22

17 4 0
                                    

°°°

"You are the miracle that made me go crazy."

|||

"AKU dekat mana ni?" Terkelip-kelip Mario memandang siling putih pada pandangan matanya.

Aku dah mati ke?

Badannya terasa lenguh yang amat. Seperti tidur di tempat yang keras. Mario meraba-raba di bawah tubuhnya. Betullah tu.

Dia tidur dekat tempat yang keras.

Dan sejuk.

"Kau dekat neraka sekarang ni." Sergah satu suara membuatkan bahu Mario sedikit terangkat.

Terus lelaki itu bingkas bangun dari pembaringannya.

"Rafael? Apa kau buat dekat sini?" Mario mengerutkan keningnya. Kenapa tiba-tiba ada Rafael dekat sini. Setahunya semalam..

"Ha kau dah dapat ingat ke apa yang kau buat semalam?" Ujar Rafael sambil melabuhkan duduk di atas sofa. Mata ralit memerhati skrin ipad di tangan.

"Kot ye pun tak suka aku, takpayahla bagi aku tidur atas lantai." Rungut Mario. Dia pantas berbaring semula di atas sofa. Sakit betul badan ni.

"Amboi kau tu yang tidur buas. Aku pulak yang salah."

Dia tak ingat ke?

Aku punya letak dia elok atas sofa, terus dia tendang aku lepastu turun tidur atas lantai. Nasib baik tak lenyek aku pijak.

"Semalam aku ada cakap benda mengarut ke?" Mario menggaru kepalanya yang tidak gatal.

Umum mengetahui, mulutnya agak lepas kalau dia mabuk.

"Ada. Banyak. Lain kali dah tahu mulut tu celupar, tak payah minum air setan tu. Menyusahkan orang. Pukul 10 pagi aku nak kau berambus dari rumah aku. Ada faham?" Bebel Rafael.

"Kalau aku tak nak?" Kakinya diangkat tinggi untuk mencapai sisi Rafael. Mahu ditendang kuat-kuat.

"Kau duduk lah dalam rumah ni sorang-sorang. Rumah ni ada kak ponti." Rafael bingkas bangun meninggalkan Mario. Dia mahu naik ke atas. Nak sambung tidur.

"Kau ingat aku budak-budak ke? By the way, dalam rumah kau ni ada makanan tak?" Laung Mario kuat.

Tiba-tiba rasa lapar pula bila duduk rumah orang ni.

"Haram kau sentuh makanan aku." Jerit Rafael dari tingkat atas.

Mario mendecit. Kisah pulak aku. Dia bangun dan berlalu ke dapur lelaki itu.

Ting tong.

Terhenti kunyahan Mario. Lantas dia bangun untuk membasuh tangan. Siapa pula yang datang ni. Sudah la Rafael sedang tidur di atas.

Ting tong.

Klasik betul bunyi loceng rumah kau Rafael. Mario ketawa. Dengan pantas dia berlari ke arah muka pintu.

Buka sahaja pintu, dua susuk tubuh yang berdiri tegak di hadapan pintu menyapa pandangan Mario.

"Sofea!" Tegur Mario.

PUJAAN HATI RAFAELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang