BAB 16

229 4 0
                                    

***HAI reader's semua, kindly visit my blog https://moniralily.blogspot.com to comment and suggestion on this KEBAYA. Jangan lupa komen like dan share ya. Thanks!!!

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Hujan rintik-rintik mula semakin kasar, bila-bila masa sahaja lagi hujan bakal melabuhkan air dari awan yang hitam pekat. Angin menyerbu masuk ke sebuah dewan universiti yang menempatkan pertandingan ratu kebaya yang bakal diadakan tidak lama lagi. Biarpun Hana jarang turun ke padang namun semua pembantunya dapat menjayakan dengan sehabis baik.

Dari kejauhan, Hana menilik senarai nama yang menyertai pertandingan ini. Seramai tiga puluh orang telah berjaya untuk menyertai pertandingan ratu kebaya dalam Universiti Alaska. Jika pertandingan ini mendapat liputan luas sehingga ke luar negeri, pastinya nama universiti ini dapat dinaikkan kembali. Termasuk kepada golongan muda yang mahu belajar ke sini.

"Aku tengok muka kau ini pucat aje. Bukan ke papa kau ada cakap yang kau itu sepatutnya rehat dekat rumah?" Bebel Ameera yang baru sahaja sampai ke dewan ini. Matanya meliar melihat gubahan yang telah dihias keseluruhan dewan ini. Cantik. Penuh dengan elemen melayu klasik. Cuma muzik latarnya sahaja yang tidak digemarinya. Entah lagu manalah yang diambil. Ameera angkat bahu, tidak mahu mengambil pusing hal itu. Yang penting adalah keselamatan kawan baiknya seorang ini.

Hana mengukir senyuman saat memandang Ameera. Sejak insiden dia pengsan beberapa hari sebelum ini, dia sudah banyak kali mendengar Ameera dan Zana berleter. Memintanya agar menjaga kesihatan fizikal dan juga mental. Tetapi setiap kali dia cuba berlagak tenang, selagi itulah perempuan baju kebaya itu muncul tanpa diduga. Misteri kehadirannya masih kekal menjadi tanda tanya.

"Aku bosanlah duduk rumah saja-saja tak buat apa. Kau pun tahu kan, aku ini ketua jawatankuasa untuk pertandingan ini. Aku nak apa yang aku rancang sebelum ini berjaya, tiada masalah." Tutur Hana penuh berhemah. Namun jawapannya dibalas gelenggan Ameera tanda tidak setuju.

"Jangan sampai kau hilang fokus dalam pelajaran sudahlah." Balas Ameera. Anak matanya terpandang kehadiran Ikmal di muka pintu dewan. Wajahnya berubah terus tangannya mencuit lengan Hana.

Hana menjenguk seseorang yang dimaksudkan oleh Ameera di muka pintu. Nafasnya terhenti apabila Ikmal melambai tangannya tanda mahu dia ke sana. "Apa dia nak sebenarnya? Peliklah!" Juih Ameera seraya mengerling Hana.

"Tak tahulah. Tapi macam ada sesuatu yang dia nak cakap dengan aku." Terang Hana bersama andaiannya. Ameera menarik lengan Hana supaya tidak pergi berjumpa dengan Ikmal. Namun Hana berkeras. Akhirnya Ameera hanya melihat Hana dan Ikmal dari jauh. Risau mula menjalar di pangkal hati.

Langkahnya dihentikan. Renungan Ikmal tiada satu pun mampu menakutkan dirinya seperti sebelum ini. Mungkin kerana dia sudah betah berhadapan dengan hantu berbaju kebaya yang sering menggangunya.

"Kenapa kau nak jumpa aku ini?" Soal Hana. Ini petama kali dia melihat keseluruhan wajah Ikmal secara berhadapan. Orangnya tidaklah menyeramkan cuma perilakunya sahaja. Jika, Ikmal membuang tabiat 'merenung' orang, tak mustahil ada sahaja surat cinta singgah kepadanya saban hari.

Ikmal melepaskan keluhan. "Kenapa kau taksub sangat dengan pertandingan ratu kebaya ini? Bagi aku pertandingan ini sepatutnya sudah lama diharamkan oleh pihak atasan universiti ini. Tapi aku tabik dengan semangat kau. Kuasa apa agaknya kau gunakan sampai pihak atasan pun tunduk dengan kau? emmm?" Bibir Ikmal mengherot ke kiri dan ke kanan. Ada sesuatu perasaan yang telah lama tersimpan dalam pangkal hati.

Hana diam. Soalan yang berupa sindiran dan hasad dengki membuatkan Hana menghukum Ikmal terlalu awal. Baru sahaja dia membuka mulut, Ikmal terlebih dahulu mencantas. "Aku tahu apa yang hati kau cakap tentang aku. Kau kata aku dengki, kau kata aku sindir kau. Tapi kau pernah terfikir tentang satu perkara tak? Tentang mati? Agaknya kalau kau terus menerus langsungkan pertandingan ini, pasti kau tahu makna apa yang aku cuba sampaikan sebenarnya." Sedikit ketawa dilepaskan.

KEBAYAWhere stories live. Discover now