Hana tersenyum melihat papanya sibuk dengan kerja di pejabat sampai dia ketuk pintu sebentar tadi pun tidak perasaan. Memang patutlah papanya jarang pulang ke rumah. Jika balik pun sekadar menjenguk dia di rumah. Senang cerita, pekerjaan papanya memerlukan kefahaman dari anaknya sendiri.
"Amboi, fokusnya Hana tengok papa ini. Sampai Hana sampai pun, papa tidak sedar. Ini kalau pencuri datang pun agaknya papa langsung tak perasan." Juih Hana dengan ketawa kecil.
Datuk Hamid terkedu dengan kedatangan anak gadisnya. Tanpa janji, anaknya datang melawatnya di pejabat. Lantas dia membuka kaca mata seraya mengurut dahi. Lupa bahawa hari ini adalah hari sabtu.
"Jadi?" Soal Datuk Hamid angkat kening.
Hana berubah muka tiba-tiba.
"Maksud papa apa? Apa yang jadi?" Soal Hana pula yang kebingunggan.
Datuk Hamid ketawa kecil. Segala fail di atas meja di susun rapi letak ke tepi. Sekarang dia memfokuskan masalah anaknya di hadapan. Inilah masanya untuk anak-beranak berjumpa selain di rumah.
"Yalah. Tentang pertandingan ratu kebaya dekat universiti itu. Dah siap sepenuhnya? Ramai yang masuk?" Soal Datuk Hamid menunjukkan minat. Sebenarnya, dia tidaklah gemar dengan aktiviti anaknya tetapi sebagai seorang ayah dia harus menyokong.
Hana duduk di kerusi dan menatap wajah papanya yang sudah dimamah usia. Kasihan kerana dengan usia sebegini papanya harus berehat sahaja di rumah.
"Oh pasal itu. Pening juga papa. Semua yang masuk itu hebat-hebat sangat. Susah nak pilih mana yang menepati kriteria." Jawab Hana. Ditambah lagi dia perlu persiapkan dewan dengan tema melayu klasik.
Datuk Hamid angguk kepala memahami. Surat khabar yang berada di meja belakang diambil untuk diberikan kepada Hana. Ada perkara yang perlu Hana mengambil berat memandangkan kes itu amat serupa dengan kematian arwah Sofia. Sebelum berlaku apa-apa, lagi baik sekiranya Hana membuat langkah berjaga-jaga.
"Apa ini papa?" Hana membaca tajuk berita di dada akhbar. Berkerut dahinya apabila kematian seorang pelajar perempuan bernama Zarina di universitinya. Cara pembunuhan itu sama cuma kejadian itu sudah lama berlalu. Kira-kira enam tahun dahulu. Berita itu dipanjangkan dengan kejadian mistik bagaimana perempuan itu dibunuh. Yang bezanya pembunuhan itu di tempatkan di kawasan hutan. Jauh dari pelosok manusia. Tangannya mengurut kepala yang berasa pening.
"Mungkin ada kaitan dengan kematian Sofia." Datuk Hamid membuat andaian. Rasanya tidak salah jika dia hanya sekadar meneka agar anak gadis itu melupakan sahaja hasrat membuat pertandingan ratu cantik kebaya.
Hana membiarkan telahan papanya. Dia begitu teliti membaca berita itu.
"Siapa yang bagi surat khabar ini dekat papa?" Soal Hana. Surat khabar itu dilipat dua. Sorotan matanya melihat kertas surat khabar itu sudah renyuk dan kotor, pasti ianya sudah lama.
Datuk Hamid mula teringat tentang pemuda yang secara tiba-tiba menghulurkan surat khabar itu kepadanya semasa dalam hujan lebat. Masa itu dia mahu pergi ke sebuah bank untuk membayar duit pekerja. Hanya dengan surat khabar itulah dia dapat sedikit perlindungan daripada terkena hujan.
"Ada seorang lelaki ini lingkungan macam umur Hana, dia yang berikan surat khabar ini pada papa. Masa itu papa tiada payung nak pergi bank, jadi dia yang bagi. Tak sangka pula, papa lupa nak pulangkan kembali."
Hana diam. Dia mula teringatkan pesanan pengarah universitinya agar melupakan pertandingan ratu kebaya. Mungkin ada kaitannya dengan kes kematian arwah Zarina. Perasaan serba salah mula menular di sanubarinya.
YOU ARE READING
KEBAYA
Mystery / Thriller"Kita kena cepat-cepat kebumikan Mak Sarinah sebelum lewat malam, Pak Wan. Jenazah Mak Sarinah biar saya yang uruskan dengan kawan saya. Pak Wan kena banyak-banyak bersabar. Allah sentiasa ada dengan hamba-Nya yang banyak bersabar." Kata Makruf penu...