“Aiman, awak tak balik lagi ke?” Aku menyoal Aiman apabila aku melihat meja kerjanya masih lagi berselerak. Aiman kelihatan seperti tidak tentu arah senjak pulang dari makan tengah hari tadi. Sudah aku menanya apa masalahnya tetapi katanya tidak ada apa-apa. Aiman ni pelik juga. Katanya pergi makan tengah hari dengan sahabat, ah! Ni mesti kekasih lah ni. Mesti gaduh lah ni. Aku dah agak dah mesti si Aiman ni dah ada girlfriend.
“Saya tak perasan sudah waktu untuk balik. Aisyah.. err.. Bo.. err..” Aiman memanggil namaku seolah-olah dia inginkan sesuatu dari aku. Tetapi susah buat dirinya untuk menyebutkan permintaannya. Aku memandang Aiman dengan wajah yang sangat keliru. Aku benar-benar tidak tahu mengapa dengan Aiman.
“Ye? Bo..? Bo..la?” Aku cuba membuat lawak bodoh.
“Bo.. leh saya minta nombor talipon awak?” Aiman akhirnya menyatakan apa yang diinginkannya. Aku hanya tergelak kecil dan memberinya nombor taliponku dan lalu meninggalkannya.
Malam itu aku semakin hairan. Aiman minta nombor taliponku tetapi dari tadi aku tunggu panggilan darinya. Usahkan panggilan, satu mesej pun tidak ada jadi mengapa dia mintakan nombor aku? Aku semakin resah dan keliru. Dari sampai rumah tadi aku asyik melihat talipon bimbitku. Mungkin Aiman ada talipon aku tidak sempat angkat atau mungkin Aiman ada menghantar mesej tetapi aku tidak perasan. Hampanya hatiku bila semua itu hanya kemungkinan. Tiada sebarang panggilan atau mesej.
Tiba-tiba talipon bimbitku berdering. Aku mencapai talipon bimbitku dengan pantas dan melihat siapa yang mesej aku.
Aisyah, awak sibuk ke? -Aiman
Mesej yang aku tunggu-tunggukan, akhirnya sampai juga. Aku membalas mesejnya Aiman.
Tidak lah, kenapa? Awak masih belum tidur lagi?
Aiman: Belum. Aisyah, saya tidak tahu bagaimana hendak mulakan perbicaraan ini. Sebenarnya, saya meminta nombor talipon awak kerana saya rasa hanya awak sahaja yang mampu membantu saya meleraikan kekusutan dikepala saya.
Cakap aja lah. Kan saya dah kata, kalau saya mampu bantu, saya akan bantu. Apa dia Aiman?
Aiman: Tapi ini bukan soal kerja. Saya tidak mahu awak menilai saya yang bukan-bukan. Tetapi sungguh saya rasa hanya awak sahaja Aisyah yang mampu membantu saya.
Aiman seolah-olah ada masalah yang sangat besar. Aku menjadi semakin resah dan ingin tahu apa yang sebenarnya sedang difikirkan Aiman. Aku memang ingin membantu.
Ya allah! Aiman ini buat aku suspen aja. Desis hatiku.
Apa dia masalah awak? Ceritakan lah pada saya. Insya’allah saya akan mendengarnya dan kalau saya dapat menolong saya akan tolong awak. Jangan lah simpan didalam hati awak sendiri, nanti sendiri yang binasa. Hehe.
Malam itu aku dan Aiman saling menghantar mesej. Aku sangat kecewa bila Aiman memberitahu bahawa dia mempunyai masalah dengan teman wanitanya tetapi aku buang ketepi kekecewaanku kerana aku sudah berjanji aku ingin mendengar masalahnya. Semakin banyak yang Aiman ceritakan, semakin kesian aku kepada Aiman. Tidak aku sangka ada lagi lelaki sebaik dan sesetia Aiman. Aku mula menilai kekasihnya, Julia, dari apa yang Aiman ceritakan kepadaku. Aku kesal kerana Julia tidak dapat menilai Aiman dan tidak dapat menghargainya.
Akhirnya, aku memberitahu Aiman untuk berterus-terang kepada Julia. Aku menerangkan kepada Aiman bahawa cinta tidak harus ada yang menyembunyikan apa-apa perasaan dan cinta juga tidak harus ada yang mengambil kesempatan. Aku menyuruh Aiman berbincang secara baik bersama Julia.
Awak ingat awak juga manusia. Julia juga manusia. Mungkin yang awak lihat tadi hanya kawannya. Awak jangan lah terburu-buru ye? Awak banyak mengucap dan ingat Allah. Insya’allah saya yakin Julia ada alasannya menolak pelawaan awak siang tadi. Mungkin lelaki itu hanya kenalan sahaja. Apa pun awak tanya lah dia kalau awak inginkan kepastian. Okay Aiman? Saya doakan yang terbaik. I see you in the office tomorrow.
Aiman: Thanks Aisyah. Maaf kalau saya dah terlanjur meluahkan perasaan kepada awak walaupun saya baru sahaja mengenali awak sebagai rakan kerja. Saya hargai apa yang awak lakukan malam ini. Saya jujur, awak sahaja yang mampu menasihati saya seperti mana yang saya inginkan. Maaf saya mesej walaupun saya tahu it will be better if we call. Tapi saya takut bila dengar suara awak, saya tidak dapat cakap apa-apa. Once again, terima kasih Aisyah. Good night. See you tomorrow.
Aku tersenyum selepas membaca mesej Aiman yang terakhir. Malam itu aku merasakan diriku dihargai. Dalam diam, aku mengucapkan terima kasih kepada Aiman.
YOU ARE READING
Putera Impian
Romance"Keinginan dan kemahuanmu sama sepertiku. Namun, dapatkah kita bersatu?"