°°°
"What is mine, is always mine."|||
"PERGI elok-elok. Jaga diri dekat tempat orang." Pesan Puan Saleha. Tangan tuanya disalam Sofea."Baik mama." Sofea bergegas menghampiri pagar rumah.
Muncul susuk tubuh Rafael yang segak bertuxedo royal blue. Sedondon dengan Sofea yang memakai dress biru dipadankan dengan tudung berwarna matte black, sedondon dengan necktie Rafael.
Lelaki itu bersandar segak di Mercedes Benz berwarna hitam berkilatnya. Melihatkan Sofea yang keluar dari perkarangan rumah, Rafael tidak mampu menahan diri daripada terpesona dengan penampilan gadis itu.
Terpesona~
Aku terpesona~Sofea nampak ayu. Dan wajah Sofea seperti dikenalinya. Wajah yang hadir di dalam mimpi istikarah Rafael. Slebewwww.
"It suits you well." Puji Rafael ikhlas. Matanya tidak berganjak dari memandang wajah Sofea yang bersolek nipis. Kakinya terkaku tidak berganjak dari sisi kereta.
Sofea jarang make up. Jadi Rafael nampak Sofea sangat lain malam ini. Macam nak ajak kahwin terus ni. Sabar Rafael.
"Kitorang pergi dulu aunty." Rafael senyum sedikit ke arah Puan Saleha yang memandang mereka sambil tersenyum-senyum.
"Handsome kamu harini Rafael." Puji Puan Saleha. Dia menampar perlahan bahu Sofea.
Rafael garu kepala yang tidak gatal. Adakah ini rasanya dipuji bakal mama mentua?
"Terima kasih aunty."
"Kirim salam ibu kamu ya?"
"Baik."
Mercedes Benz Rafael bergerak meluncur pergi meninggalkan Puan Saleha.
"So, awak nak bawa saya pergi mana?" Rafael yang fokus memandu itu diperhatinya. Sudah 5 minit di dalam kereta, suasana mereka sunyi sahaja. Tuan kereta pun tak buka radio. Makin sunyi lah jadinya.
"Hotel tok ayah. Family saya buat dinner. Sempena 30 tahun collaboration." Terang Rafael ringkas.
"Oh tak ganggu ke kalau awak bawa saya?" Sofea rasa seperti dia tiada kena mengena dengan keluarga Rafael. Jadi kenapa lelaki itu membawanya bersama?
"Takde mana awak ganggu. Diorang lagi suka saya rasa. Diorang nak sangat saya datang berdua dengan seseorang. Selalu datang sorang je." Bebel Rafael. Dia dah penat selalu kena tanya bila nak kahwin. Moga dengan kehadiran Sofea, semua mulut makngah, maksu, pakcik dan paklang akan terzip tutup.
Sofea mengangguk faham. Dia gementar pun ada. Nak berjumpa dengan keluarga besar itu pula. Boleh pengsan macamni.
Selepas hampir 30 minit memandu, kereta Rafael tiba di sebuah hotel. Hotel itu keseluruhannya berwarna emas. Sofea ternganga. Ini hotel ke istana. Dia memandang Rafael yang tenang memandu di belakang sebuah kereta mewah.
Kereta yang terparkir di sini juga semuanya kereta import. Kereta mahal-mahal yang Sofea pun tak tahu apa namanya. Tiba-tiba dia rasa kerdil.
Kereta itu berhenti di hadapan pintu utama hotel. Rafael bergegas turun dan membuka pintu di bahagian sebelah penumpang.
Sofea keluar dan bersembunyi di belakang Rafael. Sumpah dia malu dan kekok.
Tindakan Sofea mendapat tawa dari Rafael. Allah malu betul dia ni. Pantas pergelangan berlapik Sofea ditarik Rafael untuk berdiri di sebelahnya.