5

365 6 0
                                    

Kenapa dengan aku ni? Asyik terfikirkan tentang Aiman aja? Aku mengelamun jauh. Aku masih terfikirkan apa yang telah terjadi kepada Aiman petang tadi. Mengapa lama sangat dia kat dalam bilik encik Ismail? Selalunya, kalau lah orang itu berada didalam bilik encik Ismail begitu lama dia pasti ada buat salah. Ish, tak akan Aiman dah buat salah? Baru hari pertama.

Aku sangat bimbang. Entah kenapa tapi hati aku sangat risau. Aku menjadi resah dan gelisah. Aiman hanya rakan sepejabat tetapi kenapa aku rasa begitu tidak senang? Ah, malas lah nak layan perasaan ni. Baik aku tidur.

Malam itu Aiman tidak pulang. Aiman merasakan dirinya tidak penting. Kesedihan dan kekecewaan melanda dirinya. Aiman tidak tahu dimana punca perasaannya menjadi sebegitu. Aiman juga tidak tahu apa masalah yang dihadapinya sekarang ini.

Pada dasarnya, semuanya kelihatan sempurna tetapi bagi Aiman dia sangat kesepian. Cintanya tidak dibalas dengan sempurna. Dia hampa kerana Julia sering memperlekakannya. Aiman hanya inginkan secebis kasih sayang dari Julia. Bukan Aiman tidak tahu sebenarnya yang Julia tidak mencintainya sepenuh hati. Sebab itu lah dia tidak pernah merungut seandainya Julia tidak memberikan perhatian yang diingininya.

Cinta Aiman buat Julia tidak berbelah bagi. Aiman sangat mencintainya. Sebab itu Aiman selalu pastikan yang Julia selalu gembira apabila dia bersamanya.

Lamunan Aiman terhenti apabila talipon bimbitnya berdering. Aiman menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum.” Aiman memberi salam.

“Walaikumsalam. Aiman kat mana ni? Ummi risau. Dah malam ni tak akan lah masih bersama Julia lagi?” Puan Maimunah terus menyoal siasat Aiman. Aiman hanya tersenyum dan memberitahu umminya yang dia akan pulang segera dan talian dimatikan.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now