BAB 7

472 6 0
                                    


Makruf memundar mandir ke hulur hilir mencari jalan untuk menjejaki Nuraisha dan Hasril. Dia juga sudah mengerah tenaga orang bawahannya agar mencari mereka berdua di sempadan kampung Semarak. Namun usaha mereka hanya sia-sia sahaja sebaik menerima berita tentang Nuraisha dan Hasril gagal ditemui. Akhirnya dia bertemu jalan yang sangat buntu. Tiada siapa yang dia mengharapkan pertolongan. Kalau lama dia bertindak, pasti Nuraisha sudah menjadi isteri yang sah buat Hasril. Dia meramas rambutnya. Harapannya untuk memiliki Nuraisha semakin pudar.

Akhirnya dia menemui jalan penyelesaian sebaik sahaja dia teringatkan sepupunya di kampung Serendah. Mungkin ini sahajalah satu-satunya cara bagi menjejaki Nuraisha dan Hasril. Mereka pasti tidak akan terlepas dari genggamannya.

Pada malam itu, Hasril mengemas pakaiannya untuk masuk ke dalam beg. Dia tidak memerlukan baju yang banyak kerana dia hanya menumpang di rumah sepupunya sehari dua. Tidak semena-mena semasa dia melipat baju, ada benda kecil yang jatuh dari celahan baju. Lantas dia membongkokkan badan.

"Sepatutnya engkau kahwin dengan aku, Aisha. Bukan Hasril!" Gumamnya. Dendamnya kepada Hasril semakin membuak tinggi. Mahu sahaja dia membunuh lelaki itu hari ini.

Sedang leka dia menilik cincin itu, Mak Zawariyah menguak pintu biliknya seraya mengeleng kepala. Pantas kakinya menapak mendekati anaknya.

"Sudahlah Makruf. Ternyata Aisha bukan jodoh kamu. Emak yakin jodoh kamu adalah orang yang lebih baik daripada Aisha. Si Amalina, anak Pak Yusof sudah lama menyimpan perasaan padamu nak." Tangan Mak Zawariyah mengusap lembut lengan si anak. Meminta anaknya menuruti kemahuannya.

Makruf menghela nafas seraya memasukkan kembali cincin itu di poket begnya. Tidak mungkin dia akan memilih Amalina sebagai isterinya kerana dia hanya menganggap gadis itu tidak ubah seperti adiknya sendiri.

"Emak tidak pernah faham perasaan Makruf. Makruf sudah lama menyimpan perasaan pada Aisha dari dahulu lagi. Mustahil Makruf dapat melupakan cinta pertama Makruf, emak." Beritahu Makruf masih berlapik. Dia tidak mahu bergaduh perihal ini kepada emaknya.

Mak Zawariyah hanya mendiamkan diri sesaat dua kemudian barulah dia kembali bersuara.

"Kamu bersungguh nak pergi ke kampung Serendah untuk jumpa Aisha?" Soal Mak Zawaryah yang gusar dengan tindakan anaknya. Sepatutnya anaknya harus melupakan sahaja perempuan itu.

Makruf hanya mengangguk perlahan sambil melipat bajunya yang terakhir.

"Emak nak kamu jaga diri kamu baik-baik dekat sana. Di mana pun kamu berada, emak nak kamu sentiasa ingat Allah. Dia sahaja yang akan bantu kita saat kita susah dan senang. Jangan buat perkara yang melanggar perintah Allah. Ingat itu pesan emak." Pesanan ini dia berharap tidak seperti mencurah air ke daun keladi. Makruf memang terkenal dengan sifat keras kepala dan sukar menerima nasihat orang tua.

Makruf mengangguk lagi seraya memandang wajah sayu emaknya. Satu-satu emaknya yang ada di dunia ini sejak dia kehilangan ayah di usia muda.

"Pandailah Makruf jaga diri. Emak tidak usah bimbang." Balas Makruf. Tangannya mengusap lengan emaknya seraya menutup beg pakaiannya.

"Yalah." Jawab Mak Zawariyah dengan perasaan sayu. Entah kenapa dia terasa berat hati mengizinkan Makruf pergi ke kampung Serendah. Bukannya jauh dari sini cuma kena melintasi satu jambatan yang menghubungkan kampung Semarak dan kampung Serendah. Tetapi ramai yang enggan melibatkan diri ke kampung Serendah. Hal ini kerana mereka tidak mahu bertemu dengan perkara yang tidak diingini.

Selesai sahaja Makruf bersiap dia menghulurkan tangan bagi mencium tangan ibunya. Mak Zawariyah mengusap kepala anaknya.

"Ingat pesan emak jaga solat dan ingat siapa diri kamu bila sampai di sana." Pesan Mak Zawariyah yang tidak pernah lekang dari mulutnya.

KEBAYAWhere stories live. Discover now