°°°
"I have to have you, Sofea"
|||
RAFAEL DENIZ keluar dari kafe mewah dua tingkat. Dia baru sahaja selesai berjumpa dengan Kamal Rodriguerez, abang sulung ibunya.Telefon di dalam koceknya berbunyi. Segera dia perhati skrin telefon untuk melihat gerangan yang menelefonnya.
"Rafael's speaking."
"Oh yes. Alamat yang saya bagi tu. Ya, kunci rumah saya dah bagi dah. Tinggal nak masuk barang."
Dia berjalan menuju ke kereta. Sedang seronok bergayut di telefon, Rafael dengan tidak sengaja melanggar seorang wanita tinggi lampai.
Wanita itu dan Rafael lantas menunduk. Berniat untuk memohon maaf.
"Sorry, miss." Rafael meminta maaf. Sedar itu salahnya.
"Yes proceed. Petang ni saya pergi rumah tu. Pindah hujung minggu ni."
Belum sempat Rafael meneruskan langkah, lengannya ditarik oleh wanita tadi. Pantas dia berpaling. Apa ni pegang-pegang tangan orang. Tak senonoh la.
Rafael terkaku. Dia kehilangan kata-kata. Rengusan kasar dilepas.
"Okey, terima kasih. Apa-apa nanti call saya." Talian dimatikan. Wajah wanita itu dipandang lama. Tersungging senyuman sinis dibibir merekah Rafael.
"Ava DANIIL. Long time no see." Sengaja dia tekankan nama belakang wanita itu. Berniat untuk mengejek. Tiada keperluan untuk dia buat-buat tak kenal wanita itu padahal dalam hati dia memang taknak pun kenal wanita itu lagi. Cukuplah sekali.
"Hai Deniz. You sihat?" Wanita itu tersenyum sedikit. Kepala ditundukkan tidak berani bertentang mata dengan mata helang hitam pekat itu.
"Kau buat apa area sini?" Rafael bercekak pinggang. Pantang betul hari yang indah ni dia kena jumpa dengan perempuan seperti Ava. Memang menghilangkan hari yang indah dan harmoni.
"I ada kerja sikit dekat sini. You?"
"Sama." Masih dingin.
"Deniz, I.."
"Aku dah cakap jangan muncul lagi depan aku."
"But.."
"Ini kali terakhir kita 'terserempak' macamni. Lain kali, kalau terjumpa lagi, jangan nak tarik tangan aku macam orang takde maruah. Kita tak pernah kenal. You get me?" Jari ditunding ke arah Ava. Penuh garang dia memberi amaran.
"Deniz I minta maaf."
Minta maaf? Perempuan tu tak tahu apa yang dia dah buat sampai Rafael merana bertahun-tahun. Kerana perempuan itu, dia hampir segalanya.
"Jangan minta maaf kalau kau memang tak maksudkan benda tu. Dari awal kau memang rancang nak kenakan aku. Jijik tahu tak?"
"Tapi you tak pernah nak dengar penjelasan I!" Lantang, Ava mempertahankan diri. Dia juga ada hak untuk memberikan penjelasan. Dia tidak sengaja. Dia terpaksa. Dan Rafael tidak pernah nak faham dia.
"Kau tak layak. Send my regards to your lovely father. Bagitahu dia yang aku masih hidup."
Seusai berkata-kata, Rafael pergi meninggalkan Ava yang terkapai-kapai dibelakang. Rafael rasa sakit hati. Luka yang lama kembali bernanah.
|||
Puan Saleha bernyanyi riang sambil tangan seronok menyiram pokok bunga kesayangannya. Selain dua ketul Sofea dan Sari, dia juga ada anak lain iaitu anak pokok.
KAMU SEDANG MEMBACA
PUJAAN HATI RAFAEL
Roman d'amour#1 His Obsession Currently no synopsis provided