1

83 5 0
                                    

°°°
"I have to have you, Sofea."

|||

"PIA, bangun!" Memetir suara Puan Saleha. Tirai kamar Sofea dibuka seluas alam. Biar vitamin C masuk sikit. Dah macam gua niah dah bilik anak dara dia ni.

Terpisat-pisat mata Sofea. Gempa bumi kah? Dugaan apa lagi ni tuhan. Cukuplah dugaan dia dapat seorang ibu yang suaranya tertelan speaker kenduri. Janganlah ditambah lagi dugaan lain.

"Pia bangun lah. Dah pukul 9. Semalam borak suruh mama kejut pukul 8.30 pagi."

Terbangun Sofea. Dah pukul 9? Jam loceng diragut dari meja kecil.

Mukanya berubah redha. Baru pukul 8 pagi. Tipikal mak mak asia. Sabar jelah dapat mak macamni.

Puan Saleha ketawa. Lupa pulak nak sembunyi jam loceng tu.

"Tak kelakar mama. Nasib baik Pia tak start enjin lagi. Kalau tak tadi memang langgar semua benda." Dia membaringkan kembali tubuhnya di atas katil.

Comforter di tarik menutup wajahnya. Duhai katil, begitu susah mahu berpisah denganmu.

"Kamu nak tidur balik? Baik takpayah suruh mama kejut." Suara Puan Saleha kedengaran lagi.

"Kelas Pia pukul 10 pagi mama. Dua jam lagi. Nanti kejut Pia lain ye."

"Ikut suka hati kamulah. Lambat jangan salahkan mama."

Comforter di bawa turun ke paras dada.

"Sari pergi mana mama?" Diam pula harini. Selalunya memekak perempuan dua alam tu. Memang pagi takkan berasa indah kalau dengar suara speaker Sarina Davina Elvisha tu. Kalau sedap macam Ziana Zain tak apa jugak. Ini masalahnya hauk.

"Adik kamu pergi kelas. Kelas dia awal harini. Lepas subuh tadi dah gerak."

Sofea mengangguk. Patutlah hari ni dia rasa nyaman, aman dan harmoni.

Adik dia pergi kelas awal rupanya.

Dalam keluarga, Sofea dan Sari hanya dua beradik. Tiada tambahan adik beradik merupakan harapan Sofea. Cukuplah ada sorang adik je. Tu pun dah penat.

Sari atau nama panjangnya Sarina Davina Elvisha. Muda dua tahun dari Sofea. Korang rasa nama Sofea paling susahkan? Korang salah. Nampak sangat korang tak kenal lagi Sari.

Jangan salahkan sesiapa. Nama susah diorang tu hasil dari gabungan idea bijak Puan Saleha dan arwah encik Effendi. Beria nak nama sedap dan panjang maka terhasillah dua ketul Sofea dan Sari tu.

Sofea Davira Elvina.
Sarina Davina Elvisha.

Sila hafal ye korang. Kalau tak encik Effendi bangkit dari kubur dan menghantui korang.

|||

Sofea bergegas turun dari kereta Range rovernya. Ops bukan kereta dia sebenarnya. Kereta arwah ayah. Dia pinjam. Ayah tak marah kot. Kan ayah kan?

Jam tangan ditilik. Aduh mati mati.

Kurang asam keping betul Puan Saleha tu. Lepas je Puan Saleha keluar dari biliknya, terus tak masuk bslik nak kejut dah.

PUJAAN HATI RAFAELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang