°°°
"What is mine, is always mine."|||
SOFEA melangkah masuk ke dalam bilik kuliah sambil membawa beg galas dan buku di tangan. Penat memang penat sebab kelas pertama dia di tingkat 4!Lega apabila pensyarahnya masih tidak memunculkan diri. Sofea ambil tempat paling hujung seperti kebiasaannya.
Telefon di dalam beg diambil. Beberapa mesej dari rakan sekolah lamanya dibelek. Dia bukan tak mahu balas tetapi dia tak ingin pun. Sejak tamatnya zaman persekolahan, dia memang mahu memutuskan semua connection bersama mereka.
Zaman persekolahan Sofea tidaklah seindah remaja lain. Oleh kerana sifatnya yang agak pemalu, ramai yang menganggapnya sombong. Tidak banyak juga yang rakan Sofea tahu tentang dirinya membuatkan pelbagai spekulasi dan bahan cerita yang mereka reka sendiri.
Jadi, untuk mengelakkan diri daripada melalui pengalaman perit itu semula, Sofea bertindak menjauhkan diri daripada mereka.
Masuk sahaja ke universiti, barulah Sofea ada seorang kawan baik iaitu Mawar. Mawar sahaja yang sudi berkawan dengannya tanpa sedikit pun mempersoalkan perihal Sofea. Itupun perkenalan mereka didahului dengan salam dari Mawar. Kalau tidak, memang sampai sekarang Sofea tidak punya kawan. Hampir 3 tahun berteman, Sofea mula selesa dengan Mawar sehingga segala-galanya diceritakan kepada sahabatnya itu.
"Hai." Terhenti lamunan Sofea.
Dia baru sahaja mahu membalas pesanan ringkas dari Mawar yang mengajaknya melepak di kafeteria.
Kepalanya didongak memandang ke arah empunya suara.
Sofea berdecit perlahan. Apa mamat ni buat dekat sini lagi. Dan sejak bila mamat ni satu kelas dengan dia? Tak pernah tahu pun. Nampak pun tak pernah.
"Boleh saya duduk sini?" Kata Sufian.
"Tak boleh." Selamba Sofea berbicara. Dia tidak selesa.
"Tapi saya dah duduk." Sufian tersengih.
Suka hati kau lah labu.
Hampir 30 minit menunggu, bayang-bayang pensyarah mereka masih tidak kelihatan. Sofea pandang Sufian disebelah pula.
Alangkah terkejutnya apabila dia melihat wajah itu sedang leka memandangnya sambil bibir itu tersungging senyuman manis. Menampakkan lesung pipit di sebelah kiri.
Kalau orang lain mungkin sudah menggeletis kerana dipandang sebegitu rupa. Tetapi bagi Sofea, pandangan itu agak creepy. Menyeramkan.
"Kenapa kau pandang aku macamtu?" Sofea beriak tidak selesa.
Kalau orang lain anggap mereka bukan-bukan macam mana? Sudah lah jarak antara mereka semakin dikurangkan oleh Sufian. Tambahan pula, pandangan Sufian yang seperti orang dilamun cinta.
"Saja. Saya tak sangka ada bidadari yang cantik macam awak." Sufian tersengih.
Sofea terkebil-kebil. Sumpah dia geli.
"Sufian, kau lupa ke aku dah ada boyfriend? Aku tak rasa dia suka kalau dia dengar apa yang kau cakap dekat aku tadi." Sofea memberi peringatan tentang teman lelakinya yang tidak wujud itu.
Senyuman Sufian mati. Dia berdehem kasar.
"Baru boyfriend."
"Ta-tapi kitorang akan nikah hujung tahun ni." Ha mati memandai kau je nak nikah. Dengan siapa pulak. Sofea mengutuk diri sendiri.