17

346 4 0
                                    

Selepas makan tengah hari, aku lebih memahami keadaan Aiman. kesian aku kepadanya. Jika aku dapat membantu dirinya, pasti akan aku membantu. Apakan dayaku, aku hanya teman. Aku hanya mampu mendengar luahan hati Aiman dan menenangkannya. Aku sangat cemburu dengan teman wanitanya, Julia.

"Aiman, awak sudah talipon girlfriend awak?" Aku menanyakan Aiman. Tiba-tiba aku teringatkan apa yang Aiman memberitahuku semalam. Masalahnya dengan teman wanitanya. 

"Sudah," Aiman menjawab.

"Aik! Kalau sudah, habis kenapa jawab macam belum selesai aja masalah?" Aku keliru.

"Selesai apanya, Aisyah? Dia sibuk dengan kerja malam semalam. Saya call pun dia macam marah," Aiman memberitahuku dengan nada seperti orang yang putus asa.

"Marah? Tidak mungkin lah Aiman. Dia itu wanita. Wanita paling suka kalau orang yang dia sayang, taliponnya diwaktu yang tidak disangka-sangka," aku cuba menenangkkan Aiman. 

"Entah dia sayang saya atau tidak," Aiman berkata seakan-akan berbisik.

Aku semakin keliru. Aiman ni bercinta atau tidak? Kalau dia sedang bercinta, sudah pasti teman wanitanya itu sayangkan dia. Apa sahaja lah si Aiman ni berbual.

"Awak ni. Positif lah sikit! Ini baru aja macam ni. Saya dulu... takpe. Awak harus tabah. Kalau awak sayangkan dia, percayalah pada dia. Mungkin dia tidak sempurna ataupun tidak seperti mana yang awak inginkan. But, don't you ever think she don't love you. Itu salah Aiman," aku cuba memberikan semangat kepada Aiman agar dia lebih positif dalam hubungannya.

Aiman menggeleng kepala dan berkata, "Awak tak faham, Aisyah."

"Awak fahamkan lah saya," tanpa aku sedari, ucapan itu yang aku katakan. Sesungguhnya, aku hanya ingin memahami isi hati Aiman. Dari hari pertama Aiman berada di pejabat, aku seolah-olah mendapat merasakan ada yang tidak kena dengan Aiman. Mungkin hubungannya dengan teman wanitanya alasan Aiman seperti orang yang rungsing dan bermasalah selalu.

Aiman menceritakan aku tentang teman wanitanya. Aiman memberitahu aku apa yang telah dia lakukan untuk teman wanitanya dan apa yang diinginkan darinya. Aku hanya mendengar. AIman khusyuk meluahkan perasaan hatinya. Aku menjadi geram dan marah dengan teman wanitanya, namun aku padamkan api kemarahan kerana aku sendiri belum lagi mengenali teman wanitanya. Jadi, tidak adil lah kalau aku mengadili teman wanitanya sekarang. 

"All i want is to be loved by Julia," kata Aiman, kecewa.

"Aiman, love is never easy. If you love her, trust her. Let her be who she is. If you love her, stay. Never give up," aku memberi kata-kata perangsang kepada Aiman. Ikutkan hati marah, hendak aja aku menyuruh Aiman tinggalkan Julia. Namun, aku harus fikirkan hati Julia sebagai seorang wanita. Aku harus menjaga perasaan Julia sebagari seorang wanita. Aku juga harus menghormati Julia sebagai seorang wanita. 

"Thanks Aisyah. You've been a great advisor and a listener. Saya tak tahu dah nak luahkan kat siapa, actually. Awak seorang aja yang ada, memahami. Kalau ummi, dia suruh saya tinggalkan Julia. Kalau ayah, pasti ayah akan ceritakan kepada ummi dan ummi akan menyuruh saya tinggalkan Julia. Macam mana saya nak tinggalkan Julia kalau saya sayang sangat kepada dirinya? Saya rasa Julia segala-galanya. Without her, i feel like i can't survive. I am just nothing," Aiman curahkan betapa pentingnya Julia didalam hidupnya. Andai sahaja Julia berada disini sekarang.

"I'm always here to listen. Don't worry Aiman. Satu hari, semuanya akan okay," aku menepuk bahu Aiman dan memberikannya satu senyuman. Namun, di dalam hati, aku dapat merasakan keperitan Aiman. Aku juga pernah dipermainkan cinta. Orang yang aku sayang mencampakkan aku disaat yang sepatutnya membahagiakan. Sebak rasa dada.

"Aisyah!" Kak jumi tiba-tiba menyapa aku dan menghulurkan aku satu fail.

"Kak Jumi ni! Terperanjat Aisyah. Fail apa ni?" Aku menanya. Aku sebenarnya tahu fail itu fail apa, namun aku tidak mahu Kak Jumi perasan yang aku sedang sedih. Nanti, tidak pasal aku pula disoal siasat.

"Ni fail menu restoran," kata Kak Jumi penuh sindiran, "Ni fail untuk Encik Ismail semak lah. Ni account bulan ini. Jangan lupa bagikan kepada Encik Ismail. Kau ni, termenung panjang kenapa?"

Mulalah sessi soal jawab Kak Jumi. Aku malas nak layan dia ni. Makin aku jawab nanti, makin banyak soalannya.

"Tak ada lah. Mana ada! Kakak ni. Eh, dah okay dah orang tu? Pagi tadi tak nak berbual dengan kita konon. Muka basi," aku mengusik Kak Jumi.

"Kenakan aku balik lah ni? Benci aku," Kak Jumi tidak puas hati lalu pergi meninggalkan aku sendiri. Selamat aku!

Aku tertawa kecil apabila melihat Kak Jumi yang pura-pura merajuk dengan aku. Sememangnya, Kak Jumi orangnya memang kelakar dan pandai mencuri hati sesiapa sahaja. 

Sebaik sahaja Kak Jumi pergi, fikiranku kembali kepada kisah cintaku yang lalu.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now