1

923 13 0
                                    

Malam semakin menyepi. Aku sendiri di dalam kamar bertemankan diari. Aku curahkan perasaan hati kepadanya. Tanganku pantas menulis. Pena terus mencatatkan isi hati. Andai sahaja aku punya kekasih mungkin akan aku luahkan perasaan ini kepadanya. Dia lah yang akan mendengar keluh resah. Dia lah penawar dia juga racun. Ya allah, dimanakah putera impianku?

Aku tutup diariku. Khayalanku masih lagi kepada putera impian yang entah dimana. Khayalanku jauh melayang entah kemana hinggalah aku terlena.

“Aisyah, semalam kenapa tak keluar bilik untuk makan malam?” Mama menanyaku sebaik sahaja aku duduk dimeja makan untuk sarapan.

Aku hanya melemparkan satu senyuman dan terus menuang secawan teh untuk diriku. Ayah yang ada disebelah masih lagi khusyuk dengan suratkhabarnya. Adik pula sedang menjamu sarapannya dengan penuh selera. Ibu pula masih lagi menanti jawapanku.

“Aisyah tertidur semalam. Belum sempat keluar dah tertidur. Penat sangat semalam. Banyak kerja di pejabat,” aku akhirnya menjawab persoalan ibu. Ibu agak lega dengan jawapanku dan lalu masuk ke dapur.

Aku ingatkan putera impian sudah hapus dalam ingatanku. Ternyata aku silap.Sepanjang pagi putera impian asyik mengangguku. Aku menjadi tidak tentu arah. Aku langsung tidak tenteram. Buat ini tidak kena, buat itu tidak kena. Aku tidak tahu apa yang sedang berlaku kepada diriku.

Selepas makan tengah hari bersama teman-teman, aku pulang ke pejabat. Sebaik sahaja aku bersendirian putera impian kembali bermain di benak fikiranku. Aku semakin rimas. Aku tidak pasti siapa putera impian. Mengapa dia yang tidak pasti selalu mengusik dan bermain di fikiran? Aku hempaskan fail yang sedang aku pegang dan lalu bangun dari tempat dudukku. Niat dihati hendak pergi menenangkan fikiran agar aku boleh tumpukan kepada pekerjaan nanti. Tetapi langkah terhenti bila ada suara yang memanggil namaku.

“Aisyah?” Suara garau memanggilku.

Aku cuba meneka suara siapa itu tetapi suara itu bukan suara yang aku kenali. Aku pusing dengan penuh kehairanan. ADUH! Hampir pengsan aku dibuatnya. Kacaknya pemilik suara itu! Cair aku dibuatnya. Aku melangkah menuju ke arahnya.

“Ye? Boleh saya bantu?” sambil menanya aku lemparkan satu senyuman yang sangat manis.

Dia juga melemparkan senyuman dan menghulurkan tangan, “Saya Aiman. Encik Ismail menyuruh saya berjumpa dengan awak. Err.. dia kata awak pembantu peribadinya. Dia mahukan awak mengenalkan saya kepada pekerja-pekerja lain disini.”

“Saya Aisyah. Oh, awak dah tahu dah nama saya. Hmm, baiklah. Encik Ismail ada beritahu saya sebelum makan tengah hari tadi. Awak free sekarang? Nak mulakan sesi perkenalan bersama yang lain?” Aku sambut salamnya. Hilang sudah putera impian yang menganggu perasaan dan mindaku.

“Boleh juga,” Aiman menjawab.

“Jom.”

Selesai dengan sesi perkenalan, aku membawa Aiman ke meja kerjanya. Dalam diam aku kagum dengan Aiman. Walaupun hanya bekerja sebagai seorang kerani biasa, Aiman tetap pandai membawa diri dan sangat bersopan-santun. Di dalam hatiku, aku ucapkan syukur kerana Aiman memilih untuk bekerja daripada menghabiskan masa berfoya-foya di luar sana tanpa arah tuju.

“Terima kasih Aisyah,” Aiman mengucapkan terima kasih sebaik sahaja aku meminta diri untuk sambung balik kerjaku.

“Sama-Sama Aiman,” aku membalas ucapan terima kasihnya dengan senyuman.

Aiman hanya tersenyum dan aku meninggalkannya seorang diri.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now