°°°
"I have to have you, Sofea"
|||
DANIA menjerit. Sakit hati dia lihat Sofea yang keluar dari kereta Rafael tadi. Diorang tu ada apa-apa ke. Macam mana si Sofea low profile tu boleh kenal dengan Rafael.
Belum sempat dia nak mengorat, Sofea dah rampas.
Dania menarik nafas perlahan. Sabar Dania sabar. Husnuzon. Mungkin Rafael baik hati nak tumpangkan Sofea ke kampus. Rafael kan gentleman. Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja. Tak ada angin tak ada ribut.
"Kau ni kenapa Dania? Dari tadi terjerit. Lepastu mengelamun macam mati laki." Tegur Syifa. Hairan dia dengan Dania. Selalu tak macam ni. Cuma part menjerit tu selalulah. Itu memang perangai semulajadi si Dania.
Dania menjeling Syifa.
Lah aku ambik berat pun salah. Suka hati kau lah.
Dania sambung mengelamun. Lagi sakit hati apabila dia lihat Rafael siap bukakan pintu untuk Sofea. Dan bibir merekah itu, SENYUM KEPADA SOFEA. Rafael tak senyum pun dekat dia. Mana adil!
"Dah la jom masuk kelas." Air starbucks yang berbaki separuh itu diambil. Kusut kepala.
Syifa hanya menurut. Kalau datang angin monsun tu tak boleh ditegur. Nanti habis satu alam dia sembur.
Sofea melangkah masuk ke dalam bilik kuliah. Lega dia lihat professor masih belum masuk. Tempat duduk paling hujung dicari. Nasib baik ada kosong. Dia bukan taknak serap ilmu berlebihan tetapi tempat duduk di tengah sudah ramai diduduki oleh mereka yang datang berteman atau berkumpulan.
Dia hanya datang seorang. Jadi lebih baik dia beralah. Lagipun dia bukan jenis bersosial.
Sofea duduk dan beberapa peralatan tulisnya dikeluarkan. Bosan pula tiada kawan sekuliah. Mawar dan Sari pula kelas lain. Sofea ada dua ketul tu sahaja sebagai kawan. Bukan sombong. Cuma tidak pandai bergaul walaupun sudah hampir habis semesternya.
"Nanti saya ambil awak lepas kelas." Ujar Rafael tatkala mereka sampai di hadapan kampus.
"Eh tak payah susah-susah. Saya boleh balik naik teksi." Tolak Sofea, lembut. Dia tak suka menyusahkan orang. Lagipun bukannya tak biasa balik naik teksi. Jalan ni dah macam kawan dia dah. Semua lorong dia tahu.
"No. Bahaya. Kita tak tahu pemandu teksi tu siapa entah orangnya." Rafael menegah. Apa salah kalau dia nak tumpangkan. Lagipun rumah mereka sebelah menyebelah sahaja. Tak susah langsung. Dia lagi rela.
"Tapi.."
"No. Lagipun lepas kelas saya nak bawa pergi ambil kereta kesayangan awak tu. Kawan saya cakap dah siap."
KAMU SEDANG MEMBACA
PUJAAN HATI RAFAEL
Roman d'amour#1 His Obsession Currently no synopsis provided