12

21 5 0
                                    

°°°
"What is mine, is always mine."

|||

KERETA Range Rover Sofea berpisah dengan Ferrari Roma Rafael tatkala Haqan membelok ke kiri.

"Eh dia nak pergi mana?" Kereta yang sudah semakin menjauh itu dipandang Sofea.

"Dia hantar kereta awak balik rumah la."

"Nanti mama tanya macam mana?" Nanti Puan Saleha mesti pelik tiba-tiba ada sorang lagi lelaki yang hantar keretanya. Sudahlah kemunculan Rafael pun sudah mengejutkan.

"No worries. Saya dah bagitahu mama awak. Saya nak bawa keluar ni pun saya dah minta izin tau." Kata Rafael. Matanya juga lama memandang kereta Sofea.

Goodluck Haq.

Pelik. Mama bukan senang-senang nak bagi dia keluar dengan orang. Dengan Rafael senang pula. Privilege sungguh. Entah-entah si Rafael dah bagi minyak dagu kepada Puan Saleha.

"Awak nak bawa saya pergi mana ni?" Laju betul Ferrari ni membelah jalan.

"Jom teman saya makan. Saya lapar ni." Perut berketaknya diusap-usap perlahan. Punya dia tahan lapar semata-mata nak datang jumpa Sofea dan ajak gadis itu temannya makan.

"Patutlah tadi suka hati je sedut air saya."

"Maaf. Air awak terlalu manis. Macam tuannya." Rafael ketawa. Eh tak sangka dia sweet macamni. Papa mesti bangga dapat anak macam dia.

Sofea keluarkan kasutnya lalu ditunjuk ke hadapan Rafael. Berura-ura untuk membaling kasut itu kalau Rafael cakap macamtu lagi.

"Amboi ganas." Meletus lagi tawa si Rafael. Dia kalau dengan Sofea memang tak kering gusi. Nak senyum, ketawa aja kerjanya. Eee suka.

"Aku dah lepas selekoh." Earpiece di telinga ditekan. Haqan mula fokus kepada pemanduan. Kereta buruk yang mengekorinya dari tadi dipandang dari cermin pandang belakang.

"KEG 567?" ujar satu suara meminta kepastian.

"Hmm." Suaranya mendatar.

Haris ketawa. Bodoh kereta buruk. Sekali aku langgar memang arwah pemandu tu. Kereta hummer dilajukan ke hadapan memotong kereta buruk berwarna biru itu.

"Goodbye kereta buruk." Dengan sekali langgaran, kereta yang mengekori Range Rover Sofea itu melayang ke bahu jalan sebelum merempuhnya dengan penuh dramatik. Hilang kawalan, hujung kereta dipandu Haqan dilanggar sedikit oleh kereta itu.

Haqan mencarut.

"Buat kerja betul-betul setan. Satu hal pulak kena bawak pergi bengkel." Haqan memberi amaran kepada adiknya.

"Ops, kuat sangat. Sorry." Harry ketawa mengejek.

Dia melajukan kembali hummer sebelum kereta tadi dilanggar sekali lagi. Kemek bahagian belakang. Memang dah tiada rupa kereta. Namun kereta itu masih degil membelah jalan.

"Watch me.." Kali ketiga, Haris langgar tanpa belas kasihan sehingga pemandu itu terpelanting keluar dari kereta.

Dia ketawa kuat.

"Ini Harry la! Aku hantar kau ke neraka." Kereta dipandu Haqan dan Haris berhenti tepat dihadapan pemandu terpelanting tadi.

Melihatkan darah membuak keluar, Haris menutup hidungnya. Bau serupa tongkang pecah. Dia memandang jijik.

"Ye kau dah nak mati. Jom naik van jenazah. Aku malaikat maut kau." Jerit Haris kepada lelaki yang sudah terbaring meniarap di atas jalan raya.

Haqan hanya mendiamkan diri. Tiada niat mahu berbicara kerana Haris memang memekak dari tadi buatkan dia sakit telinga.

PUJAAN HATI RAFAELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang