11

313 4 0
                                    

“Kak Jumi, rasa-rasa kakak kan Aiman tu dah ada yang punya?” Aku menanya pendapat dari Kak Jumi. Aku sebenarnya inginkan kepastian. Senjak dari makan tengah hari tadi aku asyik tertanya diri sendiri dengan siapa Aiman pergi makan? Mungkin kekasihnya?

Ada suara diminda yang berbisik, “Ye, dia dengan girlfriend dia lah. Alah kau ni aisyah, orang sekacak Aiman tak kan lah single lagi.” Pedihnya hati, terlepas peluang lah nak cuba pikat perhatian dia. Aku tersengih sendiri.

“Ah, ni kenapa ni? Tersengih-sengih? Mabuk cinta ke? Dik Aisyah oi, Aiman tu baru je hari kedua bekerja dekat sini. Awak tu jangan lah miang sangat,” pesan kak Jumi. Kak Jumi memang begitu, selalu sahaja memberi nasihat kepada kami yang muda. Kak Jumi yang tertua di antara kami di pejabat. Dia lah tempat kami mengadu nasib kadang-kadang. Masalah kerja atau pun peribadi Kak Jumi akan pastikan yang dia akan membantu. Biarpun dengan hanya nasihat, Kak Jumi akan pasti dia akan lakukan yang terbaik buat kami. Kami sangat sayang dengan Kak Jumi.

“Ish akak ni! Bukan lah macam tu. Cuma tadi Aiman ada cakap dia pergi makan dengan kawan dia. Mungkin kekasih dia agaknya tak kak?” Aku membantah dengan apa yang Kak Jumi sedang fikirkan. Aku tahu dia ingatkan aku sedang dilamun cinta dan ingin mengoda Aiman. Tidak ada masa aku nak lakukan itu. Setakat curi-curi pandang tu, adalah.

“Habis tu? Biar lah kat dia. Kalau pun dia dah ada kekasih, biar lah. Tapi akak rasa memang agaknya. Dia handsome dik oi. Muka macam si Aiman, mata ada, hidung ada, mulut ada, telinga ada.. ah mesti lah dah ada yang punya,” Kak Jumi tertawa dengan gurauannya sendiri. Aku tidak mampu bertahan lagi dengan gurauannya. Aku juga turut tertawa.

Namun, di dalam hatiku berbisik kehampaan. Aku sendiri tidak tahu mengapa aku terasa sedikit hampa dengan pendapat kak Jumi yang mengatakan Aiman pastinya sudah berpunya. Aku sendiri tidak mengerti mengapa hakikat itu seperti membuat aku sedih. Sesungguhnya aku dengan Aiman bukannya ada apa-apa hubungan. Kami hanya rakan sepejabat yang baru bertugas bersama selama dua hari. Keliru aku atau mungkin Aiman telah mencuri hatiku dalam diam? Ish, tidak mungkin. Cepat sangat. Malas lah nak layan perkara ni semua. Aku sedar aku tidak punya hak untuk merasa hampa dan kecewa mahupun resah dan gelisah. Aku matikan perasaan itu serta-merta.

“Akak ni kan! Dah lah saya nak sambung kerja. Bye kakak sayang,” aku meninggalkan kak Jumi sendiri di meja resepsi.

Aku sempat terpandang ke meja kerja Aiman dan berhenti di depan mejanya semasa hendak ke meja kerjaku.

Mana dia? Belum balik lagi ke? Desis hatiku. Aku melihat jam ditangan, sudah pukul 1 petang. Masa makan yang diberi hanya untuk satu jam. Nasib baik encik Ismail tidak ada dipejabat kalau tak Aiman pasti dimarahnya.

“Oh mak kau!” Tiba-tiba Aiman menyapaku dari belakang. Terperanjat aku.

“Mak saya di rumah,” Aiman cuba bergurau. Aku hanya menjeling dan pura-pura marah dan terus ke meja kerjaku. Tapi dihati terasa gembira. Rupanya, Aiman juga pandai bergurau. Aku tersenyum sendiri.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now