Hati Aiman gelisah dan resah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa kecewa dan hampanya hatinya. Kini yang diinginkannya hanya lah kepastian. Kepastian yang apa telah dia nampak tadi hanya satu mimpi ngeri. Aiman penjamkan matanya untuk menenangkan diri. Dia tidak sanggup lagi membiarkan senario yang sangat menyakitkan hatinya bermain didalam mindanya.
“Aiman! Awak okay?” Aisyah menyapa bahu Aiman yang terperanjat apabila disapa Aisyah.
“Okay. Ada apa ye?” Aiman sembunyikan perasaan sedihnya. Ikutkan hati hendak sahaja Aiman luahkan perasaannya kepada Aisyah. Biarpun Aisyah mungkin tidak akan memahami apa yang akan disampaikannya dia hanya inginkan segala yang terkubur didalam hatinya terluah. Namun, Aiman hentikan niat kerana dia tidak mahu Aisyah menilai dirinya sebagai lelaki bodoh. Aiman lepaskan keluhan yang kecil.
“Dah tu kenapa awak macam ada masalah? Baru dua hari kerja disini tak akan lah sudah ada masalah?” Aisyah masih lagi tidak berputus asa menanyakan Aiman.
Aiman hanya tersenyum dan memberitahu Aisyah bahawa dia tidak ada apa-apa masalah. Aiman terpaksa menipu. Dia tidak mahu Aisyah menilai dirinya dan dia juga baru sahaja mengenali Aisyah. Dia tidak mungkin luahkan perasaannya kepada seorang yang dia baru sahaja kenal. Latar belakang Aisyah sendiri dia belum tahu, ini kan pula hendak bercerita dan berkongsi masalah.
“Okay lah Aiman. Saya cuma ingin mengingatkan awak yang Encik Ismail akan pulang lusa. Awak dah habis tugas yang dia berikan?” Aisyah tidak mahu memaksa Aiman.
“Hampir siap. Terima kasih Aisyah,” Aiman memberitahu Aisyah bahawa tugasnya hampir selesai. Sememangnya tugasnya agak senang. Hanya menyiapkan satu proposal untuk Encik Ismail. Sebenarnya, Encik Ismail hanya ingin menguji kecekapan Aiman sebagai seorang pekerja yang diberi tugas. Aiman tahu motif dan objektif Encik Ismail sebab itu Aiman memberikan tumpuan yang penuh pada tugas yang diberi. Namun, Aiman kesal kerana selepas makan tengah hari dia langsung tidak mampu meneruskan kerja. Hatinya resah dan gelisah.
“Baiklah. Kalau Aiman perlukan apa-apa, awak beritahu saya ye? Panggil aja saya. Insya’allah, sekiranya saya mampu membantu, saya akan. Aiman jangan bimbang,” Aisyah menghulurkan bantuan. Aiman senang dengan sikap Aisyah sebenarnya. Walaupun baru sahaja mengenali Aisyah selama dua hari, Aiman yakin Aisyah seorang yang profesional dalam pekerjaan tetapi untuk menilai Aisyah lebih dari rakan kerja, Aiman belum lagi pasti.
Aiman mengangguk dan membiarkan Aisyah pergi ke meja kerjanya. Sebaik sahaja Aisyah meninggalkannya, dibenak fikiran Aiman hanya senario yang dia saksikan tadi di restoran. Sungguh Aiman kecewa apabila melihat Julia bersama seorang lelaki yang dia sendiri tidak pasti siapa. Bila di ajak makan tengah hari Julia mengatakan dia sibuk. Aiman rasa terkilan.
Aiman ingin menalipon Julia dan menanya tetapi dia tahu buah hatinya itu pasti akan mengamuk. Aiman menjadi buntu. Aiman tidak tahu kepada siapa dia ingin meluahkan perasaan. Tidak mungkin pada ummi, pasti umminya akan mengambil peluang ini untuk menyindirnya dan menyuruhnya putuskan hubungan dengan Julia. Pada ayahnya? Pasti ayah akan menyuruhnya sabar dan menanyakan kepada Julia. Aiman menjadi semakin kecewa.
Entah mengapa tetapi tiba-tiba Aiman merasakan hanya ada satu insan sahaja yang dia mampu meluahkan perasaannya. Hanya satu nama yang dia ingat, hanya satu wajah yang muncul. Aisyah.
YOU ARE READING
Putera Impian
Romance"Keinginan dan kemahuanmu sama sepertiku. Namun, dapatkah kita bersatu?"