Bab 14

285 7 0
                                    


Makruf mengintai Marisa di sebalik celahan batang pokok getah yang berada di hadapannya. Lengang lengok gadis itu berjalan membuatkan dia menelan liurnya beberapa kali. Cantik persis bidadari, cukup sempurna sifatnya. Wajahnya yang cantik bikin tidur malamnya tidak lena. Dia sudah jatuh cinta buat kali kedua barangkali. Tujuannya untuk menjejaki Nuraisha dan Hasril terkubur seperti itu sahaja. Dendamnya terhadap orang tua Nuraisha juga sama.

Dia berkira-kira di dalam hati untuk keluar dari persembunyiannya bila langkah gadis itu sudah melewati tempat yang dia sudah berada waktu ini. Nasibnya hari ini amat cerah apabila gadis itu tidak ditemani bersama rakan-rakannya yang lain. Dia mahukan gadis itu, tidak kira apa jua keadaan sekalipun!

Sampai sahaja langkah kanan gadis itu mengenai laluan sekeloh barulah Makruf munculkan diri. Senyumannya terukir manis buat gadis yang sudah berjaya mencuri hatinya.

Marisa tidak menghiraukan kehadiran Makruf di hadapannya lalu meneruskan perjalanannya ke pekan. Sebentar lagi, ahli jawatankuasa kampung akan mengumumkan berita mengenai 'pertandingan ratu kebaya' di kampung ini, dia tidak mahu terlewat seinci pun.

"Apa yang awak mahukan?!" Tegas Marisa apabila langkahnya diekori dari belakang. Makruf tersengih apabila ada reaksi dari gadis itu sambil anak matanya tidak habis-habis memerhati badan Marisa dari belakang.

"Saya mahukan awak, Marisa!" Katanya penuh bersungguh. Sudah beberapa kali dia berkata begitu di hadapan Marisa namun usahanya tidak dipandang apatah lagi dinilai. Gadis itu seolah menolak balasan cintanya tanpa memberi ruang.

Langkah Marisa terhenti lalu dipusingkan badannya menghadap pemuda itu. Matanya mengecil memandang Makruf.

"Saya tak mahukan awak." Suara Marisa lembut namun tegas. Matanya merenung setiap pergerakan mata Makruf. Dia tahu anak mata lelaki itu seakan merenung setiap lengkuk badan dan caranya ketika dia berjalan tadi.

Makruf melangkah sedepa mendekati gadis itu namun Marisa menapak ke belakang. "Berhenti!" Tegasnya barulah Makruf berhentikan langkah.

"Kenapa awak susah sangat untuk menerima cinta saya? Saya ikhlas mencintai awak, Marisa." Ujar Makruf dengan lembut. Dia berupaya untuk menyakinkan hati gadis itu biarpun cintanya ditolak mentah-mentah.

Marisa ketawa mengecil lalu ditutup mulutnya dengan tangan lalu dilepaskan "Apa benar awak cintakan saya? Atau awak hanya mencintai saya kerana rupa?" bukannya dia sendiri tidak tahu apa yang bermain di kepala pemuda itu. Sudah berpuluh-puluh lelaki yang cuba mendekatinya hatta melamarnya menjadi isteri tetapi dia keras menolak. Perkahwinan bukanlah pilihannya tetapi dia memang suka diburu oleh ramai lelaki. Hatinya puas. Jadi, dia boleh berlapang dada jika tiada gadis lain di kampung ini berkahwin apabila semua lelaki sukakannya. Kerana dia mahu gadis-gadis di kampung ini menerima nasib yang serupa sama sepertinya. Kekal anak dara tua sampai bila-bila.

Makruf terdiam.

"Ya betul, memang benar saya cintakan awak Marisa. Ikhlas dari hati saya." Jawab Makruf penuh rasa. Wajah Marisa yang cantik memang sentiasa menjadi dambaan setiap lelaki di kampung ini. Memang betullah apa yang Akif memberitahunya sebelum ini, akan ada setiap hari beberapa lelaki mencuba nasib mengurat Marisa. Dia juga turut tidak terkecuali dan berharap tuahnya kali ini memihak ke atasnya.

"Tipu! Saya tidak nampak mana seikhlasnya awak untuk memiliki hati saya! Lupakan saya, itu adalah lebih memadai untuk semua pihak." Kata Marisa. Mukanya berubah tegang. Makruf mengeluh apabila setiap ucapannya tidak berjaya melembutkan hati keras Marisa.

"Tidak! Saya akan meneruskan hajat saya untuk melamar awak menjadi isteri saya yang sah. Itu janji saya!" Makruf masih berdegil.

DUUUMMM!!!

KEBAYAWhere stories live. Discover now