21

24 3 0
                                    

°°°

"You are the miracle that made me go crazy"

|||

"HELLO."

Mata yang sedikit pedih digosok perlahan. Sedikit geram apabila lenanya diganggu oleh si pemanggil.

Jam loceng disebelahnya diperhati lama. Masih kabur.

Tepat pukul 1 pagi.

"Seriously? Kau call aku pukul 1 pagi untuk cakap benda ni?"

Rafael mendengus perlahan.

"Habistu apa kena mengena dengan aku?" Suaranya dikuatkan sedikit. Geram dengan si pemanggil.

"Ish setengah jam lagi aku sampai." Panggilan terus dimatikan.

Rafael meraup wajahnya perlahan. Punya sedap dia tidur boleh pula kena ganggu.

Comforter tebal ditolak ketepi sebelum dia mula melangkah ke arah bilik air.

Keluar sahaja dari bilik air, Rafael lantas mencapai tshirt gelapnya. Jaket hitam yang tergantung di closet terus disarungkan ke tubuh.

Cermin mata bulat miliknya dipakai dan rambut yang sedikit kusut dikemaskan. Topi juga dipakai untuk melindungi wajahnya. Siap.

Terus dia mengambil kunci kereta dan berlalu keluar dari bilik.

Walaupun sudah menginjak ke pukul 1 pagi, suasana di dalam kelab malam itu masih sesak dan bingit.

Rata-rata dari mereka masih seronok dan leka bersama alunan muzik yang dipasang.

Rafael mengeluh. Dia tak tahu kenapa dia setuju untuk datang ke sini. Tiba-tiba dia dah sampai.

Suasana yang sesak itu bikin Rafael susah untuk menjumpai orang yang dicarinya. Semua pengunjung di sini memang tidak memberi kerjasama tatkala mereka tanpa sedar menolak Rafael sehingga hampir jatuh.

"Pecah muka dia kalau aku dapat budak ni." Rafael menggumam perlahan.

"Sorang je ke?" Sergah satu suara perempuan yang berdiri di hadapan Rafael. Jarinya yang runcing bermain-main nakal di dada Rafael yang berselindung di sebalik jaket kulit itu. Matanya tidak berhenti dari melirik gatal ke arah Rafael berniat untuk menggoda.

"No. Datang dengan boyfriend." Jari gadis itu ditepis kuat. Sempat dia menghalau debu-debu di jaketnya.

Suka hati sentuh orang. Sofea pun tak pernah sentuh aku tau!

Okey tiba-tiba teringat buah hati.

"You gay?" Perempuan itu membuat muka terkejut. Mungkin terkejut dengan kenyataan si Rafael yang handsome itu sukakan lelaki.

Rafael mengangguk. Sempat dia menolak bahu gadis itu sebelum meninggalkannya keseorangan.

Buang masa.

Rafael lantas melangkah laju ke arah seorang lelaki yang duduk di sebuah meja paling hujung.

Gayanya seperti mati bini. Dengan terlentok ke sana dan ke sini sambil tidak berhenti meneguk rakus sebotol arak.

"Mario!" Rafael menolak kepala Mario kuat. Dasar setan tak guna. Sebab kau aku tak cukup tidur 8 jam sehari.

"Eh sepupu kesayanganku, Rafael!" Mario bingkas bangun mahu menyapa Rafael sebelum kepalanya dirasakan berpusing yang amat. Terus dia berpaut kuat di tubuh Rafael.

Keadaan mereka seperti berpelukan.

Perempuan yang menggoda Rafael tadi tiba-tiba lalu di hadapan mereka. Terkejut perempuan itu melihat keadaan mereka berdua. Matanya tidak berkelip melihat wajah Rafael.

PUJAAN HATI RAFAELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang