BAB 6

525 8 0
                                    


Hana, Ameera dan Zana terpegun saat melihat beberapa borang ahli kemasukan dalam pertandingan ratu kebaya yang telah diberikan oleh Anesa kepada mereka. Hana mengambil borang itu dan dimasukkan ke dalam sebuah fail khas untuk pertandingan ini. Nampaknya program yang diusahakannya menjadi tarikan ramai siswi di universiti ini. Niatnya cuma satu, hanya mahu kembalikan suasana universiti ini seperti dahulu.

"Emmm lagi satu Hana, sejak arwah Sofia dah lama meninggal. Kau rasa aku ada peluang tak nak menang ratu kebaya ini nanti? Maklumlah, kau tahu kan aku ini lagi layak dari arwah? Emmm?" Kening Anesa diangkat tinggi saat memuji dirinya. Rambut panjangnya diselak ke belakang tanda mahu Hana menilai potensi yang ada pada diri si cantik.

Hana berdehem. Dia tidak faham langsung dengan perangai Anesa yang satu ini, suka memuji diri sediri cantik walhal ada sahaja yang lebih cantik daripadanya. Cuma jarang terserlah seperti arwah Sofia.

"Aku tiada jawapan untuk itu. Kau sendiri dah tahu jawapannya bukan?" Soal Hana separuh menyindir. Bukan Anesa tidak tahu jawapan yang bakal diberikan nanti.

Anesa menjuih bibir seraya matanya dijulingkan ke atas. Dia memang tidak puas hati dengan Hana sejak mula pertandingan ini dimulakan. Hana lebih memandang arwah Sofia berbanding dengannya.

"Kalau aku dah tahu jawapannya kenapa aku kena tanya kau, Hana? Kau sengaja nak sakitkan hati aku kan?" panas hati Anesa. Kipas yang baru dibelinya dikibaskan ke muka. Tanda dia memang panas hati.

Hana mengeluh seketika tidak tahu hendak berkata apa lagi agar Anesa segera beredar dari sini. Makanan yang mereka pesan sudah selamat sampai mendarat ke meja.

"Ikut sukati kaulah, Anesa. Kalau aku cakap lebih nanti kau pula yang meroyan. Baik aku diamkan aje. Kau pun tak panas hati dan aku pun tak panas hati. Jadi, benda ini selesailah ya?" Sebelah mata Hana dikelipkan supaya Anesa berhenti asyik terusan bertanya soalan. Bukan apa, dia sungguh rimas.

Anesa angkat kaki saat dirinya sudah tidak dipedulikan oleh mereka bertiga. Nampak gayanya, peluang untuk dia menang dalam pertandingan ratu kebaya masih tipis. Dia belum boleh menawan hati Hana agar memilihnya menjadi juara.

Sampai sahaja ayam masuk ke tekaknya, Ameera sudah bertanya soalan. Dia dari dulu lagi memang cepat menghabiskan makanannya. Malas mahu menunggu Hana dan Anesa berhenti bertekak perihal pertandingan ratu kebaya.

"Aku perasan yang Anesa itu sengaja nak bodek kau agar pilih dia jadi juara ratu kebaya."

Hana juga mengiyakan apa yang diperkatakan oleh Ameera. Siapa yang tidak kenal dengan Anesa. Kaki pembodek dan pembuli. Pernah juga dia melihat Anesa membuli arwah Sofia dulu masa mereka satu kelas bagi subjek yang sama. Rasa kasihan juga ada.

"Kalau pasal ratu kebaya itu, aku tak hadap sangat. Hebat sangat ke kalau diri itu sudah jadi ratu kebaya? Tak faham betul aku." Omel Zana. Baginya dia langsung tidak berimpikan mahu memasuki pertandingan kecantikan ini semua.

Hana sedaya upaya menghabiskan suapan yang terakhir. Dia langsung tidak mencelah apabila Ameera dan Zana saling bercerita perihal ratu kebaya. Dia juga sedar impikasinya jika pertandingan ini dianjurkan. Pihak universiti juga sudah berkali memberi pesan untuknya agar tidak meneruskan pertandingan itu takut ada jiwa yang merana. Persoalan itu semakin bermain di ruangan mindanya saat ini.

"Nanti aku nak jumpa Anuar kejap. Kau orang baliklah hostel dulu." Pesan Hana sebaik sahaja menyudahkan suapannya. Beberapa kepingan duit sudah diberikan kepada Ameera tanda dia sudah selesai membayar bagi pihaknya. Selepas itu dia meminta diri untuk berjumpa Anuar.

Sepanjang dia menyelusuri kawasan dewan itu, dia tertangkap satu bau yang amat busuk. Puas dia mencari di mana arah bau itu berada. Namun gagal sampailah dia melatah sendirian kerana melihat kemunculan secara tiba-tiba kelibat Ikmal. Jantungnya kini hampir jatuh. Tipulah jika dia tidak takut dengan panahan mata Ikmal buatnya. Tanpa sengaja dia melarikan mata dan berjalan terus tanpa pedulikan Ikmal di situ.

KEBAYAWhere stories live. Discover now