Satu universiti dikejutkan dengan kematian seorang pelajar perempuan di asrama cempaka di blok A. Satu aras dengan teman wanitanya, Hana. Sepasang mata miliknya menular ke kanan dan ke kiri sebelum dia tertumpu pada seorang lelaki yang tidak asing lagi di universiti ini. Perilaku lelaki itu membawa sejuta persoalan di benaknya. Mana tidaknya setiap soalan yang dia tujukan pastinya dibalas dengan sepatah-sepatah seolah-olah mulut lelaki itu berisi emas seberat guni.
Dia mengimbas kembali memori dia bersama arwah Sofia. Dahulunya Sofia seperti Ikmal. Sangat pendiam dan pemalu namun dari segi positifnya dia merupakan seorang yang paling cemerlang dan mempunyai rupa paras yang menarik. Namun setiap kali dirinya dipuji ada sahaja gerangan manusia yang tidak puas hati. Mungkin cemburu melihat kelebihan orang lain.
Sebaik sahaja kakinya laju menapak ke dewan kuliah sepasang anak telingannya menakap satu suara seakan berbisik namanya. Pantas kepalanya berpaling ke belakang. Matanya melewati setiap sudut lorong kosong yang memisahkan bangunan kuliah dan dewan yang mahu ditujuinya. Namun tiada satu pun benda yang memanggilnya. Ah! Mungkin angannya sahaja. Lantas dia terus menapak lagi meninggalkan segala bisikan namanya. Peluh mula menitik di atas dahi pantas dia mengelapnya. Sempat lagi dia membaca ayat-ayat suci al-Quran yang dia ingat.
Matanya terpejam menghayati makna setiap ayat suci al-Quran di mindanya sebelum dia terlanggar seseorang. Hampir terlepas beg yang mengandungi laptop kepunyaannya.
"Maaf..."
Satu kata yang buatkan dirinya memandang si pemanggil itu.
"Ikmal?" kepalanya ligat berkerja. Bukan ke tadi aku nampak dia dengan... Ah! Tenang Anuar. Mungkin Ikmal satu kuliah dengan aku untuk subjek ini.
Ikmal tersenyum sumbing sambil membetulkan kaca mata bulatnya. Manakala Anuar melihat Ikmal dari atas bawah. Betullah kata ramai pelajar di sini bahawa penampilan lelaki itu tidak pernah kemas dan selalu selekeh. Adakalanya ramai pelajar menjauhkan diri bukan kerana membenci pesonaliti Ikmal tetapi cara lelaki itu memandang.
"Kenapa kau pandang aku macam tu?" Ternaik kening Ikmal. Kemudiannya dia membetulkan bajunya yang tidak bergosok.
Sepantas kilat Anuar geleng kepala. Dia tak rasa yang dia patut jawap pertanyaan Ikmal biarpun dalam hati kian membuak tinggi. Dia ingin sekali mahu berbual dan berkenal rapat dengan Ikmal seperti dia berkawan dengan orang lain. Namun setiap kali dia mahu berbuat begitu hatinya pula berat mahu merelakan.
"Aku pergi dulu. Kau tak apa-apa kan?" Soal Anuar meminta kepastian sebelum beredar.
Ikmal hanya geleng bersama renungan sayu memandang Anuar.
Saat Anuar mahu melangkah kaki kanannya namanya dipanggil Ikmal.
"Aku dengar Sofia mati sebab angkara khianat. Betul?" Soal Ikmal. Pandangannya di hala sipi dari bahunya sahaja.
Berita kematian mengejut Sofia memang mendapat liputan dari pihak luar. Polis pula sudah melaksanakan tugasnya selagi mampu.
Anuar mengeluh sedikit. Berita sofia yang penuh tragis membunuh jiwanya yang sentimental. Jiwanya amat rapuh jika bab kematian menjadi isu utamanya pagi ini.
"Aku tiada jawapan atas soalan kau itu. Lebih baik kau tanya pihak polis berkenaan isu ini. Mungkin mereka ada jawapannya." Balas Anuar tetap dengan teori dan rasionalnya. Pantang sekali dia percaya dengan cerita karut dan tahyul semua ini. Baginya semua itu tidak wujud. Bukankah manusia itu lagi mulia berbanding dengan ciptaan jadian jin dan syaitan?
"Jawapan polis tetap sama. Sofia mati bukan kerana dia tertekan tapi dia dibuat orang. Orang tu dalam keliling kita ini sahaja!" Emosinya turun naik sebaik melihat bagaimana seksanya Sofia diperlakukan. Dia tahu empunya si pembuat ini memang handal dalam bab menghantar 'benda'. Dia boleh melihat dengan mata kasarnya.
YOU ARE READING
KEBAYA
Mystery / Thriller"Kita kena cepat-cepat kebumikan Mak Sarinah sebelum lewat malam, Pak Wan. Jenazah Mak Sarinah biar saya yang uruskan dengan kawan saya. Pak Wan kena banyak-banyak bersabar. Allah sentiasa ada dengan hamba-Nya yang banyak bersabar." Kata Makruf penu...