°°°
"You are the miracle that made me go crazy."
°°°
BUGATTI VEYRON milik Rafael menderum laju masuk ke perkarangan rumah agam milik Dariz Martin. Rafael yang sudah lengkap berpakaian kerja dilihat keluar dari kereta selepas memarkirnya di bawah garaj.
Seawal 7 pagi dia sudah terpacak di hadapan rumah agam itu. Motif?
Rafael craving nasi lemak Puan Rossa.
Pembantu-pembantu rumah yang sudah mula melakukan kerja mereka seawal pagi itu menegur Rafael. Mereka sudah faham apabila melihat kelibat majikan mereka di awal pagi seperti ini. Tak lain tak bukan datang menghabiskan beras di sini.
"Selamat pagi Pak Kassim." Rafael menegur tukang kebun mereka, Pak Kassim.
Pak Kassim menunduk hormat lantas membalas sapaan Rafael.
"Selamat pagi, Tuan Rafael. Mengidam apa pula harini?"
Rafael ketawa. Pak Kassim memang dah kenal serba serbi pasal dia. Sebelum ini, ketika dia menetap di kondo lamanya, sering juga dia datang untuk makan di rumah agam ini.
"Saya mengidam nasi lemak la Pak Kassim. Nak buat kerja pun tak boleh ni sebab dari semalam terfikir pasal nasi lemak."
Pak Kassim ketawa sehingga menampakkan barisan giginya yang tidak lengkap.
"Rasanya Puan Rossa dah selesai masak di dapur. Tuan boleh dah masuk tu."
"Baik saya masuk dulu ye Pak Kassim." Hatinya meloncat gembira apabila mendengar kata-kata Pak Kassim.
Masuk sahaja ke dalam rumah agam itu, Rafael mula mencari kelibat Puan Rossa. Dapur di bahagian belakang di tuju. Dia pasti Puan Rossa mesti di sana.
Melihatkan Puan Rossa yang khusyuk mengacau sambal di dalam kuali, Rafael segera memperlahankan langkahnya. Terjengket-jengket dia menghampiri Puan Rossa dari belakang. Sempat dia menyuruh pembantu-pembantu rumah yang berada di dapur untuk berdiam diri.
"Bahh!" Dicuit pinggang Puan Rossa dari belakang sehingga terangkat tubuh wanita itu.
Menjerit kecil Puan Rossa dek terkejut yang amat. Senduk yang dipegangnya hampir terlepas dari tangan. Mujur dia sempat memegangnya kuat.
Puan Rossa kalih kebelakang dan menampar kuat bahu Rafael.
"Auch. Sakitlah ibu." Rafael menggosok bahunya perlahan. Kuat betul penangan tangan Puan Rossa. Nampak sahaja lemah lembut.
"Itu makanan kamu. Buat lagi macamtu dekat ibu. Kalau terhenti jantung ibu macam mana? Kamu nak bertanggungjawab ke? Kalau terbaling senduk ni dekat kepala? Tak ke bahaya? Sudahlah masih panas. Bahaya tahu tak anak ibu wahai Rafael??" Bebel Puan Rossa panjang.
Rafael lantas memeluk Puan Rossa dari belakang berniat untuk menghentikan bebelan wanita tua itu.
"Okay okay ibu. Rafael minta maaf. Rafael janji nanti Rafael buat lagi."
Rafael ketawa selepas Puan Rossa menampar tangannya untuk kedua kali. Nakal betul anak sulungnya yang ini. Tak kurang juga anak yang kedua. Sama sahaja suka menyakatnya.
Pembantu rumah yang melihat adegan anak beranak itu tadi hanya mampu tersenyum senang. Seronok melihat keakraban mereka berdua.
"Awal kamu datang harini."
"Rindu masakan ibu la."
Rafael lantas duduk di kerusi kitchen island. Memerhati Puan Rossa yang sibuk menghidangkan makanan. Fungsi pembantu rumah seramai tiga orang di dapur itupun Rafael tak tahu. Tengok gaya ibunya itu dah terlalu mahir segalanya. Jadi kenapa perlukan pembantu rumah bahagian dapur lagi?
KAMU SEDANG MEMBACA
PUJAAN HATI RAFAEL
Roman d'amour#1 His Obsession Currently no synopsis provided