10

21 5 0
                                    

°°°

"I have to have you, Sofea"

|||

"AWAK ada nak pergi mana-mana lagi?" Sofea disebelah dipandang. Tepat dengan itu, telefon Sofea berbunyi menandakan mesej masuk.

Sofea buka mesej yang dihantar Puan Saleha. Dia menepuk dahi. Macam manalah dia boleh lupa yang dia nak singgah watsons dan kena pergi supermarket untuk beli barang yang Puan Saleha kirim. Aduh ini semua salah Rafael yang angkut dia pergi sana sini.

"Awak hantar saya pergi lotus boleh tak? Saya ada barang nak kena beli." Wajah Rafael dipandang. Rasa segan pula nak minta tolong. Kalau watsons tu nanti dia pergi sendirilah. Tak urgent sangat pun.

"Okey." Rafael mengangguk patuh. Keretanya membelok ke arah kanan.

"Sorry." Kata Sofea perlahan.

Rafael mengerut kening. "Kenapa pulak?"

"Saya kacau awak suruh hantar sana sini. Lagipun awak tak kerja ke?" Dia segan sebab dia rasa Rafael takdelah rapat sangat dengan dia sampai lelaki itu nak tumpangkan dia ke sana dan ke sini.

"Awak tak kacau sikit pun. Saya yang offer nak hantar. And yes saya tak kerja harini. I'm all yours to be used." Rafael mengenyit mata hitamnya. Berniat untuk mengusik si Sofea.

Dan sudah tentu, si Sofea semakin blushing tak henti-henti dek ditembak hati-hati kecil oleh Rafael.

Sesampai di lotus, Sofea semakin rasa bersalah kerana lelaki itu dengan selamba badaknya mengambil troli dan mengikutnya rapat di sebelah.

Asalnya Sofea suruh si Rafael hantar sahaja tetapi disebabkan lelaki itu bagi alasan yang dia pun nak beli barang juga, Sofea mengalah. Iyelah mungkin banyak barang kena beli sebab si Rafael kan baru berpindah. Mesti dapur dia kosong.

Takpun Sofea weh. Semua barang dapur si Rafael dah penuh dek Puan Rossa yang mengarah kesemua pekerja suaminya untuk membelikan barangan basah. Dah cukup lengkap sebelum dia tinggalkan Rafael si anak kesayangan duduk di banglo itu.

"Saya nak pergi bahagian ayam kejap." Ujar Sofea. Kang mamat tu cari dia merata nanti naya pula.

Rafael mengangguk faham. Mereka berpisah tatkala Rafael berhenti di bahagian makanan ringan.

Dia tak minat sangat maggi semua ni. Tetapi pernahlah dia makan dulu waktu belajar. Saja nak rasa hidup jadi student macam kawan dia yang lain. Lepastu bila Puan Rossa tahu, dia haramkan segala makanan proses di rumah. Maka tamatlah hikayat kisah Rafael dan makanan segeranya.

Sofea kembali dengan sebungkus ayam mentah di tangan. Diletakkan berhati-hati takut bocor nanti masak dia. Sudahla ada darah segar sedikit.

Matanya bersinar tatkala memandang barangan yang tersusun cantik di sebelah kanan Rafael. Ada maggi. Dah lama pula tak makan maggi ni. Baru nak capai sepaket, laju Rafael menepis tangan Sofea. Tanjat gegirl.

"It's not healthy la Sofea." Bicaranya lembut. Walaupun tepisan tadi nak sahaja si Sofea maki berbakul-bakul.

"Alah bukan selalu." Baru nak capai sekali lagi, Rafael pantas berdiri di hadapan Sofea dengan tangan yang didepa luas. Nak halang tindakan Sofea untuk meragut sepaket mi segera.

"Nanti saya report dekat mama awak." Ugut Rafael.

Ugutan Rafael bikin Sofea ketawa. Apa dia ingat diorang ni umur 10 tahun ke nak mengadu bagai.

PUJAAN HATI RAFAELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang