2

590 9 0
                                    

“Assalamualaikum ummi,” Aiman memberi salam kepada umminya yang berada dihujung talian.

“Walaikumsalam. Macam mana dengan hari pertama di tempat kerja?” Puan Maimunah menjawab salam anaknya dan lalu menyoalnya.

Aiman memang sudah menduga pasti itulah soalan umminya. Umminya sememangnya tidak sabar untuk tahu tentang keadaannya lebih-lebih lagi ini hari pertamanya berkerja di pejabat yang bukan milik ayahnya. Bukan ayahnya tidak pernah pelawa. Aiman sahaja yang tidak mahu bekerja bersama ayahnya. Dia lebih suka bekerja di pejabat yang lain dan berdikari sendiri. Dia mahu mendapatkan pengalaman di luar. Syukur kedua-dua ibu bapanya mengerti kemahuan Aiman dan tidak menghalangnya sedikit pun.

“Baik sahaja ummi. Semuanya baik. Encik Ismail pun alhamdulilah orangnya baik. Tetapi Aiman tidak sangka dia sangat muda. Mungkin seusia Aiman,” Aiman menerangkan kepada ibunya.

“Ye ke? Muda tu. Tu lah kalau Aiman bekerja dengan ayah, Aiman juga dah sepertinya. Memegang jawatan yang lebih besar dari Ismail tu,” Puan Maimunah mula mengusik Aiman. Sengaja nama Ismail di panggil dengan panggilan tanpa berencik dihadapannya.

Aiman tersenyum kerana dia tahu umminya sedang mengusik dan menyindir dirinya. “Ummi, bukankah ummi dan ayah sudah setuju untuk membiarkan Aiman bermula mendapatkan pengalaman di luar?”

“Ye lah. Ye lah. Aiman nanti pulang makan malam tak?” Subjek tentang pejabat ditukarkan kepada soalan makan malam.

Aiman memberitahu umminya bahawa dia tidak akan pulang untuk makan bersama keluarga malam itu kerana akan bertemu dengan Julia untuk makan malam nanti. Puan Maimunah hanya mengeluh kecil lalu mematikan talian selepas memberi alasan yang dia ada kerja yang harus dilakukan. Aiman hanya mengiakan umminya kerana dia tahu umminya hanya ingin mengelakkan diri dari membincangkan tentang Julia.

Julia adalah teman wanita Aiman yang sangat dicintainya. Aiman sanggup melakukan apa sahaja demi untuk Julia. Apa sahaja yang diinginkan Julia pasti diadakan Aiman. Cinta Aiman buat Julia sangat mendalam. Namun, sayangnya perhubungan mereka tidak berapa disukai umminya. Menurut umminya Julia hanya ingin mempermainkan Aiman dan Julia bukanlah calon isteri yang baik. Tetapi kerana sayangnya Aiman terhadap Julia, Aiman membantah kata umminya dan terus mencari jalan untuk membuktikan kepada umminya yang tanggapan umminya salah.

“Aiman?” Aiman tersentak bila namanya dipanggil.

“Ye, Aisyah? Boleh saya bantu?” Aiman menyaut panggilan itu dan melemparkan satu senyuman yang sangat manis. Aisyah hanya mampu tersenyum dan melayan perasaan sendiri. Ah manisnya, desis hatinya dan terus memerhatikan Aiman.

Aiman yang dari tadi sedang melihat Aisyah mula merasa resah bila dia sedar Aisyah sedang memerhatikan dirinya.

Aiman melambai-lambaikan tangan dihadapan muka Aisyah, “Aisyah? Aisyah? Awak termenung jauhnya?”

Aisyah tersentak. Perasaan malu terus menikam dirinya. Aisyah terus berlalu pergi kerana terlalu malu dia lupa hendak memberitahu Aiman perkara yang sepatutnya disampaikan ke Aiman dari Encik Ismail.

Aiman yang juga perasan Aisyah sedang menahan malu menjadi lebih malu. Namun, Aiman biarkan sahaja perasaan itu berlalu dan teruskan pekerjaannya.

Putera ImpianWhere stories live. Discover now