6

18 4 0
                                    

°°°

"I have to have you, Sofea"

|||

ENCIK ARMAN pantas berlari mendapatkan Rafael Deniz yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam Magnifience Industries.

"Boss!" Panggilnya.

Tangan diangkat tinggi menghala ke arah wajah Arman menyuruhnya untuk diam.

Tak nampak ke dia tengah berbual di telefon. Nak jerit tak tengok kiri kanan. Potong gaji baru tahu.

Arman pantas menutup mulutnya. Maaf terlepas pula. Excited punya pasal nak bagitahu encik boss. Dari pagi tadi dia tunggu si Rafael masuk kerja.

Rafael menamatkan perbualannya di telefon. Wajah Arman yang tersenyum gembira di pandang. Ini lagi satu bala. Pagi-pagi dah kecoh dengan suaranya. Dia ingat syarikat aku ni pasar ikan?

"Boss, kalau boss tahu ni mesti boss happy dapat pekerja macam saya." Dia mengikuti langkah panjang si Rafael ke hadapan lif.

Sesampai di hadapan lif, Arman berhenti. Serba-salah nak masuk sekali.

Terangkat kening Rafael. Yang tercegat dekat depan tu buat apa.

"Kau memang taknak masuk sekali? Nak aku dukung dulu?" Ujar Rafael. Tangan terletak elok di dalam kocek seluar.

Terus dengan pantas Arman masuk ke dalam lif. Butang lif tingkat 30 dia tekan. Pejabat CEO.

Lif itu dipandang. Pertama kali masuk ni. Lif itu berwarna emas. Arman rasa kagum. Jadi ada beza rupanya lif biasa dengan lif vvip ni. Tangan Arman gatal mahu memegang dinding lif. Nak tengok betul ke tidak emas tu macam yang digosipkan oleh pekerja yang pernah naik lif ni.

"Apa hal? Ada benda ke kau nak bagitahu aku?" Terus tangan Arman dilarikan dari dinding emas itu. Nasib baik Rafael bercakap kalau tak dia lupa diri dah.

"Macamni boss. Saya dah dapat rumah yang boss request tu." Sebuah fail dikeluarkan. Penuh dengan maklumat rumah sampailah gambar halaman dan dalaman rumah.

Terjongket kening Rafael. Laju benar buat kerja. Dia rasa kagum. Keluarkan arahan semalam, harini dah siap.

"Dekat mana rumah tu?" Fail di tangan Arman dirampas Rafael. Buat-buat cool padahal dalam hati dah melompat gembira.

"Boss takkan percaya. Rumah tu sebelah alamat rumah yang boss bagi saya."

Rafael sembunyi senyum. Nak je dia melompat dekat sini tapi memikirkan  Arman dekat sebelah, dia tahan sahaja.

"Good job. Kejap lagi aku bagi habuan kau."

"Tiga kali ganda kan boss?" Arman menggosok telapak tangannya yang terasa gatal. Excited nak dapat duit punya pasal.

"Lima kali ganda aku bagi kau. Simpan rahsia ni dari sesiapa. Kalau pecah, aku potong gaji kau setengah tahun. Biar pecah di perut kau, jangan pecah di mulut." Perut Arman di tepuk Rafael perlahan. Memberi amaran secara halus. Mulut Arman kadang bukan boleh kira. Bising sana sini.

PUJAAN HATI RAFAELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang