Berita kehilangan Nuraisha menjadi gempak-gempita di seluruh kampung Semarak. Pagi itu, Mak Faridah sibuk mengemas rumah tanpa perasankan anak gadisnya di bilik. Seleps jam menandakan pukul sepuluh pagi barulah Mak Faridah terkocoh-kocoh mengetuk bilik Nuraisha. Bila tiada sahutan dari dalam, Mak Faridah memanggil suaminya untuk memecah bilik itu.
Mata mereka berdua terbuntang apabila Nuraisha sudah melarikan diri. Cuma mata Pak Ismail sahaja yang tertangkap pada meja solek yang berada di tepi tingkap kayu. Terus kakinya menapak. Luruh hati kedua orang tua itu sebaik membaca bait kata yang ditulis. Rasa pedih, kecewa dan sedih atas perilaku Nuraisha yang sanggup berkahwin lari dengan Hasril. Seingat mereka, Nuraisha setuju mengikut perancangan mereka menyatukan Makruf. Ternyata semua anggapan mereka salah. Nuraisha dan Hasril sudah lama bercinta cuma cinta mereka tidak pernah direstui oleh dia sebagai bapa.
"Seandainya perkara boleh diundur kembali, awak boleh kahwinkan Aisha dengan Hasril?" Soal Mak Faridah yang cukup terkilan dengan perkara yang sudah terjadi. Dia mahukan anak gadis tunggalnya bahagia. Selama ini Nuraisha amat patuh dengan suruhan orang tua. Kenapa tidak kali ini, mereka turutkan sahaja kemahuan Nuraisha untuk berkahwin dengan Hasril. Lagipun Mak Faridah memang berkenan dengan Hasril dari dulu lagi kecuali suaminya yang lebih memandangkan kemewahan yang ada pada diri Makruf.
Pak Ismail mengeluh seraya mengurut dahinya yang sudah pening. Mana hendak mencari anak gadisnya? Hasril? Mereka berdua pastinya sudah jauh dari kampung Semarak.
"Kalau saya tahu perkara ini terjadi sebegini, saya pasti tidak akan melakukannya." Tutur kata Pak Ismail kian lemah. Tangannya memasukkan kembali surat itu ke dalam sampul. Sebaik sahaja surat itu dimasuk, matanya dipincingkan ke hujung sampul coklat. Terus dia menuangkan isi dalam surat itu.
"Cincin?"
Mak Faridah sudah menekup mulut sementara Pak Ismail sudah kelu tidak terkata.
Itulah apa yang Pak Ismail sampaikan kepada Makruf setelah dia memberikan berita kehilangan anak gadisnya kepada penghulu kampung agar segera menjejaki ke mana perginya Nuraisha dan Hasril berada.
Makruf diam dan mula memikirkan sesuatu. Hancur luluh hatinya sebaik sahaja mendengarkan berita sedih hari ini. Sepatutnya hari ini dia mengajak Nuraisha keluar ke pekan membeli baju kahwin semua. Nampaknya dia hanya mendapat berita Nuraisha kahwin lari dengan Hasril. Budak berdebah! Geram kerana Hasril tidak termakan dengan amarannya kelmarin. Genggaman tangannya dikuatkan. Kalau ada Hasril di depan mata mahu sahaja dia berikan satu tumbukan kena di muka lelaki yang tidak tahu malu.
"Aku berikan kau cincin tunang ini. Tiada apa lagi yang perlu diperkatakan. Aisha dah selamat kahwin dengan Hasril." Telahnya. Hati orang tua tidak pernah menipu apatah lagi mahu berselindung. Gerak hatinya kuat menyatakan anaknya sudah berkahwin dengan Hasril.
Makruf geleng kepala sebaik Pak Ismail memberikan cincin tunang itu. Mulanya dia tidak mahu mengambil tetapi setelah diasak oleh orang tua itu, akhirnya dia segera mengambil masuk ke dalam poket seluarnya.
"Kenapa Pak Ismail menyerah sahaja? Sepatutnya hari ini Pak Ismail dengan Mak Faridah keluar pergi mencari Aisha dan Hasril sekali. Mereka patut kita halang. Kahwin tanpa restu mana boleh bahagia, Pak Ismail? Silap haribulan nasib Aisha dekat sana sudah jadi miskin agaknya. Hasril tidak ada apa-apa Pak Ismail yang perlu dibanggakan sangat lainlah kalau macam saya ini!" Panas hatinya.
Pak Ismail kembali berdiri. Tiada guna lagi mereka harus bertekak.
"Jangan cakap Pak Ismail rela kalau Hasril jadi menantu Pak Ismail? Pak Ismail tak malu dapat menantu yang tiada masa hadapan? Nasib Aisha terbela ke pak Ismail?!" Tempelaknya sampai lupa dengan siapa dia bercakap.
Pang!!!
Pak Ismail mengacip bibirnya. Wajah Makruf ditatapnya penuh amarah.
"Ya Allah kenapa ini abang? kenapa ditamparnya Makruf?" Soal Mak Faridah yang baru sahaja sampai membawa sedulang cawan berisi the terpegun. Sempat lagi dia melihat muka Makruf sudah seperti menahan pedih akibat tamparan kuat dari suaminya.
"Engkau lupa agaknya dengan siapa engkau bercakap! Aku bapa Aisha! Hari ini aku tahu siapa yang layak menjadi suami kepada Aisha. Ternyata engkau memang tidak layak menjadi suami yang sah kepada Nuraisha binti Ismail! Yang selayaknya hanya Hasril. Dia lelaki budiman yang aku tidak pandang, aku caci, hina malah aku pernah menghalau dia daripada berjumpa dengan Aisha. Kali ini aku buat kali kedua dengan orang lain pula. Mulai hari ini jangan engkau berani lagi datang ke ruamh aku. Antara engkau dengan keluarga aku sudah tiada apa-apa lagi ikatan. Maka termelerailah ikatan antara keluarga aku dengan engkau, Makruf. Sekarang, engkau boleh pulang segera." Arah Pak Ismail masih berintonasi tegas dan perlahan tidak seperti tadi. Dia cuba menahan amarahnya daripada meletus.
Makruf meludah air liurnya di atas tangga kayu. Pipinya diusap perlahan. Sakit akibat tamparan tadi masih terasa namun tidak sesakit hatinya yang sudah diperlakukan seperti anjing kurap.
"Apa engkau tunggu lagi?! Aku kata pulang!!!" Bentak Pak Ismail.
Makruf akur dan mulalah hatinya menyimpan perasaan dendam yang menggunung ke atas keluarga itu.
"Kau orang berdua memang tidak layak bergelar manusia!" kata Makruf sebelum pergi meninggalkan rumah yang tidak dianggap bernilai untuknya.
SEMUA tenaga dikerah habis-habisan untuk mencari Nuraisha dan Hasril di seluruh kampung Semarak namun usaha mereka tidak membuahkan hasil. Adakalanya mereka menjejak sampai menceroboh rumah usang milik Hasril bertempat dan ada juga mereka menebang segala pokok pisang yang menjadi hasil jualan Hasril.
"Ada jumpa?" Soal Makruf tiba-tiba sahaja sampai di kebun Hasril. Dia juga tidak ketinggalan mahu mencari dua manusia itu.
Jamal dan Kair geleng kepala malas mahu menyahut soalan dari mulut Makruf.
"Kau orang ini cari guna mata ke atau mulut? Mustahil dua budak itu aje kau orang tak jumpa?" Marah Makruf. Mereka semua tidak boleh diharap langsung. Kalau beginilah hasilnya, baik dia guna cara lain.
Jamal mendekati Makruf.
"Dua budak itu bukan budak-budak lagi yang engkau boleh kata budak. Tetapi Aisha dan Hasril sudah dewasa. Aku tidak rasa mereka ada lagi di kampung ini. Mungkin mereka sudah keluar dari sini dan berkahwin di luar sempadan." Beritahu Jamal.
Makruf menelan liur. Otaknya diligatkan untuk mencari jalan bagi menjejaki Nuraisha dan Hasril sebelum mereka berdua berkahwin.
TANGAN kanan Nuraisha dikucup lembut oleh Hasril. Hari ini mereka sudah sah bergelar menjadi suami isteri. Tidak susah mencari tok kadi kerana semuanya sudah di uruskan oleh mak saudaranya sendiri, Mak Jamilah. Nasib baik Mak Jamilah sudi membantunya walaupun mereka tidak rapat.
"Abang..." Panggil Nuraisha. Hari ini detik bersejarah untuk mereka.
Pintu bilik kembali ditutup rapat tidak mahu perbualan suami isteri didengari oleh Mak Jamilah. Sementara mereka duduk di rumah ini, Hasril sedaya upaya mencari tempat perlindungan lain untuk mereka berdua berteduh.
"Apa yang Aisha nak cakap?" Soal Hasril yang tidak lekang dengan senyuman di bibir. Perasaan bahagia menerpa sehingga menjentik naluri masing-masing. Nuraisha pula sudah melentuk kepalanya di dada suami tercinta. Lega hati perempuan itu.
"Aisha sayang sangat dekat abang. Aisha nak sehidup semati dengan abang. Aisha janji yang Aisha tidak akan tinggalkan abang macam itu sahaja." Katanya penuh lembut. Itu yang Hasril mahu dengar dari mulut isterinya.
"Abang pun akan jaga Aisha sampai ke akhir hidup abang. Cuma abang nak Aisha kuat dan selesa hidup dengan cara abang yang serba kekurangan ini. Abang tiada punya harta yang mahu membahagiakan Aisha. Kita kena berkerja kuat dari sekarang untuk mengalas perut dan anak kita nanti." Leter Hasril. Dia juga harus berfikir untuk mencari kerja di tempat baru di kampung Serendah.
Nuraisha menganggkat mukanya dan mengurai rambutnya yang panjang. Mata Hasril terpukau dengan kecantikan yang dimiliki Nuraisha. Tanpa sedar tangannya sudah menjalar pada tubuh isterinya. Perhubungan yang halal itu membuatkan Nuraisha merelakan semuanya kerana dia amat mencintai suaminya.
YOU ARE READING
KEBAYA
Mystery / Thriller"Kita kena cepat-cepat kebumikan Mak Sarinah sebelum lewat malam, Pak Wan. Jenazah Mak Sarinah biar saya yang uruskan dengan kawan saya. Pak Wan kena banyak-banyak bersabar. Allah sentiasa ada dengan hamba-Nya yang banyak bersabar." Kata Makruf penu...