh perempuan lain. Dia belum redha dan terima, jodohnya bukan dengan bekas tunangnya itu.

Aisya tak mahu hidup dengan seorang lelaki yang masih disakiti. Dia tak mahu hidup dengan pengharapan, suaminya akan terima dirinya suatu hari nanti. Dia tak mahu. Harapan itu palsu.

Awak.
Duty ke?

Tak.

Can we talk?

Of course.

Aisya terus membuat panggilan video. Entah. Dia cuma mahu melihat wajah pilihan hatinya.

"Ecah baru lepas solat?" Tanya Jabir bila melihat Aisya masih dalam keadaan bertelekung.

"Istikharah?"

Aisya angguk lagi.

"So? The answer is?"

Aisya geleng.

Akukah?Where stories live. Discover now