Usai dia mandi, telefon bimbit Aisya berbunyi menandakan ada mesej masuk. Tiada rasa keperluan untuk cepat membaca dan membalas.
Dia sedar pagi ni. Dia bangun dalam keadaan kosong. Fikirannya kosong. Hatinya kosong. Jiwanya juga kosong.
Langsung tak teruja seperti kebiasaannya bila telefonnya berbunyi. Mungkin sebab dia dalam keadaan menghalang dirinya dari disakiti sekali lagi. Menghalang dirinya dari terus berharap pada yang tak sudi.
Dia mahu menulis, tetapi apa yang dia tulis itu, bukan dari hatinya. Hanya mengikut aturan perjalanan cerita itu. Dia tak mampu mahu menulis dengan perasaannya. Tidak juga mampu untuk menggambarkan satu-satu perasaan watak ketika itu. Akhirnya, dia berhenti menulis. Dia tak suka berikan hasil yang begitu. Kosong.
Akhirnya, dia mencapai telefon bimbitnya. Dibaca mesej dari Jabir. Sedikit perasaan sebak. Akhirnya, Jabir menghubunginya walaupun cuma ucapan 'Selamat pagi, Ecah'.
Tapi demi menghalang dirinya dari rasa teruja, dia hanya membalas. 'Morning'. Dan dia melayan perbualan seterusnya tanpa perasaan. Jawab sepatah-sepatah. Soalan yang dia rasa berat, dia abaikan. Langsung tak mahu melawan bila Jabir menyakatnya.
Bila Jabir diam. Dia hanya diam. Membuka aplikasi Netflix. Disambungkan ke projector. Kemudian, dia setkan telefonnya untuk mengabaikan segala panggilan dan mesej yang masuk. Dia kemudian mencari 'Barbie' dan ditontonnya dengan penuh minat.
Dari satu cerita ke cerita yang lain. Walaupun bukan drama 'Barbie' yang dia minati, tetapi ianya sudah cukup untuk memberi sedikit perasaan gembira dijiwanya. Jiwanya mula berperasaan. Mula ada rasa teruja. Mula ada rasa semangat.
Lantas, dia membuka komputer ribanya dan dia menulis. Mengarang dan mencipta kisah suka duka kehidupan watak yang direkanya.
Dia baca semula. Dia senyum. Dia tak berapa suka akan hasilnya tapi ia lebih pada karangan awal. Akan ditambah baik bila ianya mendapat kebenaran untuk dicetak. Buat masa ini, dia hanya siarkan secara atas talian. Untuk mengetahui tindakbalas pembaca.
Dia suka membaca komen pembacanya. Dari situlah, dia tahu dimana mahu menambah dan mengurangkan. Dan dari situ juga, dia dapatkan semangat untuk terus berkarya dan mendapatkan ilham.
Ting!
Bunyi mesej dari tinder.
Ya. Selain Tinder. Berkenalan, bersembang dan bercerita dengan ramai orang di Tinder buat dia kenal dunia luar. Buat dia sedar wujudnya dunia lain selain dunianya. Dan dari Tinder juga dia berkenalan dengan orang-orang yang hebat. Yang kuat motivasi diri mereka untuk dapatkan sesuatu yang diingini. Sekaligus memberi inspirasi untuknya untuk teruskan apa yang dia minati. Jadikan minat menjadi duit.
Dan dari kenalan di Tinder itu jugalah, dia menjatuhkan sebahagian semangatnya. Dia rasa maruahnya sebagai perempuan dipijak. Dia rasa dirinya hina. Dia rasa pelbagai rasa yang merendahkan dirinya.
Tapi, dia tetap di Tinder untuk terus berjumpa dengan orang yang baik. Dia tak mahu kerana orang-orang yang miang dan cetek pemikiran, dia kehilangan peluang berkenalan dengan mereka yang hebat. Walaupun ada juga orang yang hebat tetapi miang.
Namun, bagi Aisya, ianya hanya gurauan. Kalau pun benar, dia tak pernah melayan. Asalkan tidak dihina dan dikeji. Selalunya, mereka yang hebat ini, bila ditolak, mereka akan menghormati. Dan akan dicuba berkali-kali lagi. Hingga akhirnya mereka sedar, dia takkan berikan peluang itu. Langsung.
Tetapi berlainan dengan mereka yang cetek pemikiran. Ditolak, pasti kata-kata cacian dan hinaan akan diberikan. Paling sakit bila dikata 'pondan' atau 'pisau cukur'. Ianya lebih hina bagi Aisya dari dikatakan 'sundal'.
Aisya terima semua itu. Jika didunia luar pun, pasti akan ada begitu. Biarlah dihina dan dicaci di Tinder. Ruangan peribadi dari dicarut dihadapan umum.
Kerana itu, Aisya masih takut untuk keluar dari dunianya.
YOU ARE READING
Akukah?
RandomPerjalanan hidup seorang gadis lanjut usia bernama Aisya. Apa yang dia fikirkan. Apa yang dia rasakan. Segala tentang kehidupan seorang Aisya. Spoil alert : • Tak ada kisah cinta lovey dovey. • Bukan juga kisah keluarga. • Bersedia dengan negative...