3

464 5 0
                                    

Ahhh. Malunya aku. Agak perasan tak dia tadi yang aku sedang memerhatikannya? Aduh kalau dia tahu aku sedang memerhatikannya, ya allah, mana lah aku nak letak muka aku ni?

Aku membasuh mukaku berkali-kali. Sebenarnya aku sangat malu dengan kelakuanku sendiri. Aiman sangat mengoda bila dia tersenyum. Apa kena dengan aku ni? Baru sahaja mengenali Aiman. Baru beberapa jam sahaja tak kan lah dah jatuh cinta? Aku gelak kecil dengan andaianku sendiri. Namun aku teruskan berangan. Berangan kalau Aiman menjadi kekasihku. Mungkin dia lah putera impianku. Aku teruskan angan-anganku.

YA ALLAH! Tiba-tiba pesanan encik Ismail kembali ke ruang minda. Dia mahukan aku memberitahu Aiman untuk berjumpa dengannya sebelum pulang nanti. Aku terus bergegas untuk menyampaikan pesanan itu kepada Aiman sebelum terlambat. Jam sudah pukul lima. Setengah jam lagi sahaja tinggal sebelum akhirnya waktu pejabat.

“Aiman.. err..” aku menjadi tidak tentu arah kali ini bila melihat wajah Aiman. Aku teringatkan peristiwa tadi yang sangat memalukan. Aku tidak ada pilihan lain. Aku harus berdepan dengannya juga. Malu pun Aiman sudah menjadi teman sepejabat. Lebih baik aku meminta maaf.

“Aiman, saya hendak minta maaf dengan apa yang terjadi tadi. Saya bukan punya niat apa-a..” belum sempat aku habiskan ayatku, Aiman sudah menyampuk.

“Aisyah jangan bimbang. Saya faham. Apa tadi yang awak hendak beritahu saya?”

Aku memberitahunya encik Ismail mahu berjumpa dengannya secepat mungkin memandangkan waktu pejabat sudah hampir akhir. Aiman menanyaku apa sebabnya encik Ismail ingin bertemu dengannya. Aku sendiri tidak tahu sebabnya. Encik Ismail hanya meminta aku memberitahunya bahawa dia ingin bertemu dengan Aiman. Aiman hanya mengangguk.

“Baiklah. Saya jumpa dia sekarang. Terima kasih sekali lagi Aisyah,” Aiman sekali lagi mengucapkan terima kasih dan terus ke bilik encik Ismail.

Aku mula mengemaskan barang-barang kerana lagi 10 minit sudah masanya untuk pulang. Selesai berkemas, aku menunggu masa. Memang peraturan di pejabat ini. Setiap pekerja tidak dibenarkan pulang awal walaupun 5 minit awal. Bagi encik Ismail waktu pejabat adalah dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Jadi setiap pekerja hanya dibenarkan pulang selepas jam 5.30 petang. Jika terdapat sesiapa yang pulang lebih awal dari itu tanpa izin encik Ismail sendiri pasti orang itu akan di marahnya pada esok harinya dan kalau nasib malang akan dikenakan tindakan disiplin. Sama juga dengan waktu bermula. Tidak seorang pun yang dibenarkan masuk lewat tanpa izin. Encik Ismail memang tegas dan garang tetapi dia sebenarnya orang yang baik hati.

Jam menunjukkan sudah 5.31 petang. Aku mengambil tas tanganku dan sudah bersedia untuk meninggalkan pejabat. Tiba-tiba mataku terpandang ke meja kerja Aiman. Dia belum lagi keluar dari pejabat encik Ismail. Apa agaknya sedang berlaku? Niat hati ingin terus menunggu Aiman tetapi takut Aimain fikir yang aku ni tidak ada kerja asyik menyibuk tentang hal dia sahaja. Aku biarkan sahaja pertanyaanku tergantung.

Aku meninggalkan pejabat dengan perasaan yang sangat keliru. Risau dengan apa yang telah terjadi pada Aiman, mengapa lama sangat di dalam bilik encik Ismail. Kena marah ke dia? Tetapi marah pasal apa? Aduh, mengapa aku terlalu ambil berat tentang dirinya? Ah, biarlah dia. Pandai lah dia. Dia pun dah dewasa.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now