16

334 4 0
                                    

"Selamat pagi Kak Jumi!" Aku ucapkan kepada Kak Jumi yang kelihatan begitu kusut. Hairan juga, kenapa pagi-pagi lagi muka Kak Jumi dah macam tapai basi?

"Kak, apa kena ni? Kenapa muram je? Muka macam baru lepas kena marah aja. Siapa marah kakak pagi-pagi ni?" Aku cuba mengorek rahsia dari Kak Jumi. Kak Jumi hanya mendiamkan diri. Soalanku di biarkan tergantung. Aku meninggalkan Kak Jumi yang seperti tidak mahu melayan sesiapa. Di dalam hati masih lagi tertanya mengapa lah seperti yang tidak kena dengan Kak Jumi pagi ini. 

"Good morning Rajesh! Good morning Clarence! Eh, what is wrong with Kak Jumi?" Aku menyoal Rajesh dan Clarence yang sebetulnya berada disitu. Kedua-duanya hanya mengangkat bahu dan memberi aku reaksi muka yang sangat mengelirukan. Aku semakin bimbang dan semakin ingin tahu. 

"Tuan Ismail memarahi Kak Jumi tadi sebelum awak semua sampai," Aiman yang entah muncul dari mana, tiba-tiba bersuara.

"Aiman! Selamat pagi! Awak ini, beri lah salam dulu kalau ye pun. Ni muncul dari belakang terus bersuara. Nasib tak mati heart attack," aku mengurut dadaku dan mengucap berkali-kali. Terperanjat aku dibuatnya Aiman, "Eh, mana awak tahu ah?"

"Saya sampai sebelum awak dan yang lain-lain sampai. Masa tu saya nak ke tandas, tiba-tiba terdengar suara Encik Ismail sedang memarahi Kak Jumi. Saya tidak tahu tentang apa. Saya tak jadi ke tandas bila terdengar suara Encik Ismail," Aiman menerangkan sedikit sebanyak apa yang berlaku. Kini baru aku faham kenapa Kak Jumi mukanya masam mencuka. Aku menggelengkan kepala dan tersenyum sendiri. 

"Terima kasih Aiman. Ni, awak hendak kemana?" 

Aiman tersenyum dan menunjuk ke arah pintu, "Hendak.. ke.. tandas."

Lamanya Aiman tahan hendak ke tandas? Kesian dia. Encik Ismail ini sudah menjadi kebiasaan. Dia pasti akan memarahi Kak Jumi kalau ada yang tidak puas dihatinya. Aku harus menanyakan Encik Ismail. Encik Ismail hanya boleh bertutur dengan lembut dan tidak kasar dengan aku. Aku sahaja yang pandai mengambil hatinya. Pekerja lain sampai sudah tahu dan jikalau ada yang diinginkan, pasti aku menjadi mangsa mereka. Aku pula boleh melayankan. 

"Eh, tapi.. bukan ke Encik Ismail sepatutnya pulang besok? Kenapa hari ni sudah balik ke pejabat?" Aku menyoal diri sendiri. Aduh, semakin keliru aku dibuatnya. Ikutkan hati hendak sahaja aku berhenti berkerja disini. Namun, memandangkan Encik Ismail ni kawan lama aku, aku kuatkan semangat dan terus berkerja.

***

"Encik Ismail, kenapa tadi pagi encik memarahi Kak Jumi? Kesian dia. Pagi-pagi muka basi," aku menyoal Encik Ismail yang berada dihadapan aku berpura-pura serius. Bukannya aku tidak tahu. Encik Ismail kalau dengan aku, bila masanya dia serius. Itu salah satu perkara tentang Encik Ismail yang hanya diketahui aku dan tidak staff-staff yang lain. 

"Aisyah, kan aku dah kata. Panggil aja Ismail bila hanya ada kau dan aku. Di depan staff lain boleh lah kau panggil aku Encik sana sini. Kau ni," Encik Ismail mula mengurku. Ini sebenarnya bukan kali yang pertama dia memberitahu aku sebegitu. Aku sahaja yang tidak selesa. Aku mahu membiasakan diri memanggilnya Encik Ismail semoga aku tidak tersasul nanti didepan staff-staff lain.

"Encik Ismail bukannya tidak tahu. Saya hendak mengelakkan dari tersasul didepan staff lain nanti. Dulu bila disekolah lain lah. Lagipun, Encik Ismail kan boss saya," aku menerangkan sekali lagi kepada Encik Ismail.

"Susah lah bercakap dengan awak. Anyway, what was the question just now?" Encik Ismail buat-buat lupa soalan aku. 

Ikutkan hati mahu aja aku tumbuk muka Encik Ismail. Tapi, sesungguhnya aku seorang yang sabar. Aku hanya melemparkan senyuman dan ulangi soalanku. 

"Itu urusan saya dengan Jumi. Awak tak perlu masuk campur. I have my reasons. You don't have to ask me that, Aisyah," Encik Ismail menjawab seolah-olah marah dengan pertanyaanku. Aku semakin buntu. Aku hanya mengiakan apa yang dikatakan Encik Ismail dan meminta diri. 

"Kenapa ni? Kak Jumi masam. Encik Ismail tak happy. Tak pernah pun dia cakap macam itu dengan aku. Hari ini hari orang marah dan bermasam ke?" Aku mula berleter sendiri. 

Aku melihat jam ditangan, sudah masa untuk makan tengah hari. Aku hendak mengajak Kak Jumi untuk makan tengah hari bersama aku tapi bila aku mencari Kak Jumi, dia sudah tiada di resepsi. Nampaknya, aku harus pergi makan seorang diri lagi lah hari ni. Rajesh, Clarence, Angela dan Tiffany mengajak aku makan bersama, namun, aku menolak pelawaan mereka. Mereka pasti akan makan di tempat yang mahal. Sekali-sekala tidak apa, ini hari-hari. Menangis kocek aku.

Aiman pula tidak kelihatan dimana-mana. Aku mengambil dompet, talipon bimbit dan terus meninggalkan pejabat. Sebetulnya, aku boleh mengajak Encik Ismail makan bersama aku. Dia pasti tidak akan menolak pelawaanku tapi moodnya hari ini macam kurang baik. Aku batalkan sahaja niat hati. 

"Aisyah!" 

Tiba-tiba nama aku dipanggil. Aku menoleh kiri kanan, depan belakang. Tiada sesiapa. Aku menjadi takut. Walaupun disiang hari, aku tetap merasa takut. Sudah banyak cerita sudah aku dengar tentang lantai bangunan dimana pejabatku berada. 

"Mana lif. Cepat lah!" Aku mula merasa resah.

Setiba aja pintu lif terbuka, aku membuka langkah yang besar dan pantas untuk memasuki lif. 

"Aisyah, nanti!"

Hati berdegup kencang. Aku makin takut. Siapa lah yang memanggil-manggil ni?! Aku menoleh kebelakang dan kelibat Aiman berada didepanku. Aiman rupanya! Aku ketawa sendiri dengan kebodohan sendiri.

"Aiman! Awak ni! Dari pagi, kerja asyik menakutkan saya aja," aku memberitahu Aiman. 

"Maaf. Saya panggil awak tadi lepas itu awak toleh lambat. Encik Ismail panggil saya masuk kepejabatnya sekejap. Selesai urusan dengan Encik Ismail, saya cuba bergegas. Mana tahu kalau masih boleh terserempak awak," Aiman menerangkan. Lega hatiku rupanya yang panggil aku tadi hanyalah Aiman. 

"Aisyah.. Awak boleh temankan saya makan tengah hari?" Aiman menanya. 

Aku hanya mengangguk dan kami membuat keputusan untuk makan tengah hari di kantin berdekatan dengan bangunan pejabat. Makanan disana tidak mahal dan rasanya boleh lah tahan. 

Tiba dikantin kami mencari tempat duduk. Namun, hampa. Memang waktu makan tengah hari begini, kantin akan penuh. Semua staff yang berkerja di kawasan berdekatan akan memilih kantin itu dari kantin yang lagi satu kerana harga makanannya yang murah.

Aiman tiba-tiba menggenggam tanganku dan menarikku ke satu tempat duduk. 

"Kita duduk sini aja lah. Okay?" Aiman menanya sambil tersenyum.

"Okay," aku menjawab dan melemparkan senyuman yang sangat manis. Aku tidak tahu kenapa tetapi tiba-tiba aja hati terasa gembira. Aku seperti tidak percaya Aiman berkelakuan begitu terhadapku. 

'Ya allah! Apa ni. Aku ini, syiok sendiri ke apa?' Desis hatiku.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now