10

305 5 0
                                    

Aiman melihat jam ditangan sudah pukul 12 tengah hari. Aiman bercadang untuk makan tengah hari bersama buah hatinya. Dia menalipon Julia dengan segera.

“Assalamualaikum sayang. Busy ke?” Aiman bersuara sebaik sahaja panggilan dijawab.

“Ye you? Ada apa you call i ni? I busy,” Julia menjawab soalan Aiman dengan soalan.

“Hmm. Ingat nak ajak you keluar lunch? Boleh ke? Please sayang,” Aiman mempelawa dan merayu. Sesungguhnya Aiman rindukan kekasihnya itu biarpun semalam baru berjumpa.

“Tak boleh lah you. I busy. I got to go,” Julia mematikan talian.

Sekali-lagi, Aiman dikecewakan kerana tindakan Julia yang suka memperlekakannya. Aiman hanya mendiamkan diri dan tidak pernah meluahkan perasaan kecewanya hanya kerana ingin menjaga perasaan Julia. Aiman mengambil talipon bimbitnya dan dompetnya. Nampaknya, makan seorang diri lah Aiman hari ini. Tiba-tiba Aiman teringatkan Aisyah. Niat dihati hendak mengajak Aisyah makan tengah hari bersama tetapi dia rasa bersalah. Bukan bersalah terhadap Aisyah. Aiman rasa bersalah kepada Julia. Pada Aiman, dia takut kalau pelawaannya untuk makan tengah hari bersama Aisyah adalah satu tindakan curang terhadap dirinya kepada Julia. Aiman matikan niat untuk mengajak Aisyah makan bersama.

Aiman hanya memberitahu Aisyah bahawa dia akan makan tengah hari bersama teman. Aisyah hanya mengangguk dan teruskan kerjanya. Aiman heran kerana Aisyah masih lagi sibuk dengan kerja pada waktu makan tengah hari. Aisyah memang pekerja yang rajin, bisik hati Aiman.

“Aiman! Nanti dulu!” Terdengar suara Aisyah menjerit memanggilnya sebaik sahaja dia hendak melangkah keluar pejabat. Aiman menoleh dan terlihat Aisyah yang tercungap-cungap.

“Kita keluar sama-sama okay?” Aisyah mempelawa.

“Okay. Awak makan dekat mana?” Aiman menanya Aisyah sekadar untuk membuat topik perbualan.

“Oh, dekat kedai kopi kat bawah aja. Murah. Makan diluar mahal sangat,” Aisyah memberitahu, “Aiman.. saya nak mintak maaf sekali lagi. Saya terpijak kaki awak tadi pagi. Sungguh tak sengaja. Saya harap awak maafkan saya ye? Jangan marah lagi, okay? Please.”

Aiman tertawa kecil. Hatinya terusik dengan sikap Aisyah yang comel dan lucu itu. Walaupun gadis dihadapannya ini nampak cantik dan bergaya, gadis ini juga mempunyai sikap yang mudah membahagiakan hati sesiapa. Aiman senang bekerja sepejabat dengan Aisyah.

“Oh, itu tak apa-apa lah. Sudah dimaafkan. Baik lah Aisyah, saya pergi dulu. Saya perlu jumpa kawan saya,” Aiman meminta diri sebaik sahaja pintu lif terbuka. Sebenarnya Aiman sendiri tidak tahu kemana dia hendak pergi. Akhirnya, Aiman membuat keputusan untuk ke restoran di seberang jalan pejabatnya.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now