2

28 5 0
                                    

°°°
"I have to have you, Sofea."

|||

RAFAEL DENIZ meletakkan mikrofon semula. Selesai sudah talk session bersama para pelajar universiti ini. Tepukan gemuruh diberikan kepada lelaki itu tatkala dia berjalan untuk duduk di sofa kembali.

Butang kotnya dibuka. Rafael tersenyum kecil. Dia puas dengan kerjanya hari ini.

Having to share something new to certain people buatkan Rafael gembira.

Dia tidak lokek memberikan tips dan nasihat kepada pelajar tahun awal hingga tahun akhir yang berminat di dalam dunia business.

"Thank you to Mr. Rafael Deniz Martin for the willingness to share about his experience to us. Sebagai menutup bicara, saya dan pihak pengurusan berharap para mahasiswa dapat menggunakan segala ilmu dan tips yang telah dicurahkan sebentar tadi dengan sebaik-baiknya. Terima kasih kerana sudi hadir. Semoga bertemu dilain ketika. Sekian."

Rafael bergerak laju ke arah kereta Bugatti Veyron miliknya. Jam tangan ditilik. Pukul 3 petang. Dia belum solat Zohor. Surau di sini agak jauh jadi dia harus menaiki kereta untuk ke sana.

Belum sempat Rafael meloloskan diri ke dalam kereta mewahnya, dia disapa oleh beberapa pelajar perempuan.

"Hi Mr. Martin." Mereka menyapa.

Terhenti langkah Rafael.

"Hi girls. What are you guys doing here?"

"Nothing. Just wanna have some talk. My name is Dania." Dania memperkenalkan dirinya. Makin dekat dengan Rafael, makin dia jatuh cinta. Haruman maskulin Rafael buatkan jiwa Dania meronta. Bauan orang kaya.

Huluran Dania tidak disambut Rafael. Rafael hanya menunduk hormat. Ibu pesan tak elok salam tangan perempuan bukan mahram. Berdosa.

Ini kalau Puan Rossa tahu dia pegang tangan anak dara orang, boleh bertukar singa wanita itu. Silap-silap suruh kahwin terus.

Tangan Dania ditarik semula. Malu pun ada. Tetapi dia beriak selamba sahaja.

"Nice to meet you Dania but sorry, i really have to go now. I have an urgent matter to handle. Bye." Pantas dia berlalu masuk ke dalam kereta tanpa mendengar balasan daripada Dania dan rakan-rakannya.

Kereta Bugatti Veyron pantas menderu laju meninggalkan mereka di situ. Dania mendengus perlahan. Sombong. Dania suka.

Rafael parkir keretanya di hadapan surau tunggal universiti itu. Kosong tiada penghuni tatkala dia menjenguk di saf lelaki. Lagi dia suka. Boleh beribadat dengan tenang.

Tempat air wuduk didekati. Pili air dibuka.

"Aduh panas." Air pili itu agak suam. Mungkin dah lama tidak dibuka. Surau itu pun macam sudah lama tidak berpenghuni.

Selesai mengambil wuduk, Rafael menghampar sejadah yang dibawanya sendiri. Dia tidak suka berkongsi sejadah dengan orang lain. Takut ada penyakit berjangkit. Rafael memang pembersih. Sangat pembersih sampai orang gaji dirumah pun tak usah nak kemas lebih-lebih biliknya. Rafael yang akan kemas sendiri sebab dia tak suka orang pegang barang peribadinya.

PUJAAN HATI RAFAELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang