4

20 5 0
                                    

°°°
"I have to have you, Sofea."

|||


MAGNIFIENCE INDUSTRIES. Sesampai di hadapan bangunan gah itu, Rafael Deniz keluar dari Bugatti Veyron. Muncul seorang pengawal yang membawa kereta mewah itu pergi.

Encik Arman dan beberapa orang yang berpakaian sut hitam keluar dari pintu utama syarikat. Kalut-kalut mereka berlari mendapatkan Rafael yang sudah masuk dari pintu khas untuk CEO sahaja.

"Good morning, boss." Ujar Encik Arman beserta tundukan hormat darinya dan beberapa orang yang bersut hitam tadi.

Rafael mengangguk. Langkahnya laju dibawa ke arah lif.

"Boss cakap harini boss cuti. Kenapa tiba-tiba datang boss." Ujar Encik Arman lagi.

Kalut-kalut dia berlari dari arah selatan ke tingkat bawah apabila security guard memaklumkan bahawa kereta mewah Rafael Deniz sudah masuk ke perkarangan Magnifience Industries.

"Boring. Sebab tu aku masuk. Kenapa? Tak boleh?" Wajah itu masih dingin.

Encik Arman ketawa. Ketawanya sangat kekok. Period betul harini ye encik boss.

"Eh taklah boss. Boss nak masuk tengah malam pun boleh. Saya sanggup tunggu boss."

Rafael menjeling Arman tajam. Nak kena potong gaji lah tu.

"Where's Dariz Martin?"

"Tuan boss di South." Ujar Encik Arman sambil memandang ipad.

Papa di South? Isi minyak ke hahahaha. Rafael ketawa di dalam hati tetapi riak wajahnya masih kekal dingin. Pandai-pandai la korang bayangkan.

"Atilia?" Rafael memanggil setiausahanya, Atilia.

"Saya di sini boss!" Keluar Atilia dari kelompok bersut hitam tadi sambil tersengih. Dia je yang berani sengih dengan encik boss. Orang lain nak pandang mata helang tu pun dah menggigil satu badan.

Timbul riak bosan di wajah Rafael. Hari-hari hadap setiausaha tiga suku macamni penat juga dia.

"Yang kau sembunyi dekat situ buat apa?" Pagi-pagi dah macam-macam kerenahnya. Penat kuasa dua dia nak layan.

"Saja. Nak suruh boss cari saya." Rafael didekati. Dia membuka ipad di tangan. Bersedia untuk menjalankan kerjanya.

"Sepatutnya boss cuti harini tetapi disebabkan boss rajin nak datang kerja juga, jadual boss saya tunda ke esok. Jadi, boss nak saya bawa ke harini balik ke?" Wajah beku Rafael dipandang. Punat lif juga ditekan. Hanya dia dan Rafael sahaja yang akan menaiki lif tersebut. Yang lain akan menaiki lif yang berbeza.

Rafael tak suka bersesak. Sebab itulah syarikat ini mengasingkan lif pekerja dan lif vvip. Khas untuk jawatan tinggi sepertinya di syarikat. Jadi disebabkan meja setiausaha satu tingkat, alang-alang dia naik dengan Rafael sekali. Rafael tak marah punya hahaha.

"Apa yang di postpone?"

"Meeting dengan syarikat Rodriguerez for 30 years collaboration, meeting dengan syarikat Alpha untuk bahagian North dan BOD meeting yang sepatutnya diadakan selepas zohor nanti." Terang Atilia panjang lebar. Tiada sekat-sekat kerana Rafael benci orang gagap. Pecat serta merta.

"Rodriguerez proceed esok. I have something to talk with my uncle tomorrow. Kau hantar Encik Rahim untuk wakilkan aku di bahagian North. BOD meeting proceed petang ni. Inform all the directors to be in the meeting's room before 2 pm. Sharp. I don't tolerate with the late comers."

PUJAAN HATI RAFAELTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang