•Rafael Deniz Martin•
•Sofea Davira Elvina•°°°
"I have to have you, Sofea."|||
" AKU TERIMA NIKAHNYA Sofea Elvina Davira..."
"Tak sah!" Jerit Sofea menghentikan lafaz akad nikah Rafael.
Semua mata memandang ke arah Sofea. Terutama mata helang garang Rafael. Amaran dilontarkan melalui ekor mata. Tidak mahu Sofea membuat perangai di majlis akad nikah mereka.
Sofea telan liur yang dirasakan kesat. Dia buat salah ke? Dia hanya teliti. Rafael salah sebut nama dia tadi. Tok kadi pun tak perasan. Bahaya tu.
Sofea bersuara memecah keheningan suasana.
"It's Sofea Davira Elvina. Not Sofea Elvina Davira or Sofea Lalisa Elvina." Satu nafas. Sofea tersengih.
Rafael ternganga. Tok kadi menggeleng kepala.
Tidak mungkin dia salah sebut. Semalam dari pukul 1 pagi sampai 3 pagi dia dan adiknya, Rafiq berjabat tangan. Kononnya nak berlatih sebelum salam tangan tok kadi esok. Dia siap tulis nama penuh Sofea atas kertas lagi. Rafiq pula hanya pasrah menemani abangnya itu. Nak buat macam mana kan dapat abang yang gatal sangat nak menikah.
Rafiq disebelah Rafael terus ketawa. Bahu lelaki itu diusap perlahan. Sabar ye bang. Lain kali cari calon isteri yang nama Aminah binti Ali atau Senah binti Samad.
Tok kadi berdehem. Aku pun salah sebut ke tadi.
"Kalau macamtu, kita mula sekali lagi boleh?"
Para saksi, wali Sofea, keluarga Rafael dan beberapa orang penting di situ mengangguk tidak serentak. Mereka bersetuju.
Rafael menarik nafas dalam. Nak terkencing pulak dah. Takut ni. Sofea di sebelah kanannya dipandang sekilas. Nak ambil kekuatan. Nasib baik Sofea cantik harini.
Rafael menjabat tangan tok kadi sekali lagi.
"Rafael Deniz Martin bin Dariz Martin."
"Saya." Rafael menjawab.
"Aku nikahkan dikau dengan Sofea Davira Elvina binti Daud Effendi dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Sofea Davira Elvina binti Daud Effendi dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai." Terangguk-angguk kepala tok kadi dan saksi mendengar lafaz akad Rafael.
"Sah?"
"Sah!" Saksi bersemangat menjawab. Taktahulah siapa yang nikah. Diorang yang semangat lebih. Salah sorang nya Rafiq lah. Excited dapat kakak ipar katanya. Boleh ajak pergi makan aiskrim waktu weekend.
Sofea menunduk. Matanya dikesat perlahan. Dia bukan menangis. Tetapi dia rasa maskara dekat mata dia terlalu tebal. Jadi dia buang sikit.
Mawar dan Puan Saleha menampar bahu Sofea.
"Kau janganlah usik mata tu. Nanti makeup rosak. Dahla laki kau tak sarung cincin lagi. Terkejut member tu nanti tengok muka kau." Kutuk Mawar. Tangan Sofea tu dari tadi tak duduk diam. Habis comot maskara.
Sofea menjeling mawar. Dia tak berani nak jeling Puan Saleha. Nanti kena cop derhaka.
Sofea menunduk lagi. Tak berani nak angkat muka. Hanya mampu angkat tangan mengaminkan doa. Eh tadah.
Sisi kanannya dilihat. Amboi seronok Puan Saleha berborak dengan besan baru dia, Puan Rossa. Puan Rossa ibu si Rafael Deniz. Mana nak layan kita dah. Mana nak layan anak dia yang tengah gemuruh ni dah.
Lambat betul tok kadi baca doa. Sofea angkat kepala memeriksa suasana. Matanya bertembung dengan sepasang mata helang hitam pekat milik Rafael. Lelaki itu tersenyum nakal. Oh by the way, mata Rafael tak kaler kaler macam hero lain. Tetapi Sofea masih suka mata helang itu. Eh?
Seronoklah tu dapat nikah. Sofea mencebik. Meluat dengan pandangan nakal Rafael yang tak henti-henti nak mengusik dia. Fokus dengan doa la Pael. Gatal sungguh.
Rafael tersengih ketika mengaminkan doa tok kadi. Selesai pun. Dia tak sabar nak sarung cincin di tangan Sofea. Dia nak pegang kekasih halal dia. Dia dah lama mengidam nak usik manja dengan Sofea tanpa fikir halal haram.
Dia gembira. Selepas berkali-kali memujuk sang kekasih untuk menerimanya, akhirnya wanita manis itu di dalam genggaman Rafael jua.
Langkah diatur ke arah Sofea yang masih menunduk memandang lantai.
Rafael cemburu dengan lantai itu. Lantai itu mendapat renungan cantik si Sofea. Dia pun nak!
Puan Rossa dan Puan Saleha dipandang Rafael. Kedua syurganya itu hanya tersenyum lebar. Syukur.
Rafael rasa berdebar tatkala berhadapan dengan Sofea. Tangan yang sejuk itu digenggam tangan hangat Rafael.
Menjadi
Thermal
Equilibrium
Tibe.
Sofea lantas mengangkat wajahnya memerhati pergerakan lembut suaminya, Rafael.
Serta merta, memori mereka bersatu dan kembali terimbas. Mata helang hitam pekat itu memainkan layar memori mereka bertemu buat kali pertama.
|||
Pertama kaliku melihat wajah si dia~ Pertemuan bermula di taman si kebun bunga~
Cerita baru everybody. Cerita yang keberapa belas tak siap-siap. Tibe semangat nak buat cerita baru. Saja borak padahal simpan dekat draft je mampu ni.
Vote comment guys. Penat aku kasi Sofea terima Rafael.