°°°
"What is mine, is always mine."|||
MASUK sahaja ke dalam Magnifience Industries, Rafael memandang semua pekerjanya yang sudah menunduk.Rafael menjeling pekerjanya tajam. Menikus mereka apabila mendapat jelingan yang maha padu dari Rafael.
"Boss." Arman mula berlari menyaingi langkah Rafael.
Rafael memandang Arman sekilas. Hanya sekilas. Dua kilas nanti bengkok kepala pula.
"Saya minta maaf boss."
"Kenapa?" Langkah Rafael terhenti.
"Tuan Mario.."
Rafael terus berjalan laju menghampiri lif. Meninggalkan Arman dibelakang yang tidak sempat menghabiskan kata-katanya.
Arman meraup wajahnya perlahan. Habislah..
Rafael memang tidak suka apabila sepupunya, Mario Martin datang mencemar duli ke pejabat. Tambah-tambah kalau lelaki itu membawa adiknya sekali, May Martin.
Pintu pejabatnya diraup kasar. Dua batang tubuh yang elok bersenang-lenang di dalam biliknya dipandang penuh geram oleh Rafael.
Mario Martin yang sedang duduk di atas kerusi tinggi Rafael dan May Martin yang melabuhkan punggung di atas meja kerjanya. Sambil bermain dengan spinner milik Rafael.
"Move." Arah Rafael.
Kedua mereka terus berpaling dan tersenyum manis ke arah Rafael. Senyuman manis yang mengejek. Senyuman manis yang ada sinisnya.
Kedua beradik itu terus mengambil tempat di hadapan Rafael.
"Lambat kau masuk pejabat." Mario memandang Rafael yang membuka komputer ribanya tanpa memandang mereka.
Biadab. As always.
"Kau yang awal datang rumah orang." Bidas Rafael selamba.
"Bukan salah pun aku nak sekali-sekala datang melawat pejabat family kita ni." Kakinya diangkat ke atas meja kerja Rafael. Tubuh seronok bersandar di kepala kerusi.
"Kitorang datang nak jumpa you, Rafael." Perempuan berbaju tiga suku itu bersuara selepas lama mendiamkan diri.
"So, sekarang dah jumpa aku kan? You may leave." Halau Rafael.
"Raf, aku.." muncul Ralph Rodriguerez di muka pintu bersama fail di tangan.
Melihatkan Rafael mempunyai tetamu, dia meminta maaf lalu mahu menutup pinti kembali.
"5 minutes. Give us 5 minutes and kau boleh masuk bilik aku balik." Kata Rafael kepada Ralph.
Ralph mengangguk faham.
"No manners. Ketuk pintu pun tidak." Komen Mario.
May mengangguk setuju.
"Orang dari family lain kau boleh ambil bekerja. Darah daging sendiri kau taknak bagi kerja pula." Mario memandang Rafael tajam.
Masih dia ingat lelaki itu menegah keputusan Daud Martin untuk mengambil mereka berdua kerja di sini.
Rafael bos besar. Dia ada hak.
"Itulah lain kali ambil tahu dulu company ni milik siapa. Company ni takkan besar dan hebat macamni kalau papa dan ibu aku tak berkahwin. Hasil dari family ni dan family 'lain' tu, korang anak beranak boleh rasa juga hidup senang. Jadi, nak dijadikan cerita, company ni milik keluarga aku dan Rodriguerez. Bukan milik tok ayah dan bapak korang semata-mata." Bebel Rafael.